#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label futbol. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label futbol. Papar semua catatan

Sabtu, 28 April 2018

KEJORA FUTSAL TOURNAMENT (EDISI 2018)


"KEJORA FUTSAL TOURNAMENT 2018"


Berkahirlah sudah "Futbol Mundial" Edisi 2018  di Extreme Park Futsal Seksyen 13 Shah Alam pada 22 April yang lalu.



Sebagaimana biasa, pertandingan kali ini menyaksika penyertaan daripada pelbagai cawangan  untuk peringkat Bawah Umur 12 Tahun dan Bawah Umur 17 Tahun.





Sepertimana biasa penyertaan daripada Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal menggalakkan dengan penyertaan 4 pasukan daripada kami. Tiga pasukan mewakili Kategori Bawah 17 Tahun manakala satu pasukan daripada Kategori Bawah 12 Tahun.


Antara peserta daripada Tim Kejora Seksyen 23 Shah Alam

Tim Bawah 12 Tahun Tim Kejora Seksyen 23 Shah Alam

Berikut kami kongsikan gambar-gambar sekitar hari kejohanan tersebut. 

Suasana di ruang lega

Taklimat Awal Kejohanan

Taklimat Awal Kejohanan

Aksi-aksi Kategori Bawah 17 Tahun

Aksi-aksi Kategori Bawah 17 Tahun


Berbanding dengan tahun-tahun yang lalu nasib tidak menyebelahi pasukan-pasukan daripada Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kali kerana telah tewas di awal pusingan.

Namun begitu kami amat menghargai kesungguhan dan semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar yang menyertai kejohanan. Insya Allah mungkin nasib akan menyebelahi kita kembali pada edisi-edisi kejohanan futsal akan datang. Sekian sahaja laporan kejohanan kali ini, moga bertemu kembali





"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"



Selasa, 24 Mei 2016

FUTBOL MUNDIAL 2016



Shah Alam Extreme Park Futsal Centre

Pada 22 hb Mei yang lalu telah berlansung acara tahunan yang dinantikan-nantikan oleh para pelajar peminat sukan bola sepak iatu Fubol Mundial. Kejohanan tahunan kali ini diadakan di Shah Alam Extreme Park Futsal Centre Seksyen 13 Shah Alam dengan pengelibatan cawangan-cawangan Pusat Tuisyen  sejauh dari Bandar Sri Iskandar Perak.


Sebahagian daripada para peserta kejohanan
Untuk kejohanan kali ini, Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam diwakili oleh empat pasukan iatu Tim 23, Tim  23 A, Tim 23 B dan Tim 23 C bertanding bagi kedua-dua kategori bawah 12 Tahun dan bawah 17 Tahun.

Para pemain Tim sedang membuat persiapan

Sessi "Warming Up"
Kejohanan secara rasminya bermula tepat pada jam 9.30 pagi dengan pemberian taklimat oleh pihak penganjur dan juga barisan pengadil perlawanan

Sessi Taklimat Oleh Penganjur
Taklimat Khusus Oleh Pengadil Kejohanan

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya bermain dengan penuh kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi.

Nasib tidak menyebelahi kami Pasukan Bawah 12 Tahun yang diwakili oleh Tim 23 gagal untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas. Tetap kami berbangga kerana masih mampu untuk mendapat Tempat ke 4.


Tim Mawar 23 yang mendapat Tempat ke 4 Kategori Bawah 12 Tahun

Pencapaian wakil Bawah 17 Tahun nampaknya lebih menyerlah pada tahun ini di mana Tim  23 B yang berjaya mendapat Tempat ke 3. Tahniah kami ucapkan di atas kesugguhan kalian semua. 


Tim 23 B  yang mendapat Tempat Ke 3 Kategori Bawah 17 Tahun meraikan bersama rakan Tim  23 A


OK TEAM, BACK TO THE CLASSROOM !!! :-)