#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label Super A. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Super A. Papar semua catatan

Ahad, 7 Ogos 2016

MUSIM PEPERIKSAAN UPSR, PT3 DAN SPM YANG MENJELANG TIBA. TIPS DAN INFO


Secara amnya bulan-bulan terakhir pembelajaran tuisyen di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam bagi UPSR, PT3 dan SPM adalah bulan Ogos, September dan Oktober. Sepanjang sebulan atau dua bulan yang terakhir akan dipenuhi dengan latihan tubi yang kerap di samping menjawab soalan-soalan ramalan. 

Para pelajar diminta untuk tidak lepaskan peluang untuk mengikuti fasa atau pecutan terakhir kami yang amat penting sebagi persiapan terakhir sebelum ke medan peperiksaan nanti. Anda akan dapat mendapat lebih banyak pendedahan melalui pelbagai soalan dan teknik menjawab soalan 

Musim Peperiksaan - Gambar Hiasan

Memandangkan musim peperiksaan yang kian menjelang, di sini kami sertakan info dan tips yang boleh digunapakai untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 mahupun SPM.



'PERSEDIAAN AKHIR'


a. Sentiasa tenangkan fikiran dan pastikan tubuh fizikal mendapat rehat yang secukupnya sebelum peperiksaan bermula. Pastikan juga pemakanan yang sesuai berkhasiat agar kesihatan sentiasa terjaga. Tekadkan keazaman untuk melakukan yang terbaik sewaktu peperiksaan nanti. Adalah penting untuk mengekalkan tahap motivasi dan keyakinan diri di tahap yang optimum.

b. Walaupun perkara ini nampak remeh tapi ianya juga penting. Pastikan jadual peperiksaan disemak dengan teliti. Ini untuk memastikan perancangan ulangkaji untuk sesuatu matapelajaran dapat dibuat secukupnya sebelum tibanya hari peperiksaan matapelajaran tersebut. 

c. Menekankan pemahaman saat akhir topik-topik utama yang dijangka menjadi tumpuan soalan peperiksaan. Jangan lupa untuk menyelitkan "Study Break" antara waktu penelahan agar pembelajaran menjadi lebih efektif

d. Membulatkan pemahaman secara keseluruhan bagi setiap subjek. Di sini nota ringkasan dan kata kunci bagi setiap subjek amat berguna sebagai rujukan ekspress


e. Merancang strategi untuk menjawab soalan dan memastikan keyakinan diri di tahap yang optimum. Tinggalkan soalan yang dirasakan agak susah dahulu semasa ujian dan kembali menjawab soalan tersebut setelah menjawab soalan yang lain. Ini dapat mengekalkan konsentrasi dan keyakinan sepanjang waktu peperiksaan.

f. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik melalui aktivit-aktivit riadah dan rekreasi

Tahniah juga diucapkan pada para pelajar yang mengikuti seminar Super A yang dianjurkan sebelum ini di mana lebin banyak tips dan teknik selain daripada yang tersebut di atas telah pun dikongsikan oleh para panel pakar jemputan


Seminar Super A 2016
Seminar Super A 2016

DOA


Khusus bagi para pelajar yang beragama Islam, di bawah ini dikongsikan doa ketika menjawab soalan mahupun ketika menghadapi kesukaran sewaktu dalam peperiksaan, doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan dan juga doa untuk memohon kejayaan cemerlang. Selain daripada itu solat hajat boleh juga dilakukan agar usaha anda mendapat keredhaanNya.


Tiada apa yang lebih membanggakan kami warga pendidik di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam selain dari melihat kejayaan anda. Begitulah juga harapan ibu bapa mahupun keluarga para pelajar. Pendek kata berusaha, berdoa dan tawakal. Insy' Allah kejayaan pasti menjadi milik anda.

Jangan lupa untuk berkongsi berita kejayaan anda bersama warga pengajar Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam kelak. Akhir kata dari pihak kami, "Semoga Sukses" !!!



'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'

Isnin, 19 Mei 2014

SEKITAR SEMINAR SKOR UNTUK UPSR (KUMPULAN 1)

Seperti yang dijadualkan Seminar Skor untuk UPSR (Kumpulan 1) telah berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 Shah Alam pada 18 haribulan Mei 2014.
Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal 8.15 pagi lagi untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Lebih daripada 100 orang pelajar Pusat Tuisyen Kejora menyertai Kumpulan 1 kali ini.





Program berjalan dengan lancar dan kami terharu melihat kesungguhan para pelajar dalam mengikuti keseluruhan isi program yang penuh dengan tips-tips dari guru-guru berpengalaman terutama dalam format dan pemarkahan peperiksaan UPSR.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas para pelajar terutaman pelajar dari Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yang begitu komited dalam meluangkan masa untuk program keilmuan ini.
Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu-ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar pada hari tersebut
Insy'Allah kejayaan cemerlang dalam UPSR mungkin berada dalam genggaman para pelajar dalam masa terdekat nanti berkat usaha, kesungguhan dan doa para pelajar beserta ibubapa, rakan dan guru-guru.