#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan

Selasa, 10 Januari 2017

CORETAN PEMBUKAAN TAHUN BARU 2017

Alhamdulillah, Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam sudah pun melangkah ke tahun baru 2017 dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis di tahun 2016. InsyaAllah bersama-sama kita memperbaharui azam dan iltizam kita agar 2017 menjadi tahun yang lebih gemilang hendakNya.




Kami mulakan dengan ucapan "Selamat Datang"  kepada para pelajar yang pertama kali menyertai Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.  

Manakala "Selamat Kembali" pula kami ucapkan kepada pelajar  Seksyen 23 sessi 2016 yang menyambung semula pengajian tuisyen di sini pada sessi 2017 terutamanya para pelajar yang telah pun bersama-sama dengan kami sewaktu Tuisyen Persedian Cuti Sekolah akhir tahun 2016 yang lalu.



Tuisyen Persediaan Cuti Sekolah 2016

Sebahagian daripada para pelajar Tuisyen Persediaan baru-baru ini


Tak ketinggalan juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing pada sessi 2017. 

InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal komited untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa sebagaimana tahun-tahun yang terdahulunya.



Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Berikut kami kongsikan serba sedikit informasi berkenaan dunia pendidikan khususnya di Malaysia dan juga beberapa usaha pembaikan yang kami terapkan mulai tahun 2017 untuk manfaat bersama.


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2017

Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2017. Syukur Alhamdulillah persekolah dibuka seperti yang dirancangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun terdapat kejadian banjir di beberapa tempat di Pantai Timur sejak akhir-akhir ini.



Sepertimana biasa Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan yang tertera di atas


TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)

Manakala di bawah ini pula adalah jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2017. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan dari semasa ke semasa nanti.

Jadual Ringkas Peperiksaan Awam 2017 (Sumber MOE)


KELAS PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK (PERINGKAT RENDAH)

Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam merasakan perlunya untuk merapatkan jurang penguasaaan asas Bahasa Inggeris dan Matematik antara para pelajar peringkat Sekolah Rendah.  

Selaras dengan itu pihak tuisyen telah menyediakan kelas-kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik sebagai initiatif kami untuk memberikan asas yang lebih kukuh kepada para pelajar di dalam dua mata pelajaran tersebut. 


Kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik (gambar hiasan)

Secara ringkasnya modul pembelajaran yang diguna pakai untuk kelas-kelas pemulihan adalah seperti berikut :

a.) Matematik : memberi penekanan dalam kemahiran sifir dan operasi asas matematik, menekankan topik-topik tertentu yang sukar difahami (bagi pelajar kategori D, E dan F) dan penyelesaian masalah soalan-soalan kertas 2 terutama soalan berbentuk KBAT. 

b.) Bahasa Inggeris : menekankan aspek pengukuhan asas-asas bahasa Inggeris seperti ‘sentence construction, basic grammar, spelling,reading’ 


TUISYEN HUJUNG MINGGU UNTUK PERINGKAT SPM

Buat julung kalinya Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengadakan kelas tuisyen hujung minggu untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

SPM 2017


Memandangkan pilihan subjek atau mata pelajaran yang luas bagi peringkat SPM hanya kelas-kelas subjek teras ditawarkan pada kali ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan  Sains. Kelas tuisyen untuk subjek atau mata pelajaran lain boleh juga diadakan berdasarkan kesesuaian dan permintaan. 


Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"


Selasa, 1 November 2016

"WRAP UP" AKTIVITI 2016 @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM






Insha Allah tirai aktiviti dan program tahun 2016 akan dilabuhkan dengan program terakhir kami iatu Program Tuisyen Persediaan Cuti Sekolah 2016 yang akan bermula pada 5 Disember nanti.






Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2016 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.


Seminar peperiksaan untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.

Tak kurang juga sambutan terhadap program-program kerjasama hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Al-Quran  tetap kekal sangat menggalakkan


Seminar Super A UPSR 2016



Seminar Super A PT3 2016







Manakala bagi aktiviti ko-kurikulum pula dua daripada tiga pasukan Futsal yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah berjaya merangkul tempat ke 4 (kategori bawah 12 tahun) dan tempat ke 3 (kategori bawah 17 tahun) dalam kejohanan Kejora Futsal Tournament. 


Team Futsal Kejora Seksyen 23 U12

Team Futsal Kejora Seksyen 23 U17
Tak kurang juga pencapaian dalam pertandingan bowling di mana pasukan yang mewakili Seksyen 23 juga berjaya mendapat tempat ketiga kesuluruhan


Team Bowling Kejora Seksyen 23 yang mendapat tempat ke 3 keseluruhan

Sementara itu aktiviti-aktiviti santai yang lain seperti jamuan iftar Ramadahan, Raya, jamuan Perpisahan dan sebagainya tetap meriah seperti biasa dan memberikan kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan para pelajar.




Iftar 2016

Iftar 2016
Jamuan Perpisahan 2016

Jamuan Perpisahan 2016

Jamuan Perpisahan 2016




Di samping itu pihak pengurusan Pusat  Tuisyen Kejora  Seksyen 23 Shah Alam juga amat berterima kasih kerana diberi kesempatan oleh rakan-rakan pihak luar untuk kami menunaikan tanggungjawab sosial kami. Mudah-mudah tahun 2016 nanti akan tercatat sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya 


Program Tuisyen Percuma Untuk Anak-anak Yatim





'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'

Rabu, 2 Mac 2016

KE MANA HALA TUJU SELEPAS SPM? (UPDATED AND REPUBLISHED)

Keputusan SPM 2015 telah pun diumumkan pada 3 Mac 2016, Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang jangan sesekali berputus asa sebab perjalanan untuk memulakan sebarang karier terbuka luas untuk semua.


Keputusan Cemerlang Dapat Memberi Lebih Banyak Pilihan


Secara ringkasnya ada tiga laluan yang berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM bergantung kepada keputusan peperiksaan, minat, cita-cita, latarbelakang mahupun persekitaran para pelajar. Sebaik-baiknya lepasan SPM mengadakan perbincangan dengan keluarga mahupun pihak sekolah sebelum membuat pilihan tentang perjalanan yang akan dipilih sesudah SPM. Secara umumnya pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut

Pilihan 1: Meneruskan pengajian akademik secara formal samada untuk mendapatkan ijazah pertama mahupun kelulusan professional. Ini termasuk meneruskan pembelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, politeknik, mengikuti program diploma, kursus profesional atau mengambil sijil kemahiran. 

Pilihan 2: Memasuki alam pekerjaan dengan memohon kerja di sektor awam atau swasta. 

Pilihan 3: Menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

Perlu dinyatakan di sini bagi Pilihan 2 dan Pilihan 3 di atas peluang untuk mendapatkan kelulusan akademik (ijazah pertama) seperti Pilihan 1 masih terbuka di masa akan datang untuk bidang-bidang tertentu berdasarkan pengalaman kerja dan sebagainya (Lihat gambarajah di bawah)


PILIHAN 1

Pilihan 1 merupakan pilihan yang paling popular bagi kebanyakan lulusan SPM dimana laluan ke Ijazah Pertama adalah seperti garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM (dahulunya KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi) di bawah


11 Laluan Ke Ijazah Pertama

Terdapat 11 laluan (lihat pada sebelahup kiri gambarajah di atas) ke Ijazah Pertama iatu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Matrikulasi, Asasi, Program Persediaan Tajaan Luar Negara, Diploma IPTA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS, Diploma Kemahiran dan Bekerja Dengan Pengalaman Lima Tahun Ke Atas (yakni Pilihan 2 atau Pilihan 3 di atas).

Pelbagai bidang pengajian mahupun profesion yang boleh diceburi dalam PILIHAN 1 merangkumi bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran, perguruan, ketenteraan, kerjururawatan dan sebagainya. Link di bawah dapat membantu dalam proses permohonan kemasukan anda.

http://upu.moe.gov.my


PILIHAN 2

Bagi yang ingin terus memulakan kerjaya pelbagai pilihan juga masih ada bergantung kepada minat, kelulusan, permintaan, kekosongan dan juga faktor persekitaran. Kebanyakan industri kecil sederhana juga mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Walaupun begitu pilihan jawatan mungkin terhad kepada "entry level"  berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi.

Selain dari itu di sektor awam pula bidang-bidang ketenteraan, kepolisian dan sebagainya mempunyai program pengambilan tersendiri merangkumi peringkat lulusan SPM di mana latihan dan saringan perlu dilalui sebelum dapat memulakan kerjaya di bidang berkenaan. Sebagai nota tambahan pula bagi bidang ketenteraan wujud laluan PILIHAN 1 secara langsung yang dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Suatu ketika dahulu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga agak terkenal dengan skim "Apprenticeship in Aircraft Maintenance Engineering" di mana pelajar lepasan SPM akan melalui lima tahun latihan apprentis sebelum dikitiraf sebagai "MAS Maintenance Engineer". Namun begitu kebanyakan syarikat swasta kini nampaknya lebih berminat untuk memberi kepercayaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta terpilih untuk melatih tenaga kerja mereka melalu program diploma/iazah yang diiktiraf seperti pengambilan kadet di Akademi Laut Malaysia (ALAM) 

Diharapkan link di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/


PILIHAN 3


Pilihan 3 iaitu menceburi bidang perniagan dan keusahawanan adalah agak unik. Malahan mereka yang telah memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2 di atas ada yang menceburi bidang perniagaan pada kemudian hari samada untuk mendapat kepuasan diri mahupun membina kekayaan setelah menimba pengalaman dengan karier masing-masing dan sebagainya.

Pilihan 3 begitu terkenal dengan banyak liku cabarannya dan keberangkalian untuk gagal adalah jauh lebih besar, Namun begitu tidak dinafikan imbuhan material bagi yang menceburi bidang perniagaan dan sanggup berusaha gigih hingga berjaya sangatlah lumayan. 

Pelbagai Cabaran dan Aspek Dalam Bidang Keusahawanan


Faktor seperti latarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan juga persekitaran mungkin menjadi pemangkin untuk seorang lepasan SPM untuk membuat Pilihan 3. Namun begitu artikel ini tidak dapat memperincikan Pilihan 3 disebabkan keluasan skop dan topik yang sebegitu subjektif. 

Akhir kata, walau apapun pilihan anda lakukanlah yang terbaik semoga anda mendapat manfaat dan mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling anda di kemudian hari.



Selasa, 1 Disember 2015

INFORMASI RINGKAS PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIRANCANG UNTUK TAHUN 2016 DI PUSAT TUISYEN SEKSYEN 23 SHAH ALAM

Berikut adalah informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2016 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam. 

Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2016 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2016 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2016

Program pembelajaran tuisyen 2016 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar. 

a. Kelas tuisyen hujung minggu

Berdasarkan permintaan ramai kelas tuisyen hujung minggu akan dilaksanakan di Pusat Tuisyen  Seksyen 23 Shah Alam mulai tahun 2016.

Kelas tuisyen hujung minggu ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada ibubapa atau pelajar yang lebih gemar untuk meluangkan masa untuk pembelajaran tuisyen pada hujung minggu (Sabtu) berbanding dengan hari-hari biasa




b. Kelas Pengukuhan Bahasa Inggeris untuk UPSR 2016

Sejajar dengan perkembangan terbaru berkenaan format UPSR 2016 yang di antaranya pemecahan subjek Bahasa Inggeris kepada dua bahagian atau subjek iatu Pemahaman (Comprehension) dan Penulisan (Writing), Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam mengambil pendekatan untuk mewujudkan Kelas Pengukuhan Bahasa Inggeris.  

Kelas Pengukuhan yang bertujuan untuk memperbaiki asas-asas kemahiran (foundation) Bahasa Inggeris ini ditawarkan kepada para pelajar yang lemah tahap penguasaan asas Bahasa Inggerisnya. Manakala itu Kelas Bahasa Inggeris yang lebih berfokuskan Peperiksaan UPSR 2016 dan menggabungkan kedua-dua elemen Pemahaman juga Penulisan akan diadakan seperti sediakala.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan perubahan format untuk UPSR 2016 sila rujuk kepada pautan artikel kami seperti di bawah : 


UPSR 2016: DAHULUNYA LIMA KINI ENAM




2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 



Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futbol Mundial dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak. 

Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.











Manakala Seminar Super A yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen juga akan diadakan seperti biasa. Segala perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2016 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 






3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini. Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun"




BUKU "MARI BELAJAR BAHASA JEPUN"

b. KAFA Al-Wardah

Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa kelolaan badan indukEducation Group ini juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2016. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 017 - 659 6987 atau 017 - 717 1114 seperti yang tertera di bawah 






Sekian sahaja ulasan daripada kami di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibubapa, pelajar dan orang ramai untuk menyertai program-program bermanfaat dan berkualiti yang kami tawarkan.








'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'

Sabtu, 14 November 2015

"WRAP UP" AKTIVITI DAN PROGRAM PUSAT TUISYEN KEJORA UNTUK TAHUN 2015




Insha Allah tirai aktiviti dan program tahun 2015 akan dilabuhkan dengan program terakhir kami iatu Program Ulangkaji Intensif Cuti Sekolah yang akan bermula pada 1 Disember ini. 

Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2015 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Antaranya kejayaan pasukan Futsal yang merangkul kejuaraan Kejora Futsal. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami di atas tajaan pihak Rushai Leather untuk pasukan futsal kami.



Coach 'import' tajaan pihak Rushai Leather

Seminar peperiksaan yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora  iatu Seminar SKOR untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.

Tak kurang juga sambutan terhadap program-program hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Al-Quran 

Seminar Skor

Seminar Skor

Manakala itu bagi aktiviti-aktiviti 'wajib' yang lain seperti jamuan Ramadahan, Raya dan sebagainya tetap meriah seperti biasa dan memberikan kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan para pelajar.

Jamuan Raya 2015

Majlis Berbuka Ramadhan 2015


Di samping itu pihak pengurusan Pusat  Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat berterima kasih kerana diberi kesempatan oleh rakan-rakan pihak luar untuk kami menunaikan tanggungjawab sosial kami. Mudah-mudah tahun 2016 nanti akan tercatat sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya 


Sumbangan hamper untuk aktiviti sukan sekolah










Program Tuisyen Percuma Untuk Anak-anak Yatim






'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'