#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label Matematik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matematik. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Januari 2015

CORAT-CORET JANUARI 2015


SELAMAT TAHUN BARU 2015!!!

Rasanya masih belum terlambat untuk kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada para pembaca. Kami juga ingin mengucapkan "Selamat Datang" atau "Welcome Aboard" kepada pelajar-pelajar kemasukan Sessi 2015.


SELAMAT TAHUN BARU 2015!!!



Walaupun agak sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar baru Sessi 2015, kami tetap ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang mungkin dapat memberi manfaat kepada semua pihak.


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015


Takwim Persekolahan 2015 (Kumpulan B)
Sumber: MOE


Di atas adalah Takwim Persekolahan 2015 (Kumpulan B) di mana terdapat sedikit perubahan pada tarikh permulaan sessi persekolahan bulan Januari disebabkan bencana banjir yang melanda. Jumlah hari persekolahan tahunan juga telah dikurangkan daripada 205 hari ke 198 hari memandangkan tiada kelas gantian walau pembukaan sessi persekolahan telah ditunda lewat seminggu. 

Apa-apapun kami mendoakan "speedy recovery" dari segenap aspek untuk keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana alam tersebut.

Berbanding dengan Takwim Persekolahan 2015 di atas, kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam tetap beroperasi seperti biasa sepanjang Cuti Pertengahan Penggal 1, Cuti Pertengahan Tahun dan Cuti Pertengahan Penggal 2 kecuali pada Cuti Umum peringkat negeri mahupun kebangsaan.



PEPERIKSAAN UPSR DAN PT3 DIKEKALKAN


Keratan Berita The Star Online

Berdasarkan berita terakhir sepertimana keratan akhbar online The Star bertarikh 9 September, 2014 seperti di atas bolehlah dirumuskan bahawa peperiksaan UPSR dikekalkan. Walau bagaimanapun seperti yang diberitahu oleh Menteri Pendidikan kita iatu Tan Sri Muhyiddin penambahbaikan dari segi penilaian prestasi pelajar sedang dipertimbangkan.

Manakala kami juga tidak menjangkakan sebarang perubahan terhadap kesinambungan PT3 yang sedikit sebanyak mungkin telah menyebabkan ketidakpuasan hati sesetengah ibubapa pelajar sewaktu keputusan diumumkan pada 22 Disember 2014 lalu. Ini berdasarkan ulasan rasmi Ketua Pengarah Kementeria Pendidikan Malaysia berkenaan dengan PT3 itu sendiri (Klik di sini)

Tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga sedang berusaha keras untuk memperbaiki pencapaian para pelajar PT3 dalam bidang Sains dan Matematik yang dilaporkan merosot secara keseluruhan di peringkat nasional. Mungkin juga salah satu faktor ialah soalan-soalan PT3 yang rata-rata berasaskan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) di mana pelajar perlu benar-benar menguasai sesuatu topik atau subjek untuk membolehkan pelajar menjawab dengan tepat berbanding dengan format PMR terdahulu.


PERUBAHAN FORMAT AMALI SAINS SPM 2015


KHUSUS UNTUK CALON-CALON SPM 2015:

Ringkasan perlaksanaan Peperiksaan Pusat Amali Sains yang berkuatkuasa mulai SPM 2015  berdasarkan Surat Siaran Bil 1 2014 Amali Sains Lembaga Peperiksaan (Baca di sini)  adalah seperti berikut:

a. Perubahan format ini hanya melibatkan kertas matapelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541) , Bilogi (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) sahaja

b. Peperiksaan Pusat Amali Sains atau Kertas Amali Sains ini akan menggantikan Kertas 3 (Amali Sains Bertulis) bagi matapelajaran berkenaan

c. Peperiksaan Amali Sains ini akan membawa 30 markah (dahulunya Amali 15 markah) dari keseluruhan jumlah markah Kertas 1 (50 markah), Kertas 2 (100 markah) dan Kertas 3 (30 markah). Berbanding dengan komposisi markah Kertas 1 (50 markah), Kertas 2 (100 markah) dan Kertas 3 (15 markah).

d. Secara tak langsung ini menandakan bertambah pentingnya aspek Ujian Amali Kertas 3 memandangkan pemarkahannya mewakili hampir 17% dari keseluruhan jumlah markah Ujian kertas tersebut berbanding hanya lebih kurang 8% sebelum ini.

e. Banyak rasional di sebalik pendekatan ini telah dibincangkan dan secara amnya kemahiran atau kebolehan 'hands on' para pelajar dengan radas-radas/prosedur  ujikaji makmal, merekod dan menginterpretasi data lebih dititikberatkan berbanding dahulu.

Dengan itu para pelajar dinasihatkan mengambil sikap proaktif terutama dalam pembelajaran harian di makmal untuk benar-benar menguasai segala aspek kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi Ujian Amali Sains tersebut. 

Pendedahan pelajar melalui pembacaan buku/jurnal ilmiah sains dan sebagainya juga mampu mengasah kebolehan pelajar dalam memanipulasi dan menginterpretasi data ujikaji makmal.

Sekian dahulu dari kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Semoga kita bertemu lagi di artikel yang akan datang. 



"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"


Ahad, 15 Disember 2013

PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM






Pendidikan adalah penyumbang utama pembanggunan modal sosial dan ekonomi negara. Kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru dalam mendidik anak bangsa.



Sistem pendidikan tidak seharusnya berlangsung di persekitaran sekolah semata-mata. Namun pusat-pusat tuisyen juga turut membantu memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang.

Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi matapelajaran tertentu. Secara amnya tuisyen diperlukan oleh tiga kategori pelajar iatu:
  1. Pelajar yang sememangnya berkebolehan dan mempunyai pencapaian lalu yang membanggakan di dalam bidang akademik tapi memerlukan bimbingan tambahan untuk subjek kritikal bagi menjamin pencapaian yang lebih cemerlang bagi keseluruhan subjek peperiksaan yang akan datang
  2. Pelajar yang agak lemah di dalam pencapaian akademik dan memerlukan tumpuan dan tunjukcara yang lebih daripada tenaga pengajar di mana situasi tersebut sukar didapati di sekolah harian yang mana bilangan murid untuk sesuatu kelas adalah agak besar
  3. Pelajar kategori sederhana yang ingin memiliki pencapaian sebagaimana ditunjukkan oleh rakan pelajar di dalam Kategori 1 di atas. Dengan bimbingan khusus tenaga pengajar dan pergaulan sihat rakan sebaya di tempat tuisyen semestinya pencapaian tersebut dapat dimiliki

Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah, peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, dimana pelajar akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen supaya pelajar berkenaan dapat menguasai dengan lebih baik.

Berbeza dengan tuisyen yang diadakan dirumah, pembelajaran di pusat adalah lebih selesa, efektif dan pelajar akan lebih fokus. Pembayaran yuran tuisyen dirumah pula adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan tuisyen dipusat.  Persaingan sihat dengan rakan-rakan tuisyen yang lain memberikan lebih semangat untuk pelajar berusaha dengan lebih tekun lagi.

Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam adalah salah satu pusat tuisyen yang berperanan dalam merialisasikan impian pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Maka ibu bapa yang mempunyai anak yang lemah dalam pelajaran masih boleh menarik nafas lega bagi memperbaiki mutu pelajaran anak mereka.

Di Pusat Tusiyen Kejora cawangan Seksyen 23 Shah Alam, kami mempunyai hampir 30 orang guru mahir . Pusat tuisyen ini terletak berhadapan dengan kawasan perumahan Seksyen 23 Shah Alam 

Seksyen 23 juga dikelilingi kejiranan lain seperti Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 21, Taman Pinggiran USJ, Seksyen 24, Alam Impian dan juga Seksyen 25. 

10 kriteria utama mengapa ibu bapa perlu memilih Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam:

1.) Trek rekod cemerlang Pusat Tuisyen Kejora 

2.) Guru-guru adalah dari kalangan mereka  berpengalaman dan terlatih di dalam bidang pengajaran masing-masing
3.) Yuran tuisyen yang berpatutan dan kelas percuma untuk anak-anak yatim

4.) Bilik pembelajaran yang kondusif di mana semuanya di lengkapi dengan penghawa dingin dan juga kemudahan surau

5.) Sistem sekuriti seperti CCTV dan pintu magnetik untuk menjamin keselamatan para pelajar

6.) Aktiviti kurikulum sampingan seperti pertandingan bowling, bola sepak, badminton, seminar skor A, kem motivasi dan pembentukan jati diri mengukuhkan semangat jati diri para pelajar

7.) Lokasi yang strategik dan mudah diakses

8.) Bilangan pelajar yang nominal (purata 14) bagi setiap kelas bagi menjamin kadar interaktif yang berkesan antara tutor dan juga pelajar

9) Kelas Pengajian Al-Quran (Tahfiz Separuh Masa) juga ada ditawarkan pada hujung minggu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

 PROMOSI HEBAT!!!

Kami menawarkan promosi hebat kepada 30 pelajar pertama yang berdaftar bagi sessi pembelajaran 2014.

PERCUMA SATU SUBJEK (sepanjang tahun pembelajaran)*
+
 BEG TUISYEN BERGAYA (selagi stok masih ada)

* Tertakluk kepada terma dan syarat


Jadilah mereka yang terawal dan rebutlah peluang keemasan ini!!!

Promosi berakhir pada 31 Disember 2013. Sila layari www.facebook.com/tuisyenmawar.sek23 untuk maklumat lebih lanjut.

Ikuti kami di twitter tuisyenmawar_sek23