Memaparkan catatan dengan label persediaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persediaan. Papar semua catatan
Isnin, 22 Oktober 2018
Selasa, 24 Oktober 2017
PROGRAM TUISYEN PERSEDIAAN CUTI SEKOLAH 2017-2018
Kelas Intensif Cuti Sekolah dijadualkan akan bermula pada 4 Disember 2017 akan datang dengan yuran pakej bermula serendah RM75*.
Sebagaimana yang dinyatakan objektif utama kelas intensif khusus untuk peringkat UPSR dan PT3 ini adalah seperti berikut:
1) Memantapkan persediaan pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan penting tahun 2018
2) Menjadikan pelajar lebih fokus pada topik-topik yang penting
3) Menekankan topik-topik yang sukar difahami selaras dengan silibus terkini
4) Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti melalui sistem pembelajaran yang terancang dan terbimbing
Pihak kami menggalakkan para pelajar dan ibu bapa mengambil peluang ini untuk memastikan kejayaan yang cemerlang di masa akan datang.
Sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907 untuk tujuan pendaftaran mahupun maklumat lanjut.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Isnin, 3 Oktober 2016
PROGRAM TUISYEN PERSEDIAAN CUTI SEKOLAH 2016
Kelas Intensif Cuti Sekolah dijadualkan akan bermula pada 5 Disember 2016 akan datang dengan yuran pakej bermula serendah RM70*.
Sebagaimana yang dinyatakan objektif utama kelas intensif khusus untuk peringkat UPSR dan PT3 ini adalah seperti berikut:
1) Memantapkan persediaan pelajar yang bakal
menempuhi peperiksaan penting tahun 2017
2) Menjadikan pelajar lebih fokus pada
topik-topik yang penting
3) Menekankan topik-topik yang sukar difahami
selaras dengan silibus terkini
4) Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti melalui sistem pembelajaran yang terancang
Pihak kami menggalakkan para pelajar dan ibu bapa mengambil peluang ini untuk memastikan kejayaan yang cemerlang di masa akan datang.
Sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907 untuk tujuan pendaftaran mahupun maklumat lanjut.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Label:
aktiviti,
cuti,
exams,
peperiksaan,
persediaan,
preparation,
PT3,
sekolah,
Seksyen 23,
Shah Alam,
SPM,
UPSR
Lokasi:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ahad, 7 Ogos 2016
MUSIM PEPERIKSAAN UPSR, PT3 DAN SPM YANG MENJELANG TIBA. TIPS DAN INFO
Secara amnya bulan-bulan terakhir pembelajaran tuisyen di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam bagi UPSR, PT3 dan SPM adalah bulan Ogos, September dan Oktober. Sepanjang sebulan atau dua bulan yang terakhir akan dipenuhi dengan latihan tubi yang kerap di samping menjawab soalan-soalan ramalan.
Para pelajar diminta untuk tidak lepaskan peluang untuk mengikuti fasa atau pecutan terakhir kami yang amat penting sebagi persiapan terakhir sebelum ke medan peperiksaan nanti. Anda akan dapat mendapat lebih banyak pendedahan melalui pelbagai soalan dan teknik menjawab soalan
![]() |
| Musim Peperiksaan - Gambar Hiasan |
Memandangkan musim peperiksaan yang kian menjelang, di sini kami sertakan info dan tips yang boleh digunapakai untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 mahupun SPM.
'PERSEDIAAN AKHIR'
a. Sentiasa tenangkan fikiran dan pastikan tubuh fizikal mendapat rehat yang secukupnya sebelum peperiksaan bermula. Pastikan juga pemakanan yang sesuai berkhasiat agar kesihatan sentiasa terjaga. Tekadkan keazaman untuk melakukan yang terbaik sewaktu peperiksaan nanti. Adalah penting untuk mengekalkan tahap motivasi dan keyakinan diri di tahap yang optimum.
b. Walaupun perkara ini nampak remeh tapi ianya juga penting. Pastikan jadual peperiksaan disemak dengan teliti. Ini untuk memastikan perancangan ulangkaji untuk sesuatu matapelajaran dapat dibuat secukupnya sebelum tibanya hari peperiksaan matapelajaran tersebut.
c. Menekankan pemahaman saat akhir topik-topik utama yang dijangka menjadi tumpuan soalan peperiksaan. Jangan lupa untuk menyelitkan "Study Break" antara waktu penelahan agar pembelajaran menjadi lebih efektif
c. Menekankan pemahaman saat akhir topik-topik utama yang dijangka menjadi tumpuan soalan peperiksaan. Jangan lupa untuk menyelitkan "Study Break" antara waktu penelahan agar pembelajaran menjadi lebih efektif
d. Membulatkan pemahaman secara keseluruhan bagi setiap subjek. Di sini nota ringkasan dan kata kunci bagi setiap subjek amat berguna sebagai rujukan ekspress
e. Merancang strategi untuk menjawab soalan dan memastikan keyakinan diri di tahap yang optimum. Tinggalkan soalan yang dirasakan agak susah dahulu semasa ujian dan kembali menjawab soalan tersebut setelah menjawab soalan yang lain. Ini dapat mengekalkan konsentrasi dan keyakinan sepanjang waktu peperiksaan.
f. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik melalui aktivit-aktivit riadah dan rekreasi
Tahniah juga diucapkan pada para pelajar yang mengikuti seminar Super A yang dianjurkan sebelum ini di mana lebin banyak tips dan teknik selain daripada yang tersebut di atas telah pun dikongsikan oleh para panel pakar jemputan
![]() |
| Seminar Super A 2016 |
![]() |
| Seminar Super A 2016 |
Khusus bagi para pelajar yang beragama Islam, di bawah ini dikongsikan doa ketika menjawab soalan mahupun ketika menghadapi kesukaran sewaktu dalam peperiksaan, doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan dan juga doa untuk memohon kejayaan cemerlang. Selain daripada itu solat hajat boleh juga dilakukan agar usaha anda mendapat keredhaanNya.
'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'
Label:
cemerlang,
exams,
info,
keazaman,
keyakinan,
motivasi,
peperiksaan,
persediaan,
PT3,
Pusat Tuisyen,
result,
score,
Shah Alam,
SPM,
Super A,
tips,
UPSR
Lokasi:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)






