#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Sabtu, 14 November 2015

"WRAP UP" AKTIVITI DAN PROGRAM PUSAT TUISYEN KEJORA UNTUK TAHUN 2015




Insha Allah tirai aktiviti dan program tahun 2015 akan dilabuhkan dengan program terakhir kami iatu Program Ulangkaji Intensif Cuti Sekolah yang akan bermula pada 1 Disember ini. 

Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2015 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Antaranya kejayaan pasukan Futsal yang merangkul kejuaraan Kejora Futsal. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami di atas tajaan pihak Rushai Leather untuk pasukan futsal kami.



Coach 'import' tajaan pihak Rushai Leather

Seminar peperiksaan yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora  iatu Seminar SKOR untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.

Tak kurang juga sambutan terhadap program-program hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Al-Quran 

Seminar Skor

Seminar Skor

Manakala itu bagi aktiviti-aktiviti 'wajib' yang lain seperti jamuan Ramadahan, Raya dan sebagainya tetap meriah seperti biasa dan memberikan kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan para pelajar.

Jamuan Raya 2015

Majlis Berbuka Ramadhan 2015


Di samping itu pihak pengurusan Pusat  Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat berterima kasih kerana diberi kesempatan oleh rakan-rakan pihak luar untuk kami menunaikan tanggungjawab sosial kami. Mudah-mudah tahun 2016 nanti akan tercatat sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya 


Sumbangan hamper untuk aktiviti sukan sekolah










Program Tuisyen Percuma Untuk Anak-anak Yatim






'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'








Khamis, 1 Oktober 2015

UPSR 2016: DAHULUNYA LIMA KINI ENAM..............









Format baru UPSR 2016 baru sahaja diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia beberapa hari yang lalu. Pelarasan format tertutama bagi matapelajaran Bahasa samada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina 

Pelarasan tersebut membawa perubahan yang ketara bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris di mana ianya akan dibahagi dan dinilaikan sebagai dua subjek yang berteraskan Pemahaman dan Penulisan atau terjemahan Bahasa Inggerisnya  "Comprehesion" dan "Writing".


Secara ringkasanya fakta-fakta bagi UPSR 2016 adalah seperti berikut.

  • Penyelarasan kertas Bahasa Inggeris dengan kertas-kertasa bahasa yang lain kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
  • Gabungan soalan-soalan berbentuk subjektif dan objektif pelbagai pilihan di dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa (sebelum ini hanya ujian objektif sahaja)
  • UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan berdasarkan sukatan KSSR elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dititikberatkan
  • Subjek teras UPSR yang dahulunya lima iatu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains kini menjadi enam dengan penyelarasan kertas Bahasa Inggeris kepada Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisa.
  • Selain itu, tahap kecemerlangan murid turut diukur bukan sahaja berdasarkan peperiksaan yang diduduki, tetapi juga menerusi laporan penilaian berbentuk deskriptif yang dibuat guru melibatkan Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Berikut adalah jadual format-format soalan bagi UPSR 2016 (Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, MOE)




Maklumat yang lebih terperinci boleh diperolehi daripada portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat peka dengan perkembangan ini dan bakal membuat beberapa perubahan bagi memastikan keberkesanan pembelajaran tuisyen bagi para pelajar UPSR 2016 nanti. 

Nantikan pengumuman lanjut daripada pihak kami!!!




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"







Ahad, 6 September 2015

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

AAMIIIN.....



YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA ALLAH
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu. Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.


YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.


YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami , tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.