#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label Pusat Tuisyen Kejora. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pusat Tuisyen Kejora. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2020

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM TAHUN 2021

Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2021 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam. 

Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2021 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2021 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2021

Program pembelajaran tuisyen 2021 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping penekanan SOP Covid 19 bagi menjamin keselamatan guru dan pelajar 





Maklumat lebih terperinci berkenaan jadual juga boleh didapati di pautan berikut:



a. Kelas tuisyen hujung minggu

Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang. 

Istimewanya pada tahun 2021 nanti selain daripada kelas-kelas untuk Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 kelas-kelas hujung minggu bagi Darjah 5 dan Tingkatan 4 juga turut ditawarkan *



b. English Speaking and Listening Class @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM


Semenjak daripada tahun 2016 lagi Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam secara eksklusifnya menawarkan kelas "English Listening and Speaking" yang ditawarkan kepada para pelajar yang berumur dalam lingkungan 11-12 tahun.

Objektif utama kelasa "English Listening and Speaking" adalah seperti berikut:

"Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris melalui Pemahaman (melalui Pendengaran dan Pembacaan) dan Pertuturan"








c. Kelas tuisyen untuk Darjah 2 (Standard 2)

Buat julung kalinya Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam menawarkan pembelajaran tuisyen bagi peringkat Darjah 2. Ini bertujuan untuk 


a. mendedah dan memahirkan pelajar dengan teknik-teknik asas pembelajaran bagi pelajar yang agak ketinggalan jurang pencapaian pelajarannya sebaik melangkah ke Darjah 1 sebelum ini lebih-lebih lagi disebabkan kekerapan penutupan sekolah bagi mengawal penyebaran Covid-19 


b. Memudahcara ulangkaji matapelajaran asas yang dipelajari pada waktu persekolahan biasa.





2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 


Bergantung kepada kesesuaian dan kesempatan aktiviti-aktiviti bukan akademik ini diadakan bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.














Seminar untuk perkongisan tips, strategi menjawab soalan dan soalan ramalan 2021 d
akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 




3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan. Untuk sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau di talian 012 - 679 8100


MARI BELAJAR BAHASA JEPUN



b. Kelas Pengajian Al-Quran


Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2021. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Muhammad Fakhri di talian 019 - 299 1676







Akhir kata, memandangkan tempat yang agak terhad disebabkan perlunya pematuhan jarak sosial SOP Covid 19 para ibu bapa dinasihatkan untuk menempah kelas lebih awal agar tidak kehampaan. 


Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam


* Tertakluk kepada terma dan syarat




'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'









Jumaat, 1 April 2016

TIPS, PANDUAN, CARA DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH SPM




SEJARAH SPM


1. TEKNIK MENJAWAB SOALAN


Untuk memperolehi gred markah yang "CEMERLANG", para pelajar disarankan agar menggunakan ayat berlapis sewaktu menjawab soalan berdasarkan teknik FHC + N di mana:

F = FAKTA
H = HURAIAN 
C = CONTOH
N = NILAI atau KESAN


2. CONTOH-CONTOH SOALAN DAN APPLIKASI TEKNIK FHC + N

Soalan-soalan KBAT Sejarah terbahagi kepada dua jenis soalan iatu 

                         a. Soalan Struktur

                         b. Soalan Esei


Contoh-contoh soalan Struktur dan Esei adalah seperti di bawah di mana applikasi teknik FHC + N di atas adalah seperti yang digariskan dalam jawapan yang diberi


a. TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR

Contoh Soalan:

Mengapakah gerakan nasionalisme pada tahap pertama di kebanyakan negara di Asia Tenggara mengalami kegagalan?


[2 markah]



NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA



Jawapan:


Pada pandangan saya kegagalan ini disebabkan oleh perjuangan gerakan pada tahap ini tidak menyeluruh dan bersifat setempat contohnya Tok Janggut hanya berjuang untuk kawasan kekuasaan beliau sahaja iaitu di Pasir Puteh


b. TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI


Contoh Soalan:

Pencerobohan sempadan negara sehingga membawa kepada pemerdagangan manusia telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang berapa pentingnya meningkatkan kawalan keselamatan di negara kita. 

Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut?


[6 markah]


GAMBAR SEKADAR HIASAN
Jawapan:


Pada pendapat saya, langkah yang wajar dilaksanakan adalah dengan memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan menguatkan pasukan keselamatan negara seperti menambah bilangan pasukan beruniform dan memberi latihan yang secukupnya. Selain itu, mengukuhkan pertahanan negara dengan menguatkuasakan undang-undang melalui cara menghukum penjenayah yang terlibat dengan pemerdagangan manusia dengan hukuman yang setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada penjenayah tersebut dan secara am kepada masyarakat














NOTA: Artikel di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam yang berpengalam luas sebagai panel pemeriksa kertas Sejarah SPM. Jangan lupa untuk menyertai kami untuk mendalami dengan lebih lanjut mata pelajaran Sejarah SPM 






"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"




Khamis, 1 Oktober 2015

UPSR 2016: DAHULUNYA LIMA KINI ENAM..............









Format baru UPSR 2016 baru sahaja diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia beberapa hari yang lalu. Pelarasan format tertutama bagi matapelajaran Bahasa samada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina 

Pelarasan tersebut membawa perubahan yang ketara bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di mana ianya akan dibahagi dan dinilaikan sebagai dua subjek yang berteraskan Pemahaman dan Penulisan atau terjemahan Bahasa Inggerisnya  "Comprehesion" dan "Writing".


Secara ringkasanya fakta-fakta bagi UPSR 2016 adalah seperti berikut.

  • Penyelarasan kertas Bahasa Inggeris dengan kertas-kertasa bahasa yang lain kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Gabungan soalan-soalan berbentuk subjektif dan objektif pelbagai pilihan di dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa (sebelum ini hanya ujian objektif sahaja)
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan berdasarkan sukatan KSSR elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dititikberatkan
  • Subjek teras UPSR yang dahulunya lima iatu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kini menjadi enam dengan penyelarasan kertas Bahasa Inggeris kepada Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisa.
  • Selain itu, tahap kecemerlangan murid turut diukur bukan sahaja berdasarkan peperiksaan yang diduduki, tetapi juga menerusi laporan penilaian berbentuk deskriptif yang dibuat guru melibatkan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Berikut adalah jadual format-format soalan bagi UPSR 2016 (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, MOE)




Maklumat yang lebih terperinci boleh diperolehi daripada portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat peka dengan perkembangan ini dan bakal membuat beberapa perubahan bagi memastikan keberkesanan pembelajaran tuisyen bagi para pelajar UPSR 2016 nanti. 

Nantikan pengumuman lanjut daripada pihak kami!!!




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"







Isnin, 31 Ogos 2015

PERKONGSIAN: PENANDA WACANA (KERTAS BAHASA MELAYU)

Sedikit perkongsian berkenaan "PENANDA WACANA" untuk calon-calon yang akan menduduki kertas Bahasa Melayu UPSR, PT3 mahupun SPM nanti.
Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

vi)Penanda menutup isi
1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup
1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,
9. ___persis kata peribahasa,
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua
Semoga bermanfaat utk para pelajar...

Ahad, 8 Mac 2015

KE MANA HALA TUJU SELEPAS SPM?

Keputusan SPM 2014 telah pun diumumkan pada 3 Mac 2015 yang lalu, Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang jangan sesekali berputus asa sebab perjalanan untuk memulakan sebarang karier terbuka luas untuk semua.


Keputusan Cemerlang Dapat Memberi Lebih Banyak Pilihan


Secara ringkasnya ada tiga laluan yang berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM bergantung kepada keputusan peperiksaan, minat, cita-cita, latarbelakang mahupun persekitaran para pelajar. Sebaik-baiknya lepasan SPM mengadakan perbincangan dengan keluarga mahupun pihak sekolah sebelum membuat pilihan tentang perjalanan yang akan dipilih sesudah SPM. Secara umumnya pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut

Pilihan 1: Meneruskan pengajian akademik secara formal samada untuk mendapatkan ijazah pertama mahupun kelulusan professional. Ini termasuk meneruskan pembelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, politeknik, mengikuti program diploma, kursus profesional atau mengambil sijil kemahiran. 

Pilihan 2: Memasuki alam pekerjaan dengan memohon kerja di sektor awam atau swasta. 

Pilihan 3: Menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

Perlu dinyatakan di sini bagi Pilihan 2 dan Pilihan 3 di atas peluang untuk mendapatkan kelulusan akademik (ijazah pertama) seperti Pilihan 1 masih terbuka di masa akan datang untuk bidang-bidang tertentu berdasarkan pengalaman kerja dan sebagainya (Lihat gambarajah di bawah)


PILIHAN 1

Pilihan 1 merupakan pilihan yang paling popular bagi kebanyakan lulusan SPM dimana laluan ke Ijazah Pertama adalah seperti garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM (dahulunya KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi) di bawah


11 Laluan Ke Ijazah Pertama

Terdapat 11 laluan (lihat pada sebelahup kiri gambarajah di atas) ke Ijazah Pertama iatu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Matrikulasi, Asasi, Program Persediaan Tajaan Luar Negara, Diploma IPTA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS, Diploma Kemahiran dan Bekerja Dengan Pengalaman Lima Tahun Ke Atas (yakni Pilihan 2 atau Pilihan 3 di atas).

Pelbagai bidang pengajian mahupun profesion yang boleh diceburi dalam PILIHAN 1 merangkumi bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran, perguruan, ketenteraan, kerjururawatan dan sebagainya. Link di bawah dapat membantu dalam proses permohonan kemasukan anda.

http://upu.moe.gov.my


PILIHAN 2

Bagi yang ingin terus memulakan kerjaya pelbagai pilihan juga masih ada bergantung kepada minat, kelulusan, permintaan, kekosongan dan juga faktor persekitaran. Kebanyakan industri kecil sederhana juga mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Walaupun begitu pilihan jawatan mungkin terhad kepada "entry level"  berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi.

Selain dari itu di sektor awam pula bidang-bidang ketenteraan, kepolisian dan sebagainya mempunyai program pengambilan tersendiri merangkumi peringkat lulusan SPM di mana latihan dan saringan perlu dilalui sebelum dapat memulakan kerjaya di bidang berkenaan. Sebagai nota tambahan pula bagi bidang ketenteraan wujud laluan PILIHAN 1 secara langsung yang dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Suatu ketika dahulu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga agak terkenal dengan skim "Apprenticeship in Aircraft Maintenance Engineering" di mana pelajar lepasan SPM akan melalui lima tahun latihan apprentis sebelum dikitiraf sebagai "MAS Maintenance Engineer". Namun begitu kebanyakan syarikat swasta kini nampaknya lebih berminat untuk memberi kepercayaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta terpilih untuk melatih tenaga kerja mereka melalu program diploma/iazah yang diiktiraf seperti pengambilan kadet di Akademi Laut Malaysia (ALAM) 

Diharapkan link di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/


PILIHAN 3


Pilihan 3 iaitu menceburi bidang perniagan dan keusahawanan adalah agak unik. Malahan mereka yang telah memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2 di atas ada yang menceburi bidang perniagaan pada kemudian hari samada untuk mendapat kepuasan diri mahupun membina kekayaan setelah menimba pengalaman dengan karier masing-masing dan sebagainya.

Pilihan 3 begitu terkenal dengan banyak liku cabarannya dan keberangkalian untuk gagal adalah jauh lebih besar, Namun begitu tidak dinafikan imbuhan material bagi yang menceburi bidang perniagaan dan sanggup berusaha gigih hingga berjaya sangatlah lumayan. 

Pelbagai Cabaran dan Aspek Dalam Bidang Keusahawanan


Faktor seperti latarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan juga persekitaran mungkin menjadi pemangkin untuk seorang lepasan SPM untuk membuat Pilihan 3. Namun begitu artikel ini tidak dapat memperincikan Pilihan 3 disebabkan keluasan skop dan topik yang sebegitu subjektif. 

Akhir kata, walau apapun pilihan anda lakukanlah yang terbaik semoga anda mendapat manfaat dan mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling anda di kemudian hari.




Isnin, 19 Mei 2014

SEKITAR SEMINAR SKOR UNTUK UPSR (KUMPULAN 1)

Seperti yang dijadualkan Seminar Skor untuk UPSR (Kumpulan 1) telah berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 Shah Alam pada 18 haribulan Mei 2014.
Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal 8.15 pagi lagi untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Lebih daripada 100 orang pelajar Pusat Tuisyen Kejora menyertai Kumpulan 1 kali ini.





Program berjalan dengan lancar dan kami terharu melihat kesungguhan para pelajar dalam mengikuti keseluruhan isi program yang penuh dengan tips-tips dari guru-guru berpengalaman terutama dalam format dan pemarkahan peperiksaan UPSR.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas para pelajar terutaman pelajar dari Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yang begitu komited dalam meluangkan masa untuk program keilmuan ini.
Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu-ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar pada hari tersebut
Insy'Allah kejayaan cemerlang dalam UPSR mungkin berada dalam genggaman para pelajar dalam masa terdekat nanti berkat usaha, kesungguhan dan doa para pelajar beserta ibubapa, rakan dan guru-guru.









Ahad, 19 Januari 2014

PANDUAN MEMILIH PUSAT TUISYEN BUAT IBU BAPA



Sebaik saja sessi persekolahan bermula ramai ibubapa terutama yang anaknya akan menduduki peperiksaan peringkat nasional seperti UPSR, PT3 (dahulunya PPMR, PBSMR atau PMR) dan juga SPM tercari-cari pusat tuisyen yang sesuai untuk anak mereka.
Pusat tuisyen yang efektif bukan saja mampu membimbing pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang malahan mampu menerapkan nilai-nilai yang sepadan dengan ciri-ciri pelajar cemerlang seperti semangat berpasukan, pengurusan waktu yang cekap dan sebagainya.


Secara amnya kriteria pemilihan pusat tuisyen adalah seperti berikut:


a.    Reputasi pusat tuisyen dan rekod pencapaian kecermerlangan yang terbukti


b.    Tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengalaman


c.    Pembelajaran/Pengajaran Dalam Kumpulan Kecial (Small Group Concept of Learning/Teaching). Dalam ertikata lain bilangan pelajar yang kecil untuk setiap kelas agar pembelajaran menjadi efektif.


d.    Pemantauan dan pengurusan prestasi pelajar yang berkesan


e.    Suasana pembelajaran yang kondusif


f.     Kos yang berpatutan. Tiada caj-caj tersembunyi yang merupakan taktik pemasaran semata-mata


g.    Wujudnya program-program ko-kurikulum yang mampu menjana minat belajar di samping penerapan nilai-nilai positif seperti semangat berpasukan, pengurusan waktu yang baik dan sebagainya.


Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam amat memahami keperluan ibu bapa dan sentiasa bekerja keras untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi kriteria yang kami miliki seperti berikut:


a.    Meneruskan tradisi kecemerlangan kumpulan Pusat Tuisyen Kejora semenjak tahun 2013 lagi


b.    Tenaga pengajar yang berpengalaman malahan pakar dalam bidang yang diajar


c.    Kelas yang kecil di mana purata maksima isi kelas hanyalah 14 orang untuk memastikan keberkesanan “Small Group Concept”



d.    Kuiz bulanan, Ujian penggal dan sebagainya membantu pemantauan prestasi pelajar  


e.    Kelas yang selesa, berhawa dingin dilengkap dengan kelengkapan surau dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjamin keselamatan para pelajar


f.     Kos yang berpatutan di samping yuran pendaftaran seumur hidup yang kecil untuk seisi keluarga (tanpa mengira bilangan anak yang mendaftar)


g.    Seminar pembelajaran mahupun program berbentuk ko-kurikulum seperti Kejohanan Futsal dan Bowling adalah antara program-program tahunan kami yang mampu mendorong pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik di samping membina sahsiah diri para pelajar





Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yakin kami adalah pilihan terbaik untuk para ibu bapa dan pelajar.