#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label cemerlang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cemerlang. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2016

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM SEPANJANG TAHUN 2017




 Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. 

Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2017 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2017 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2017

Program pembelajaran tuisyen 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar. 

a. Kelas tuisyen hujung minggu

Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang.






b. Kelas Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Matematik untuk UPSR 2017


Kelas Pengukuhan yang bertujuan untuk memperbaiki asas-asas kemahiran (foundation) Bahasa Inggeris dan Matematik ini ditawarkan kepada para pelajar yang lemah tahap penguasaan asas Bahasa Inggeris dan/atau kemahiran Matematik . 

Manakala itu Kelas Bahasa Inggeris dan Matematik yang lebih berfokuskan Peperiksaan UPSR 2017 dan menggabungkan kedua-dua elemen Pemahaman juga Penulisan akan diadakan seperti sediakala.


2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 



Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futbol Mundial dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak. 

Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.

















Manakala Seminar Skor diadakan seperti biasa. Segala perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2017 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 






3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.


MARI BELAJAR BAHASA JEPUN



b. Pengajian Al-Quran

Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2017. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 017 - 659 6987 atau 017 - 717 1114 seperti yang tertera di bawah 





Sekian sahaja ulasan daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibubapa, pelajar dan orang ramai untuk menyertai program-program bermanfaat dan berkualiti yang kami tawarkan.








'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'















Ahad, 7 Ogos 2016

MUSIM PEPERIKSAAN UPSR, PT3 DAN SPM YANG MENJELANG TIBA. TIPS DAN INFO


Secara amnya bulan-bulan terakhir pembelajaran tuisyen di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam bagi UPSR, PT3 dan SPM adalah bulan Ogos, September dan Oktober. Sepanjang sebulan atau dua bulan yang terakhir akan dipenuhi dengan latihan tubi yang kerap di samping menjawab soalan-soalan ramalan. 

Para pelajar diminta untuk tidak lepaskan peluang untuk mengikuti fasa atau pecutan terakhir kami yang amat penting sebagi persiapan terakhir sebelum ke medan peperiksaan nanti. Anda akan dapat mendapat lebih banyak pendedahan melalui pelbagai soalan dan teknik menjawab soalan 

Musim Peperiksaan - Gambar Hiasan

Memandangkan musim peperiksaan yang kian menjelang, di sini kami sertakan info dan tips yang boleh digunapakai untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 mahupun SPM.



'PERSEDIAAN AKHIR'


a. Sentiasa tenangkan fikiran dan pastikan tubuh fizikal mendapat rehat yang secukupnya sebelum peperiksaan bermula. Pastikan juga pemakanan yang sesuai berkhasiat agar kesihatan sentiasa terjaga. Tekadkan keazaman untuk melakukan yang terbaik sewaktu peperiksaan nanti. Adalah penting untuk mengekalkan tahap motivasi dan keyakinan diri di tahap yang optimum.

b. Walaupun perkara ini nampak remeh tapi ianya juga penting. Pastikan jadual peperiksaan disemak dengan teliti. Ini untuk memastikan perancangan ulangkaji untuk sesuatu matapelajaran dapat dibuat secukupnya sebelum tibanya hari peperiksaan matapelajaran tersebut. 

c. Menekankan pemahaman saat akhir topik-topik utama yang dijangka menjadi tumpuan soalan peperiksaan. Jangan lupa untuk menyelitkan "Study Break" antara waktu penelahan agar pembelajaran menjadi lebih efektif

d. Membulatkan pemahaman secara keseluruhan bagi setiap subjek. Di sini nota ringkasan dan kata kunci bagi setiap subjek amat berguna sebagai rujukan ekspress


e. Merancang strategi untuk menjawab soalan dan memastikan keyakinan diri di tahap yang optimum. Tinggalkan soalan yang dirasakan agak susah dahulu semasa ujian dan kembali menjawab soalan tersebut setelah menjawab soalan yang lain. Ini dapat mengekalkan konsentrasi dan keyakinan sepanjang waktu peperiksaan.

f. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik melalui aktivit-aktivit riadah dan rekreasi

Tahniah juga diucapkan pada para pelajar yang mengikuti seminar Super A yang dianjurkan sebelum ini di mana lebin banyak tips dan teknik selain daripada yang tersebut di atas telah pun dikongsikan oleh para panel pakar jemputan


Seminar Super A 2016
Seminar Super A 2016

DOA


Khusus bagi para pelajar yang beragama Islam, di bawah ini dikongsikan doa ketika menjawab soalan mahupun ketika menghadapi kesukaran sewaktu dalam peperiksaan, doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan dan juga doa untuk memohon kejayaan cemerlang. Selain daripada itu solat hajat boleh juga dilakukan agar usaha anda mendapat keredhaanNya.


Tiada apa yang lebih membanggakan kami warga pendidik di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam selain dari melihat kejayaan anda. Begitulah juga harapan ibu bapa mahupun keluarga para pelajar. Pendek kata berusaha, berdoa dan tawakal. Insy' Allah kejayaan pasti menjadi milik anda.

Jangan lupa untuk berkongsi berita kejayaan anda bersama warga pengajar Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam kelak. Akhir kata dari pihak kami, "Semoga Sukses" !!!



'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'

Jumaat, 1 April 2016

TIPS, PANDUAN, CARA DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH SPM




SEJARAH SPM


1. TEKNIK MENJAWAB SOALAN


Untuk memperolehi gred markah yang "CEMERLANG", para pelajar disarankan agar menggunakan ayat berlapis sewaktu menjawab soalan berdasarkan teknik FHC + N di mana:

F = FAKTA
H = HURAIAN 
C = CONTOH
N = NILAI atau KESAN


2. CONTOH-CONTOH SOALAN DAN APPLIKASI TEKNIK FHC + N

Soalan-soalan KBAT Sejarah terbahagi kepada dua jenis soalan iatu 

                         a. Soalan Struktur

                         b. Soalan Esei


Contoh-contoh soalan Struktur dan Esei adalah seperti di bawah di mana applikasi teknik FHC + N di atas adalah seperti yang digariskan dalam jawapan yang diberi


a. TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

Contoh Soalan:

Mengapakah gerakan nasionalisme pada tahap pertama di kebanyakan negara di Asia Tenggara mengalami kegagalan?


[2 markah]



NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA



Jawapan:


Pada pandangan saya kegagalan ini disebabkan oleh perjuangan gerakan pada tahap ini tidak menyeluruh dan bersifat setempat contohnya Tok Janggut hanya berjuang untuk kawasan kekuasaan beliau sahaja iaitu di Pasir Puteh


b. TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI


Contoh Soalan:

Pencerobohan sempadan negara sehingga membawa kepada pemerdagangan manusia telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang berapa pentingnya meningkatkan kawalan keselamatan di negara kita. 

Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut?


[6 markah]


GAMBAR SEKADAR HIASAN
Jawapan:


Pada pendapat saya, langkah yang wajar dilaksanakan adalah dengan memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan menguatkan pasukan keselamatan negara seperti menambah bilangan pasukan beruniform dan memberi latihan yang secukupnya. Selain itu, mengukuhkan pertahanan negara dengan menguatkuasakan undang-undang melalui cara menghukum penjenayah yang terlibat dengan pemerdagangan manusia dengan hukuman yang setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada penjenayah tersebut dan secara am kepada masyarakat














NOTA: Artikel di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam yang berpengalam luas sebagai panel pemeriksa kertas Sejarah SPM. Jangan lupa untuk menyertai kami untuk mendalami dengan lebih lanjut mata pelajaran Sejarah SPM 






"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"




Rabu, 13 Januari 2016

MEMBUKA TIRAI 2016 @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM




Alhamdulillah, tirai 2015 sudah pun dilabuhkan dengan pelbagai kenangan dan kini tirai 2016 telah pun terbuka. Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua. 

Buat masa ini keadaan agak sibuk sedikit di Pusat Tuisyen Kejora dengan tugas-tugas pendaftaran para pelajar sessi 2016. "Selamat Datang" kami ucapkan kepada para pelajar yang baru menyertai kami dan "Selamat Kembali" kami ucapkan pula kepada pelajar Seksyen 23 sessi 2015 yang menyambung semula pengajian tuisyen di sini pada sessi 2016. 

Tak lupa juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing para pelajar bagi sessi 2016. 

InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal komited untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa.


Sebahagian daripada pelajar Sessi 2016 Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 

Tahun 6 Kumpulan 4 2016

PT3 Kumpulan 1 2016

Berikut kami kongsikan serba sedikit informasi berkenaan dunia pendidikan khususnya di Malaysia untuk manfaat bersama.


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2016

Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2016. Bersyukur kita tarikh persekolahan bermula seperti yang dirancangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan walaupun masih ada peristiwa banjir di beberapa tempat di negeri Terengganu khususnya. 

Sepertimana biasa Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan.

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)

Manakala di bawah ini pula adalah jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2016. Jadual yang lebih terperinci masih belum dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan nanti.

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN



UPSR 2016


Perubahan ketara bagi Peperiksaan UPSR ialah di mana kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada kertas penilaian iatu Bahasa Inggeris Pemahaman (Comprehension) dan Bahasa Inggeris Penulisan (Writing).

Maklumat yang lebih terperinci berkenaan perubahan ini telah pun kami paparkan pada entry blog yang terdahulu seperti link yang di bawah




Ringkasnya keputusan cemerlang penuh yang menjadi sasaran berubah daripada 5A kepada 6A. 



LET'S GO FOR IT!!!

KELAS PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS

Memandangkan format UPSR 2016 yang menekankan penguasaan Bahasa Inggeris, pihak tuisyen merasakan perlunya diadakan kelas pengukuhan asas Bahasa Inggeris bagi membantu para pelajar yang kurang kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris.

We promise you a fun filled English learning experience that will benefit your child

Ini kerana kemahiran Bahasa Inggeris akan memberi impak besar dalam keputusan keseluruhan UPSR para pelajar memandangkan adanya dua kertas penilaian Bahasa Inggeris berbanding dengan satu pada tahun sebelumnya. 

Secara ringkasnya kelas pengukuhan asas Bahasa Inggeris ini akan menumpukan kemahiran asas dalam penguasaan "grammar", "vocabularies", "spelling", "basics of sentence construction & writing" dan sebagainya. 

Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.






"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"




Sabtu, 14 November 2015

"WRAP UP" AKTIVITI DAN PROGRAM PUSAT TUISYEN KEJORA UNTUK TAHUN 2015




Insha Allah tirai aktiviti dan program tahun 2015 akan dilabuhkan dengan program terakhir kami iatu Program Ulangkaji Intensif Cuti Sekolah yang akan bermula pada 1 Disember ini. 

Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2015 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Antaranya kejayaan pasukan Futsal yang merangkul kejuaraan Kejora Futsal. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami di atas tajaan pihak Rushai Leather untuk pasukan futsal kami.



Coach 'import' tajaan pihak Rushai Leather

Seminar peperiksaan yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora  iatu Seminar SKOR untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.

Tak kurang juga sambutan terhadap program-program hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Al-Quran 

Seminar Skor

Seminar Skor

Manakala itu bagi aktiviti-aktiviti 'wajib' yang lain seperti jamuan Ramadahan, Raya dan sebagainya tetap meriah seperti biasa dan memberikan kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan para pelajar.

Jamuan Raya 2015

Majlis Berbuka Ramadhan 2015


Di samping itu pihak pengurusan Pusat  Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat berterima kasih kerana diberi kesempatan oleh rakan-rakan pihak luar untuk kami menunaikan tanggungjawab sosial kami. Mudah-mudah tahun 2016 nanti akan tercatat sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya 


Sumbangan hamper untuk aktiviti sukan sekolah










Program Tuisyen Percuma Untuk Anak-anak Yatim






'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'








Jumaat, 9 Januari 2015

CORAT-CORET JANUARI 2015


SELAMAT TAHUN BARU 2015!!!

Rasanya masih belum terlambat untuk kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada para pembaca. Kami juga ingin mengucapkan "Selamat Datang" atau "Welcome Aboard" kepada pelajar-pelajar kemasukan Sessi 2015.


SELAMAT TAHUN BARU 2015!!!



Walaupun agak sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar baru Sessi 2015, kami tetap ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang mungkin dapat memberi manfaat kepada semua pihak.


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015


Takwim Persekolahan 2015 (Kumpulan B)
Sumber: MOE


Di atas adalah Takwim Persekolahan 2015 (Kumpulan B) di mana terdapat sedikit perubahan pada tarikh permulaan sessi persekolahan bulan Januari disebabkan bencana banjir yang melanda. Jumlah hari persekolahan tahunan juga telah dikurangkan daripada 205 hari ke 198 hari memandangkan tiada kelas gantian walau pembukaan sessi persekolahan telah ditunda lewat seminggu. 

Apa-apapun kami mendoakan "speedy recovery" dari segenap aspek untuk keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana alam tersebut.

Berbanding dengan Takwim Persekolahan 2015 di atas, kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam tetap beroperasi seperti biasa sepanjang Cuti Pertengahan Penggal 1, Cuti Pertengahan Tahun dan Cuti Pertengahan Penggal 2 kecuali pada Cuti Umum peringkat negeri mahupun kebangsaan.



PEPERIKSAAN UPSR DAN PT3 DIKEKALKAN


Keratan Berita The Star Online

Berdasarkan berita terakhir sepertimana keratan akhbar online The Star bertarikh 9 September, 2014 seperti di atas bolehlah dirumuskan bahawa peperiksaan UPSR dikekalkan. Walau bagaimanapun seperti yang diberitahu oleh Menteri Pendidikan kita iatu Tan Sri Muhyiddin penambahbaikan dari segi penilaian prestasi pelajar sedang dipertimbangkan.

Manakala kami juga tidak menjangkakan sebarang perubahan terhadap kesinambungan PT3 yang sedikit sebanyak mungkin telah menyebabkan ketidakpuasan hati sesetengah ibubapa pelajar sewaktu keputusan diumumkan pada 22 Disember 2014 lalu. Ini berdasarkan ulasan rasmi Ketua Pengarah Kementeria Pendidikan Malaysia berkenaan dengan PT3 itu sendiri (Klik di sini)

Tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga sedang berusaha keras untuk memperbaiki pencapaian para pelajar PT3 dalam bidang Sains dan Matematik yang dilaporkan merosot secara keseluruhan di peringkat nasional. Mungkin juga salah satu faktor ialah soalan-soalan PT3 yang rata-rata berasaskan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) di mana pelajar perlu benar-benar menguasai sesuatu topik atau subjek untuk membolehkan pelajar menjawab dengan tepat berbanding dengan format PMR terdahulu.


PERUBAHAN FORMAT AMALI SAINS SPM 2015


KHUSUS UNTUK CALON-CALON SPM 2015:

Ringkasan perlaksanaan Peperiksaan Pusat Amali Sains yang berkuatkuasa mulai SPM 2015  berdasarkan Surat Siaran Bil 1 2014 Amali Sains Lembaga Peperiksaan (Baca di sini)  adalah seperti berikut:

a. Perubahan format ini hanya melibatkan kertas matapelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541) , Bilogi (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) sahaja

b. Peperiksaan Pusat Amali Sains atau Kertas Amali Sains ini akan menggantikan Kertas 3 (Amali Sains Bertulis) bagi matapelajaran berkenaan

c. Peperiksaan Amali Sains ini akan membawa 30 markah (dahulunya Amali 15 markah) dari keseluruhan jumlah markah Kertas 1 (50 markah), Kertas 2 (100 markah) dan Kertas 3 (30 markah). Berbanding dengan komposisi markah Kertas 1 (50 markah), Kertas 2 (100 markah) dan Kertas 3 (15 markah).

d. Secara tak langsung ini menandakan bertambah pentingnya aspek Ujian Amali Kertas 3 memandangkan pemarkahannya mewakili hampir 17% dari keseluruhan jumlah markah Ujian kertas tersebut berbanding hanya lebih kurang 8% sebelum ini.

e. Banyak rasional di sebalik pendekatan ini telah dibincangkan dan secara amnya kemahiran atau kebolehan 'hands on' para pelajar dengan radas-radas/prosedur  ujikaji makmal, merekod dan menginterpretasi data lebih dititikberatkan berbanding dahulu.

Dengan itu para pelajar dinasihatkan mengambil sikap proaktif terutama dalam pembelajaran harian di makmal untuk benar-benar menguasai segala aspek kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi Ujian Amali Sains tersebut. 

Pendedahan pelajar melalui pembacaan buku/jurnal ilmiah sains dan sebagainya juga mampu mengasah kebolehan pelajar dalam memanipulasi dan menginterpretasi data ujikaji makmal.

Sekian dahulu dari kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Semoga kita bertemu lagi di artikel yang akan datang. 



"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"