#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label skor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label skor. Papar semua catatan

Selasa, 10 Januari 2017

CORETAN PEMBUKAAN TAHUN BARU 2017

Alhamdulillah, Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam sudah pun melangkah ke tahun baru 2017 dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis di tahun 2016. InsyaAllah bersama-sama kita memperbaharui azam dan iltizam kita agar 2017 menjadi tahun yang lebih gemilang hendakNya.




Kami mulakan dengan ucapan "Selamat Datang"  kepada para pelajar yang pertama kali menyertai Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.  

Manakala "Selamat Kembali" pula kami ucapkan kepada pelajar  Seksyen 23 sessi 2016 yang menyambung semula pengajian tuisyen di sini pada sessi 2017 terutamanya para pelajar yang telah pun bersama-sama dengan kami sewaktu Tuisyen Persedian Cuti Sekolah akhir tahun 2016 yang lalu.



Tuisyen Persediaan Cuti Sekolah 2016

Sebahagian daripada para pelajar Tuisyen Persediaan baru-baru ini


Tak ketinggalan juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing pada sessi 2017. 

InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal komited untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa sebagaimana tahun-tahun yang terdahulunya.



Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Berikut kami kongsikan serba sedikit informasi berkenaan dunia pendidikan khususnya di Malaysia dan juga beberapa usaha pembaikan yang kami terapkan mulai tahun 2017 untuk manfaat bersama.


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2017

Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2017. Syukur Alhamdulillah persekolah dibuka seperti yang dirancangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun terdapat kejadian banjir di beberapa tempat di Pantai Timur sejak akhir-akhir ini.



Sepertimana biasa Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan yang tertera di atas


TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)

Manakala di bawah ini pula adalah jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2017. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan dari semasa ke semasa nanti.

Jadual Ringkas Peperiksaan Awam 2017 (Sumber MOE)


KELAS PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK (PERINGKAT RENDAH)

Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam merasakan perlunya untuk merapatkan jurang penguasaaan asas Bahasa Inggeris dan Matematik antara para pelajar peringkat Sekolah Rendah.  

Selaras dengan itu pihak tuisyen telah menyediakan kelas-kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik sebagai initiatif kami untuk memberikan asas yang lebih kukuh kepada para pelajar di dalam dua mata pelajaran tersebut. 


Kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik (gambar hiasan)

Secara ringkasnya modul pembelajaran yang diguna pakai untuk kelas-kelas pemulihan adalah seperti berikut :

a.) Matematik : memberi penekanan dalam kemahiran sifir dan operasi asas matematik, menekankan topik-topik tertentu yang sukar difahami (bagi pelajar kategori D, E dan F) dan penyelesaian masalah soalan-soalan kertas 2 terutama soalan berbentuk KBAT. 

b.) Bahasa Inggeris : menekankan aspek pengukuhan asas-asas bahasa Inggeris seperti ‘sentence construction, basic grammar, spelling,reading’ 


TUISYEN HUJUNG MINGGU UNTUK PERINGKAT SPM

Buat julung kalinya Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengadakan kelas tuisyen hujung minggu untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

SPM 2017


Memandangkan pilihan subjek atau mata pelajaran yang luas bagi peringkat SPM hanya kelas-kelas subjek teras ditawarkan pada kali ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan  Sains. Kelas tuisyen untuk subjek atau mata pelajaran lain boleh juga diadakan berdasarkan kesesuaian dan permintaan. 


Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"


Khamis, 1 Disember 2016

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM SEPANJANG TAHUN 2017




 Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. 

Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2017 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2017 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2017

Program pembelajaran tuisyen 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar. 

a. Kelas tuisyen hujung minggu

Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang.






b. Kelas Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Matematik untuk UPSR 2017


Kelas Pengukuhan yang bertujuan untuk memperbaiki asas-asas kemahiran (foundation) Bahasa Inggeris dan Matematik ini ditawarkan kepada para pelajar yang lemah tahap penguasaan asas Bahasa Inggeris dan/atau kemahiran Matematik . 

Manakala itu Kelas Bahasa Inggeris dan Matematik yang lebih berfokuskan Peperiksaan UPSR 2017 dan menggabungkan kedua-dua elemen Pemahaman juga Penulisan akan diadakan seperti sediakala.


2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 



Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futbol Mundial dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak. 

Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.

















Manakala Seminar Skor diadakan seperti biasa. Segala perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2017 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 






3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.


MARI BELAJAR BAHASA JEPUN



b. Pengajian Al-Quran

Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2017. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 017 - 659 6987 atau 017 - 717 1114 seperti yang tertera di bawah 





Sekian sahaja ulasan daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibubapa, pelajar dan orang ramai untuk menyertai program-program bermanfaat dan berkualiti yang kami tawarkan.








'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'















Jumaat, 1 April 2016

TIPS, PANDUAN, CARA DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH SPM




SEJARAH SPM


1. TEKNIK MENJAWAB SOALAN


Untuk memperolehi gred markah yang "CEMERLANG", para pelajar disarankan agar menggunakan ayat berlapis sewaktu menjawab soalan berdasarkan teknik FHC + N di mana:

F = FAKTA
H = HURAIAN 
C = CONTOH
N = NILAI atau KESAN


2. CONTOH-CONTOH SOALAN DAN APPLIKASI TEKNIK FHC + N

Soalan-soalan KBAT Sejarah terbahagi kepada dua jenis soalan iatu 

                         a. Soalan Struktur

                         b. Soalan Esei


Contoh-contoh soalan Struktur dan Esei adalah seperti di bawah di mana applikasi teknik FHC + N di atas adalah seperti yang digariskan dalam jawapan yang diberi


a. TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

Contoh Soalan:

Mengapakah gerakan nasionalisme pada tahap pertama di kebanyakan negara di Asia Tenggara mengalami kegagalan?


[2 markah]



NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA



Jawapan:


Pada pandangan saya kegagalan ini disebabkan oleh perjuangan gerakan pada tahap ini tidak menyeluruh dan bersifat setempat contohnya Tok Janggut hanya berjuang untuk kawasan kekuasaan beliau sahaja iaitu di Pasir Puteh


b. TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI


Contoh Soalan:

Pencerobohan sempadan negara sehingga membawa kepada pemerdagangan manusia telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang berapa pentingnya meningkatkan kawalan keselamatan di negara kita. 

Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut?


[6 markah]


GAMBAR SEKADAR HIASAN
Jawapan:


Pada pendapat saya, langkah yang wajar dilaksanakan adalah dengan memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan menguatkan pasukan keselamatan negara seperti menambah bilangan pasukan beruniform dan memberi latihan yang secukupnya. Selain itu, mengukuhkan pertahanan negara dengan menguatkuasakan undang-undang melalui cara menghukum penjenayah yang terlibat dengan pemerdagangan manusia dengan hukuman yang setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada penjenayah tersebut dan secara am kepada masyarakat














NOTA: Artikel di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam yang berpengalam luas sebagai panel pemeriksa kertas Sejarah SPM. Jangan lupa untuk menyertai kami untuk mendalami dengan lebih lanjut mata pelajaran Sejarah SPM 






"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"




Khamis, 1 Oktober 2015

UPSR 2016: DAHULUNYA LIMA KINI ENAM..............









Format baru UPSR 2016 baru sahaja diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia beberapa hari yang lalu. Pelarasan format tertutama bagi matapelajaran Bahasa samada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina 

Pelarasan tersebut membawa perubahan yang ketara bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di mana ianya akan dibahagi dan dinilaikan sebagai dua subjek yang berteraskan Pemahaman dan Penulisan atau terjemahan Bahasa Inggerisnya  "Comprehesion" dan "Writing".


Secara ringkasanya fakta-fakta bagi UPSR 2016 adalah seperti berikut.

  • Penyelarasan kertas Bahasa Inggeris dengan kertas-kertasa bahasa yang lain kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Gabungan soalan-soalan berbentuk subjektif dan objektif pelbagai pilihan di dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa (sebelum ini hanya ujian objektif sahaja)
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan berdasarkan sukatan KSSR elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dititikberatkan
  • Subjek teras UPSR yang dahulunya lima iatu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kini menjadi enam dengan penyelarasan kertas Bahasa Inggeris kepada Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisa.
  • Selain itu, tahap kecemerlangan murid turut diukur bukan sahaja berdasarkan peperiksaan yang diduduki, tetapi juga menerusi laporan penilaian berbentuk deskriptif yang dibuat guru melibatkan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Berikut adalah jadual format-format soalan bagi UPSR 2016 (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, MOE)




Maklumat yang lebih terperinci boleh diperolehi daripada portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat peka dengan perkembangan ini dan bakal membuat beberapa perubahan bagi memastikan keberkesanan pembelajaran tuisyen bagi para pelajar UPSR 2016 nanti. 

Nantikan pengumuman lanjut daripada pihak kami!!!




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"