#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label Seksyen 23. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seksyen 23. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Mei 2022

SELAMAT KEMBALI @ WELCOME BACK! BERMULANYA PEMBELAJARAN TUISYEN SESI 2022

Sesi pembelajaran tuisyen 2022 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah pun bermula seminggu sesudah Hari Raya Aidilfitri.

Memang agak janggal tarikh permulaan tahun ini tapi memandangkan sesi persekolahan yang baru sahaja bermula Mac lalu disusuli bulan Ramadahan pada bulan April berikutnya pihak pengurusan mengambil keputusan untuk memulakan pembelajaran hanya selepas Hari Raya Adilfitri.


Berikut adalah klip-klip video pada hari permulaan pembelajaran tuisyen sesi 2022





Sempat juga klip khas bersama pelajar-pelajar yang setia lama bersama menaruh kepercayaan kepada Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Terima kasih tak terhingga di atas sokongan berterusan anda.




Masih belum terlambat untuk anak-anak anda menyertai kelas-kelas bimbingan kami. Sila hubungi 012-5385 907 untuk maklumat lanjut.




"LEARN IT AT SCHOOL AT MASTER IT WITH US"


Ahad, 16 Februari 2020

PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM DI TAHUN 2020

Alhamdulillah kerana selamat melangkah ke tahun 2020 yang juga merupakan Tahun Wawasan . Maaf juga tidak sempat nak update blog ini disebabkan kesutukan masa.

Kami mulakan dengan ucapan "Selamat Datang"  kepada para pelajar yang pertama kali menyertai Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.  

Manakala "Selamat Kembali" pula kami ucapkan kepada para pelajar Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 Shah Alam sesi-sesi yang lalu yang kembali menyertai kami pada untuk sesi 2020 dan juga para pelajar tuisyen persedian 2019/20 yang meneruskan pembelajaran di sini. 


Ucapan jutaan terima kasih buat para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing para pelajar pada sesi 2020. 

InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal istiqomah untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa sebagaimana tahun-tahun yang terdahulunya.



TAKWIM PERSEKOLAHAN 2020

Berikut adalah informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2020. 
Sebagaimana sedia maklum Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan yang tertera di atas


TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)

Manakala di bawah ini pula adalah jadual/takwim ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2020. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan dari semasa ke semasa nanti.


Takwim Ringkas Peperiksaan Awam (Sumber: KPM)

Takwim Ringkas Peperiksaan Awam (Sumber: KPM)


KELAS BAHASA INGGERIS "SPEAKING, READING, LISTENING & WRITING" 2020

Kelas Komunikasi Bahasa Inggeris yang asalnya hanylah kelas "Speaking & Listening" telah diperluaskan lagi silibusnya kepada "Speaking, Reading, Listening & Writing" sebagi pendekatan holistik kami dalam memastikan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar.




English Speaking, Reading, Listening & Writing Program


Penguasaan Bahasa Inggeris juga penting memandangkan kemungkinan besar pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris akan dilaksanakan semula pada Tahun 2021 nanti sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan terkini.

Informasi yang lebih terperinci berkenaan kelas "Speaking, Reading, Listening & Writing" kami boleh didapati melalui capaian berikut


KELAS MEMBACA "ONE-TO-ONE"

Mungkin juga ada di antara anak anda yang baru masuk ke sekolah kebangsaan masih tidak dapat membaca dengan baik. Mungkin juga persediaan awal untuk masuk ke Tahun 1 nanti memandangkan kurang perhatian diberikan oleh pihak Taska untuk mengatasi kelemahan membaca secara individu. 

Namun begitu, jangan risau, selagi ada usaha adalah jalannya. Kami menawarkan kelas membaca secara "one-to-one" dengan pendekatan kami yang tersendiri.




KSSR SEMAKAN 2017 UNTUK KEGUNAAN 2020


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan secara berperingkat sejak tahun 2011 lagi telah disemak semula di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum sekolah rendah ini setaraf dengan standard antarabangsa






Standard amalan antarbangsa ini telah diadaptasi ke dalam KSSR menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh para pelajar.

DSKP semakan 2017 yang akan digunakan pada tahun 2020 ini hanya akan melibatkan para pelajar Tahun 1 hingga ke Tahun 4 sahaja. Secara amnya perubahan akan merangkumi silibus, buku teks/latihan, pentaksiran dan sebagainya.

Akhir kata, sekian dahulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"




Isnin, 3 Oktober 2016

PROGRAM TUISYEN PERSEDIAAN CUTI SEKOLAH 2016







Kelas Intensif Cuti Sekolah dijadualkan akan bermula pada 5 Disember 2016 akan datang dengan yuran pakej bermula serendah RM70*.

Sebagaimana yang dinyatakan objektif utama kelas intensif khusus untuk peringkat UPSR dan PT3 ini adalah seperti berikut:


1) Memantapkan persediaan pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan penting tahun 2017

2) Menjadikan pelajar lebih fokus pada topik-topik  yang penting

3) Menekankan topik-topik yang sukar difahami selaras dengan silibus terkini


4) Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti  melalui sistem pembelajaran yang terancang


Pihak kami menggalakkan para pelajar dan ibu bapa mengambil peluang ini untuk memastikan kejayaan yang cemerlang di masa akan datang.  

Sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907 untuk tujuan pendaftaran mahupun maklumat lanjut. 



* Tertakluk kepada terma dan syarat









"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Khamis, 14 Julai 2016

IFTAR @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM



THROWBACK: Gambar-gambar sekitar Majlis Iftar bersama pelajar Tingkatan 5 pada bulan Ramadan baru-baru ini.















"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Khamis, 12 Mei 2016

A MOMENT TO REMEMBER


WHAT A PLEASANT SURPRISE!! Even though this was meant for 2015, it is always great to be recognised for all the efforts that we had put in during 2015 especially when they relate well with our students' achievements.

Thanks to all the teaching and administrative staffs who have all made this possible. Together this should inspire our team to strive harder in delivering the best quality education to our students at Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam.

Let us all make 2016 even more FANTASTIC!!!




















"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Rabu, 2 Mac 2016

KE MANA HALA TUJU SELEPAS SPM? (UPDATED AND REPUBLISHED)

Keputusan SPM 2015 telah pun diumumkan pada 3 Mac 2016, Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang jangan sesekali berputus asa sebab perjalanan untuk memulakan sebarang karier terbuka luas untuk semua.


Keputusan Cemerlang Dapat Memberi Lebih Banyak Pilihan


Secara ringkasnya ada tiga laluan yang berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM bergantung kepada keputusan peperiksaan, minat, cita-cita, latarbelakang mahupun persekitaran para pelajar. Sebaik-baiknya lepasan SPM mengadakan perbincangan dengan keluarga mahupun pihak sekolah sebelum membuat pilihan tentang perjalanan yang akan dipilih sesudah SPM. Secara umumnya pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut

Pilihan 1: Meneruskan pengajian akademik secara formal samada untuk mendapatkan ijazah pertama mahupun kelulusan professional. Ini termasuk meneruskan pembelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, politeknik, mengikuti program diploma, kursus profesional atau mengambil sijil kemahiran. 

Pilihan 2: Memasuki alam pekerjaan dengan memohon kerja di sektor awam atau swasta. 

Pilihan 3: Menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

Perlu dinyatakan di sini bagi Pilihan 2 dan Pilihan 3 di atas peluang untuk mendapatkan kelulusan akademik (ijazah pertama) seperti Pilihan 1 masih terbuka di masa akan datang untuk bidang-bidang tertentu berdasarkan pengalaman kerja dan sebagainya (Lihat gambarajah di bawah)


PILIHAN 1

Pilihan 1 merupakan pilihan yang paling popular bagi kebanyakan lulusan SPM dimana laluan ke Ijazah Pertama adalah seperti garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM (dahulunya KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi) di bawah


11 Laluan Ke Ijazah Pertama

Terdapat 11 laluan (lihat pada sebelahup kiri gambarajah di atas) ke Ijazah Pertama iatu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Matrikulasi, Asasi, Program Persediaan Tajaan Luar Negara, Diploma IPTA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS, Diploma Kemahiran dan Bekerja Dengan Pengalaman Lima Tahun Ke Atas (yakni Pilihan 2 atau Pilihan 3 di atas).

Pelbagai bidang pengajian mahupun profesion yang boleh diceburi dalam PILIHAN 1 merangkumi bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran, perguruan, ketenteraan, kerjururawatan dan sebagainya. Link di bawah dapat membantu dalam proses permohonan kemasukan anda.

http://upu.moe.gov.my


PILIHAN 2

Bagi yang ingin terus memulakan kerjaya pelbagai pilihan juga masih ada bergantung kepada minat, kelulusan, permintaan, kekosongan dan juga faktor persekitaran. Kebanyakan industri kecil sederhana juga mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Walaupun begitu pilihan jawatan mungkin terhad kepada "entry level"  berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi.

Selain dari itu di sektor awam pula bidang-bidang ketenteraan, kepolisian dan sebagainya mempunyai program pengambilan tersendiri merangkumi peringkat lulusan SPM di mana latihan dan saringan perlu dilalui sebelum dapat memulakan kerjaya di bidang berkenaan. Sebagai nota tambahan pula bagi bidang ketenteraan wujud laluan PILIHAN 1 secara langsung yang dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Suatu ketika dahulu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga agak terkenal dengan skim "Apprenticeship in Aircraft Maintenance Engineering" di mana pelajar lepasan SPM akan melalui lima tahun latihan apprentis sebelum dikitiraf sebagai "MAS Maintenance Engineer". Namun begitu kebanyakan syarikat swasta kini nampaknya lebih berminat untuk memberi kepercayaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta terpilih untuk melatih tenaga kerja mereka melalu program diploma/iazah yang diiktiraf seperti pengambilan kadet di Akademi Laut Malaysia (ALAM) 

Diharapkan link di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/


PILIHAN 3


Pilihan 3 iaitu menceburi bidang perniagan dan keusahawanan adalah agak unik. Malahan mereka yang telah memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2 di atas ada yang menceburi bidang perniagaan pada kemudian hari samada untuk mendapat kepuasan diri mahupun membina kekayaan setelah menimba pengalaman dengan karier masing-masing dan sebagainya.

Pilihan 3 begitu terkenal dengan banyak liku cabarannya dan keberangkalian untuk gagal adalah jauh lebih besar, Namun begitu tidak dinafikan imbuhan material bagi yang menceburi bidang perniagaan dan sanggup berusaha gigih hingga berjaya sangatlah lumayan. 

Pelbagai Cabaran dan Aspek Dalam Bidang Keusahawanan


Faktor seperti latarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan juga persekitaran mungkin menjadi pemangkin untuk seorang lepasan SPM untuk membuat Pilihan 3. Namun begitu artikel ini tidak dapat memperincikan Pilihan 3 disebabkan keluasan skop dan topik yang sebegitu subjektif. 

Akhir kata, walau apapun pilihan anda lakukanlah yang terbaik semoga anda mendapat manfaat dan mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling anda di kemudian hari.



Rabu, 13 Januari 2016

MEMBUKA TIRAI 2016 @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM




Alhamdulillah, tirai 2015 sudah pun dilabuhkan dengan pelbagai kenangan dan kini tirai 2016 telah pun terbuka. Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua. 

Buat masa ini keadaan agak sibuk sedikit di Pusat Tuisyen Kejora dengan tugas-tugas pendaftaran para pelajar sessi 2016. "Selamat Datang" kami ucapkan kepada para pelajar yang baru menyertai kami dan "Selamat Kembali" kami ucapkan pula kepada pelajar Seksyen 23 sessi 2015 yang menyambung semula pengajian tuisyen di sini pada sessi 2016. 

Tak lupa juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing para pelajar bagi sessi 2016. 

InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal komited untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa.


Sebahagian daripada pelajar Sessi 2016 Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 

Tahun 6 Kumpulan 4 2016

PT3 Kumpulan 1 2016

Berikut kami kongsikan serba sedikit informasi berkenaan dunia pendidikan khususnya di Malaysia untuk manfaat bersama.


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2016

Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2016. Bersyukur kita tarikh persekolahan bermula seperti yang dirancangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan walaupun masih ada peristiwa banjir di beberapa tempat di negeri Terengganu khususnya. 

Sepertimana biasa Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan.

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)

Manakala di bawah ini pula adalah jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2016. Jadual yang lebih terperinci masih belum dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan nanti.

SUMBER: KEMENTERIAN PENDIDIKAN



UPSR 2016


Perubahan ketara bagi Peperiksaan UPSR ialah di mana kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada kertas penilaian iatu Bahasa Inggeris Pemahaman (Comprehension) dan Bahasa Inggeris Penulisan (Writing).

Maklumat yang lebih terperinci berkenaan perubahan ini telah pun kami paparkan pada entry blog yang terdahulu seperti link yang di bawah




Ringkasnya keputusan cemerlang penuh yang menjadi sasaran berubah daripada 5A kepada 6A. 



LET'S GO FOR IT!!!

KELAS PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS

Memandangkan format UPSR 2016 yang menekankan penguasaan Bahasa Inggeris, pihak tuisyen merasakan perlunya diadakan kelas pengukuhan asas Bahasa Inggeris bagi membantu para pelajar yang kurang kemahiran asas dalam Bahasa Inggeris.

We promise you a fun filled English learning experience that will benefit your child

Ini kerana kemahiran Bahasa Inggeris akan memberi impak besar dalam keputusan keseluruhan UPSR para pelajar memandangkan adanya dua kertas penilaian Bahasa Inggeris berbanding dengan satu pada tahun sebelumnya. 

Secara ringkasnya kelas pengukuhan asas Bahasa Inggeris ini akan menumpukan kemahiran asas dalam penguasaan "grammar", "vocabularies", "spelling", "basics of sentence construction & writing" dan sebagainya. 

Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.






"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"




Ahad, 6 September 2015

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

AAMIIIN.....



YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA ALLAH
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu. Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.


YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.


YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami , tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.







Isnin, 31 Ogos 2015

PERKONGSIAN: PENANDA WACANA (KERTAS BAHASA MELAYU)

Sedikit perkongsian berkenaan "PENANDA WACANA" untuk calon-calon yang akan menduduki kertas Bahasa Melayu UPSR, PT3 mahupun SPM nanti.
Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

vi)Penanda menutup isi
1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup
1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,
9. ___persis kata peribahasa,
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua
Semoga bermanfaat utk para pelajar...

Rabu, 5 November 2014

HARI TERAKHIR PEMBELAJARAN TUISYEN SESSI 2014 DAN PENDAFTARAN PEMBELAJARAN TUISYEN SESSI 2015

Tanggal 31 Oktober 2014 yang lepas merupakan hari terakhir pembelajaran tuisyen Sessi 2014 untuk Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 Shah Alam.

"Proud" 

Sempena itu jamuan berkonsepkan 'potluck' telah diadakan pada penghujung waktu pembelajaran malam tersebut. 

Bukan setakat itu, jamuan juga merupakan jamuan perpisahan dan juga kenangan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan memulakan ujian SPM mereka pada 3 November nanti. Kami sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam ujian SPM nanti.


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang antaranya nampak bergaya dengan kemeja-T "ans" masing-masing ;-)


Ribuan terima kasih diucapkan kepada para tutor dan juga pelajar yang memberikan kerjasama membanggakan dari peringkat awal sehinggalah ke pengakhiran majlis.

Tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 merasa bertuah di atas kesempatan yang diberikan untuk membimbing para pelajar Sessi 2014 dan diharapkan para pelajar juga akan terus kekal cemerlang di masa yang akan datang.

Buat makluman ibubapa/penjaga pendaftaran untuk pembelajaran tuisyen bagi Sessi 2015 telah pun bermula semenjak 15 Oktober yang lalu. Sila hubungi talian 012-5385907 (Cg. Sharifah) untuk segala urusan pendaftaran. Pelbagai tawaran menarik disediakan oleh pihak kami untuk para pelajar yang mendaftar awal.

Rasanya tak banyak yang perlu diulas lagi dan cukuplah sekadar gambar-gambar di bawah ini yang merakamkan kemeriahan majlis tersebut.







 








Ahad, 15 Disember 2013

PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM






Pendidikan adalah penyumbang utama pembanggunan modal sosial dan ekonomi negara. Kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru dalam mendidik anak bangsa.



Sistem pendidikan tidak seharusnya berlangsung di persekitaran sekolah semata-mata. Namun pusat-pusat tuisyen juga turut membantu memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang.

Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi matapelajaran tertentu. Secara amnya tuisyen diperlukan oleh tiga kategori pelajar iatu:
  1. Pelajar yang sememangnya berkebolehan dan mempunyai pencapaian lalu yang membanggakan di dalam bidang akademik tapi memerlukan bimbingan tambahan untuk subjek kritikal bagi menjamin pencapaian yang lebih cemerlang bagi keseluruhan subjek peperiksaan yang akan datang
  2. Pelajar yang agak lemah di dalam pencapaian akademik dan memerlukan tumpuan dan tunjukcara yang lebih daripada tenaga pengajar di mana situasi tersebut sukar didapati di sekolah harian yang mana bilangan murid untuk sesuatu kelas adalah agak besar
  3. Pelajar kategori sederhana yang ingin memiliki pencapaian sebagaimana ditunjukkan oleh rakan pelajar di dalam Kategori 1 di atas. Dengan bimbingan khusus tenaga pengajar dan pergaulan sihat rakan sebaya di tempat tuisyen semestinya pencapaian tersebut dapat dimiliki

Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah, peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, dimana pelajar akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen supaya pelajar berkenaan dapat menguasai dengan lebih baik.

Berbeza dengan tuisyen yang diadakan dirumah, pembelajaran di pusat adalah lebih selesa, efektif dan pelajar akan lebih fokus. Pembayaran yuran tuisyen dirumah pula adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan tuisyen dipusat.  Persaingan sihat dengan rakan-rakan tuisyen yang lain memberikan lebih semangat untuk pelajar berusaha dengan lebih tekun lagi.

Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam adalah salah satu pusat tuisyen yang berperanan dalam merialisasikan impian pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Maka ibu bapa yang mempunyai anak yang lemah dalam pelajaran masih boleh menarik nafas lega bagi memperbaiki mutu pelajaran anak mereka.

Di Pusat Tusiyen Kejora cawangan Seksyen 23 Shah Alam, kami mempunyai hampir 30 orang guru mahir . Pusat tuisyen ini terletak berhadapan dengan kawasan perumahan Seksyen 23 Shah Alam 

Seksyen 23 juga dikelilingi kejiranan lain seperti Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 21, Taman Pinggiran USJ, Seksyen 24, Alam Impian dan juga Seksyen 25. 

10 kriteria utama mengapa ibu bapa perlu memilih Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam:

1.) Trek rekod cemerlang Pusat Tuisyen Kejora 

2.) Guru-guru adalah dari kalangan mereka  berpengalaman dan terlatih di dalam bidang pengajaran masing-masing
3.) Yuran tuisyen yang berpatutan dan kelas percuma untuk anak-anak yatim

4.) Bilik pembelajaran yang kondusif di mana semuanya di lengkapi dengan penghawa dingin dan juga kemudahan surau

5.) Sistem sekuriti seperti CCTV dan pintu magnetik untuk menjamin keselamatan para pelajar

6.) Aktiviti kurikulum sampingan seperti pertandingan bowling, bola sepak, badminton, seminar skor A, kem motivasi dan pembentukan jati diri mengukuhkan semangat jati diri para pelajar

7.) Lokasi yang strategik dan mudah diakses

8.) Bilangan pelajar yang nominal (purata 14) bagi setiap kelas bagi menjamin kadar interaktif yang berkesan antara tutor dan juga pelajar

9) Kelas Pengajian Al-Quran (Tahfiz Separuh Masa) juga ada ditawarkan pada hujung minggu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani

 PROMOSI HEBAT!!!

Kami menawarkan promosi hebat kepada 30 pelajar pertama yang berdaftar bagi sessi pembelajaran 2014.

PERCUMA SATU SUBJEK (sepanjang tahun pembelajaran)*
+
 BEG TUISYEN BERGAYA (selagi stok masih ada)

* Tertakluk kepada terma dan syarat


Jadilah mereka yang terawal dan rebutlah peluang keemasan ini!!!

Promosi berakhir pada 31 Disember 2013. Sila layari www.facebook.com/tuisyenmawar.sek23 untuk maklumat lebih lanjut.

Ikuti kami di twitter tuisyenmawar_sek23