#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Khamis, 1 Disember 2016

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM SEPANJANG TAHUN 2017




 Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. 

Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2017 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2017 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2017

Program pembelajaran tuisyen 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar. 

a. Kelas tuisyen hujung minggu

Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang.






b. Kelas Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Matematik untuk UPSR 2017


Kelas Pengukuhan yang bertujuan untuk memperbaiki asas-asas kemahiran (foundation) Bahasa Inggeris dan Matematik ini ditawarkan kepada para pelajar yang lemah tahap penguasaan asas Bahasa Inggeris dan/atau kemahiran Matematik . 

Manakala itu Kelas Bahasa Inggeris dan Matematik yang lebih berfokuskan Peperiksaan UPSR 2017 dan menggabungkan kedua-dua elemen Pemahaman juga Penulisan akan diadakan seperti sediakala.


2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 



Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futbol Mundial dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak. 

Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.

















Manakala Seminar Skor diadakan seperti biasa. Segala perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2017 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 






3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.


MARI BELAJAR BAHASA JEPUN



b. Pengajian Al-Quran

Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2017. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 017 - 659 6987 atau 017 - 717 1114 seperti yang tertera di bawah 





Sekian sahaja ulasan daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibubapa, pelajar dan orang ramai untuk menyertai program-program bermanfaat dan berkualiti yang kami tawarkan.








'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'















Selasa, 1 November 2016

"WRAP UP" AKTIVITI 2016 @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM






Insha Allah tirai aktiviti dan program tahun 2016 akan dilabuhkan dengan program terakhir kami iatu Program Tuisyen Persediaan Cuti Sekolah 2016 yang akan bermula pada 5 Disember nanti.






Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2016 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.


Seminar peperiksaan untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.

Tak kurang juga sambutan terhadap program-program kerjasama hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Al-Quran  tetap kekal sangat menggalakkan


Seminar Super A UPSR 2016



Seminar Super A PT3 2016







Manakala bagi aktiviti ko-kurikulum pula dua daripada tiga pasukan Futsal yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah berjaya merangkul tempat ke 4 (kategori bawah 12 tahun) dan tempat ke 3 (kategori bawah 17 tahun) dalam kejohanan Kejora Futsal Tournament. 


Team Futsal Kejora Seksyen 23 U12

Team Futsal Kejora Seksyen 23 U17
Tak kurang juga pencapaian dalam pertandingan bowling di mana pasukan yang mewakili Seksyen 23 juga berjaya mendapat tempat ketiga kesuluruhan


Team Bowling Kejora Seksyen 23 yang mendapat tempat ke 3 keseluruhan

Sementara itu aktiviti-aktiviti santai yang lain seperti jamuan iftar Ramadahan, Raya, jamuan Perpisahan dan sebagainya tetap meriah seperti biasa dan memberikan kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan para pelajar.




Iftar 2016

Iftar 2016
Jamuan Perpisahan 2016

Jamuan Perpisahan 2016

Jamuan Perpisahan 2016




Di samping itu pihak pengurusan Pusat  Tuisyen Kejora  Seksyen 23 Shah Alam juga amat berterima kasih kerana diberi kesempatan oleh rakan-rakan pihak luar untuk kami menunaikan tanggungjawab sosial kami. Mudah-mudah tahun 2016 nanti akan tercatat sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya 


Program Tuisyen Percuma Untuk Anak-anak Yatim





'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'

Isnin, 3 Oktober 2016

PROGRAM TUISYEN PERSEDIAAN CUTI SEKOLAH 2016







Kelas Intensif Cuti Sekolah dijadualkan akan bermula pada 5 Disember 2016 akan datang dengan yuran pakej bermula serendah RM70*.

Sebagaimana yang dinyatakan objektif utama kelas intensif khusus untuk peringkat UPSR dan PT3 ini adalah seperti berikut:


1) Memantapkan persediaan pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan penting tahun 2017

2) Menjadikan pelajar lebih fokus pada topik-topik  yang penting

3) Menekankan topik-topik yang sukar difahami selaras dengan silibus terkini


4) Memastikan pelajar memaksimakan masa cuti  melalui sistem pembelajaran yang terancang


Pihak kami menggalakkan para pelajar dan ibu bapa mengambil peluang ini untuk memastikan kejayaan yang cemerlang di masa akan datang.  

Sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907 untuk tujuan pendaftaran mahupun maklumat lanjut. 



* Tertakluk kepada terma dan syarat









"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Ahad, 7 Ogos 2016

MUSIM PEPERIKSAAN UPSR, PT3 DAN SPM YANG MENJELANG TIBA. TIPS DAN INFO


Secara amnya bulan-bulan terakhir pembelajaran tuisyen di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam bagi UPSR, PT3 dan SPM adalah bulan Ogos, September dan Oktober. Sepanjang sebulan atau dua bulan yang terakhir akan dipenuhi dengan latihan tubi yang kerap di samping menjawab soalan-soalan ramalan. 

Para pelajar diminta untuk tidak lepaskan peluang untuk mengikuti fasa atau pecutan terakhir kami yang amat penting sebagi persiapan terakhir sebelum ke medan peperiksaan nanti. Anda akan dapat mendapat lebih banyak pendedahan melalui pelbagai soalan dan teknik menjawab soalan 

Musim Peperiksaan - Gambar Hiasan

Memandangkan musim peperiksaan yang kian menjelang, di sini kami sertakan info dan tips yang boleh digunapakai untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3 mahupun SPM.



'PERSEDIAAN AKHIR'


a. Sentiasa tenangkan fikiran dan pastikan tubuh fizikal mendapat rehat yang secukupnya sebelum peperiksaan bermula. Pastikan juga pemakanan yang sesuai berkhasiat agar kesihatan sentiasa terjaga. Tekadkan keazaman untuk melakukan yang terbaik sewaktu peperiksaan nanti. Adalah penting untuk mengekalkan tahap motivasi dan keyakinan diri di tahap yang optimum.

b. Walaupun perkara ini nampak remeh tapi ianya juga penting. Pastikan jadual peperiksaan disemak dengan teliti. Ini untuk memastikan perancangan ulangkaji untuk sesuatu matapelajaran dapat dibuat secukupnya sebelum tibanya hari peperiksaan matapelajaran tersebut. 

c. Menekankan pemahaman saat akhir topik-topik utama yang dijangka menjadi tumpuan soalan peperiksaan. Jangan lupa untuk menyelitkan "Study Break" antara waktu penelahan agar pembelajaran menjadi lebih efektif

d. Membulatkan pemahaman secara keseluruhan bagi setiap subjek. Di sini nota ringkasan dan kata kunci bagi setiap subjek amat berguna sebagai rujukan ekspress


e. Merancang strategi untuk menjawab soalan dan memastikan keyakinan diri di tahap yang optimum. Tinggalkan soalan yang dirasakan agak susah dahulu semasa ujian dan kembali menjawab soalan tersebut setelah menjawab soalan yang lain. Ini dapat mengekalkan konsentrasi dan keyakinan sepanjang waktu peperiksaan.

f. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik melalui aktivit-aktivit riadah dan rekreasi

Tahniah juga diucapkan pada para pelajar yang mengikuti seminar Super A yang dianjurkan sebelum ini di mana lebin banyak tips dan teknik selain daripada yang tersebut di atas telah pun dikongsikan oleh para panel pakar jemputan


Seminar Super A 2016
Seminar Super A 2016

DOA


Khusus bagi para pelajar yang beragama Islam, di bawah ini dikongsikan doa ketika menjawab soalan mahupun ketika menghadapi kesukaran sewaktu dalam peperiksaan, doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan dan juga doa untuk memohon kejayaan cemerlang. Selain daripada itu solat hajat boleh juga dilakukan agar usaha anda mendapat keredhaanNya.


Tiada apa yang lebih membanggakan kami warga pendidik di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam selain dari melihat kejayaan anda. Begitulah juga harapan ibu bapa mahupun keluarga para pelajar. Pendek kata berusaha, berdoa dan tawakal. Insy' Allah kejayaan pasti menjadi milik anda.

Jangan lupa untuk berkongsi berita kejayaan anda bersama warga pengajar Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam kelak. Akhir kata dari pihak kami, "Semoga Sukses" !!!



'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'

Khamis, 14 Julai 2016

IFTAR @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM



THROWBACK: Gambar-gambar sekitar Majlis Iftar bersama pelajar Tingkatan 5 pada bulan Ramadan baru-baru ini.















"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Selasa, 24 Mei 2016

FUTBOL MUNDIAL 2016



Shah Alam Extreme Park Futsal Centre

Pada 22 hb Mei yang lalu telah berlansung acara tahunan yang dinantikan-nantikan oleh para pelajar peminat sukan bola sepak iatu Fubol Mundial. Kejohanan tahunan kali ini diadakan di Shah Alam Extreme Park Futsal Centre Seksyen 13 Shah Alam dengan pengelibatan cawangan-cawangan Pusat Tuisyen  sejauh dari Bandar Sri Iskandar Perak.


Sebahagian daripada para peserta kejohanan
Untuk kejohanan kali ini, Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam diwakili oleh empat pasukan iatu Tim 23, Tim  23 A, Tim 23 B dan Tim 23 C bertanding bagi kedua-dua kategori bawah 12 Tahun dan bawah 17 Tahun.

Para pemain Tim sedang membuat persiapan

Sessi "Warming Up"
Kejohanan secara rasminya bermula tepat pada jam 9.30 pagi dengan pemberian taklimat oleh pihak penganjur dan juga barisan pengadil perlawanan

Sessi Taklimat Oleh Penganjur
Taklimat Khusus Oleh Pengadil Kejohanan

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya bermain dengan penuh kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi.

Nasib tidak menyebelahi kami Pasukan Bawah 12 Tahun yang diwakili oleh Tim 23 gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas. Tetap kami berbangga kerana masih mampu untuk mendapat Tempat ke 4.


Tim Mawar 23 yang mendapat Tempat ke 4 Kategori Bawah 12 Tahun

Pencapaian wakil Bawah 17 Tahun nampaknya lebih menyerlah pada tahun ini di mana Tim  23 B yang berjaya mendapat Tempat ke 3. Tahniah kami ucapkan di atas kesugguhan kalian semua. 


Tim 23 B  yang mendapat Tempat Ke 3 Kategori Bawah 17 Tahun meraikan bersama rakan Tim  23 A


OK TEAM, BACK TO THE CLASSROOM !!! :-)