#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan

Sabtu, 14 November 2015

"WRAP UP" AKTIVITI DAN PROGRAM PUSAT TUISYEN KEJORA UNTUK TAHUN 2015




Insha Allah tirai aktiviti dan program tahun 2015 akan dilabuhkan dengan program terakhir kami iatu Program Ulangkaji Intensif Cuti Sekolah yang akan bermula pada 1 Disember ini. 

Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2015 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Antaranya kejayaan pasukan Futsal yang merangkul kejuaraan Kejora Futsal. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami di atas tajaan pihak Rushai Leather untuk pasukan futsal kami.



Coach 'import' tajaan pihak Rushai Leather

Seminar peperiksaan yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora  iatu Seminar SKOR untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.

Tak kurang juga sambutan terhadap program-program hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Al-Quran 

Seminar Skor

Seminar Skor

Manakala itu bagi aktiviti-aktiviti 'wajib' yang lain seperti jamuan Ramadahan, Raya dan sebagainya tetap meriah seperti biasa dan memberikan kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan para pelajar.

Jamuan Raya 2015

Majlis Berbuka Ramadhan 2015


Di samping itu pihak pengurusan Pusat  Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat berterima kasih kerana diberi kesempatan oleh rakan-rakan pihak luar untuk kami menunaikan tanggungjawab sosial kami. Mudah-mudah tahun 2016 nanti akan tercatat sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya 


Sumbangan hamper untuk aktiviti sukan sekolah










Program Tuisyen Percuma Untuk Anak-anak Yatim






'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'








Rabu, 25 Jun 2014

PROGRAM-PROGRAM ILMIAH HUJUNG MINGGU DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM



Mungkin ramai yang beranggapan Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 ditutup sepenuhnya pada hari minggu. Memang benar buat masa ini pembelajaran tuisyen tidak diadakan pada hujung minggu. Namun begitu di sini kami ingin menceritakan berkenaan salah satu program ilmiah yang dijalankan secara kerjasama pada setiap hujung minggu di Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 Shah Alam.


PROGRAM 1: PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN


Program yang dikendalikan oleh Liza "Sensei" sebenarnya telah agak lama dikenali dikalangan warga industri multinasional yang berasal dari negara matahari terbit Jepun.


Liza "Sensei" atau kata nama lainnya Cikgu Liza merupakan bekas graduan program Dasar Pandang ke Timur atau lebih dikenali sebagai RPKJ (Rancangan Persediaan Khas ke Jepun) di Universiti Malaya dari tahun 1993-1995 sebelum melanjutkan pelajarannya di Universiti Gunma, Jepun (1993-1999). 

Kelas-kelas yang bermula seawal 10 pagi diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di mana para pelajar akan dibahagikan mengikut tahap penguasaan Bahasa Jepun masing-masing. Banyak penuntut merupakan pekerja-pekerja dari syarikat ternama Jepun seperti Toyota dan sebagainya.




Selain itu Liza Sensei juga telah mengorak langkah jauh sebagai guru Bahasa Jepun dengan penerbitan buku beliau sendiri yang bertajuk "MARI BELAJAR BAHASA JEPUN" yang boleh didapati dari toko-toko buku ternama seperti MPH dan sebagainya.
   
Maklumat lanjut berkenaan buku mahupun program ini boleh didapati melalui link di bawah

http://www.bukubahasajepun.com/p/buku.html