#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Rabu, 5 November 2014

HARI TERAKHIR PEMBELAJARAN TUISYEN SESSI 2014 DAN PENDAFTARAN PEMBELAJARAN TUISYEN SESSI 2015

Tanggal 31 Oktober 2014 yang lepas merupakan hari terakhir pembelajaran tuisyen Sessi 2014 untuk Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 Shah Alam.

"Proud" 

Sempena itu jamuan berkonsepkan 'potluck' telah diadakan pada penghujung waktu pembelajaran malam tersebut. 

Bukan setakat itu, jamuan juga merupakan jamuan perpisahan dan juga kenangan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang akan memulakan ujian SPM mereka pada 3 November nanti. Kami sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam ujian SPM nanti.


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang antaranya nampak bergaya dengan kemeja-T "ans" masing-masing ;-)


Ribuan terima kasih diucapkan kepada para tutor dan juga pelajar yang memberikan kerjasama membanggakan dari peringkat awal sehinggalah ke pengakhiran majlis.

Tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 merasa bertuah di atas kesempatan yang diberikan untuk membimbing para pelajar Sessi 2014 dan diharapkan para pelajar juga akan terus kekal cemerlang di masa yang akan datang.

Buat makluman ibubapa/penjaga pendaftaran untuk pembelajaran tuisyen bagi Sessi 2015 telah pun bermula semenjak 15 Oktober yang lalu. Sila hubungi talian 012-5385907 (Cg. Sharifah) untuk segala urusan pendaftaran. Pelbagai tawaran menarik disediakan oleh pihak kami untuk para pelajar yang mendaftar awal.

Rasanya tak banyak yang perlu diulas lagi dan cukuplah sekadar gambar-gambar di bawah ini yang merakamkan kemeriahan majlis tersebut.







 








Ahad, 31 Ogos 2014

BERAKHIRNYA PEMBELAJARAN UPSR TAHUN 6 SESSI 2014 DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM

SASARAN '5A'

Ya, memang 5A yang menjadi sasaran tenaga pengajar juga para pelajar di Pusat Tuisyen Kejora Mawar Seksyen 23 Shah Alam . Tepat jam 10 bersamaan 29 Ogos 2014 menandakan berakhirnya pembelajaran untuk para pelajar Tahun 6 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23, Shah Alam Sessi 2014.



'PERSEDIAAN AKHIR'

Sebagaimana yang pelajar-pelajar tahu peperiksaan UPSR hanya akan bermula pada 9 September, 2014 dan kami harap tempoh lebih 10 hari "Persediaan Akhir" antara tamatnya pembelajaran tuisyen dengan tarikh sebenar peperiksaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar untuk:


a. Menenangkan fikiran dan memastikan tubuh fizikal mendapat rehat yang secukupnya sebelum peperiksaan bermula

b. Menekankan pemahaman saat akhir topik-topik utama yang dijangka menjadi tumpuan soalan peperiksaan. Jangan lupa untuk menyelitkan "Study Break" antara waktu penelahan agar pembelajaran menjadi lebih efektif


c. Membulatkan pemahaman secara keseluruhan bagi setiap subjek. Di sini nota ringkasan dan kata kunci bagi setiap subjek amat berguna sebagai rujukan ekspress


d. Merancang strategi untuk menjawab soalan dan memastikan keyakinan diri di tahap yang optimum

e. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik melalui aktivit-aktivit riadah dan rekreasi

Tahniah juga diucapkan pada para pelajar yang mengikuti seminar Skor yang dianjurkan sebelum ini di mana lebin banyak tips dan teknik selain daripada yang tersebut di atas telah pun dikongsikan oleh para panel pakar jemputan






JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

Di bawah ini kami paparkan semula jadual waktu peperiksaan UPSR 2014 sebagai rujukan para pelajar.



DOA


Khusus bagi para pelajar yang beragama Islam, di bawah ini dikongsikan doa ketika menjawab soalan mahupun ketika menghadapi kesukaran sewaktu dalam peperiksaan, doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan dan juga doa untuk memohon kejayaan cemerlang.






Tiada apa yang lebih membanggakan kami warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 selain dari melihat kejayaan anda. Begitulah juga harapan ibu bapa mahupun keluarga para pelajar. Pendek kata berusaha, berdoa dan tawakal. Insy' Allah kejayaan pasti menjadi milik anda.

Jangan lupa untuk berkongsi berita kejayaan anda bersama warga pengajar Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kelak. Akhir kata dari pihak kami, "Semoga Sukses" !!!

Rabu, 6 Ogos 2014

FASA INTENSIF PT3 DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM




                                                 

Sejak kebelakangan ini agak ramai juga ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka yang menuntut di Tingkatan 3 disebabkan kemuncak ujian Pentaksiran Tingkatan 3 atau nama ringkasnya PT3 yang semakin hampir.

Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 mengikuti perkembangan perlaksanaan PT3 dengan teliti sekali agar aktiviti pembelajaran di Pusat Tuisyen Kejora dapat menekankan ciri-ciri pendekatan PT3.


Jadual Perlaksanaan PT3


Pembelajaran matapelajaran Sejarah dan Geografi sudah ditamatkan pada akhir bulan Julai yang lalu. Pelajar-pelajar diharap telah berjaya menyempurnakan Tugasan Bertulis, Projek dan Kajian Kes diberikan oleh pihak sekolah dengan bimbingan dan tunjuk ajar tambahan tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.
 
Berikut adalah jadual perlaksanaan PT3 bagi tahun 2014


NOTA:

* Subjek atau matapelajaran yang ditawarkan di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam


Tafsiran Gred


Tafsiran gred adalah seperti berikut

Tafsiran Gred PT3 (Bermula 2014)
Tafsiran Gred PMR 2013 (Terdahulu)

Perhatikan sedikit perbezaan Tafsiran Gred antara PT3 (bermula 2014) dan PMR 2013 bermula dari Gred E ke bawah seperti yang dapat tertera di atas. 

Walaupun begitu kami Pusat Tuisen Seksyen 23 lebih memberi tumpuan kepada gred-gred yang di atas kerana memang itulah azam dan fokus kami di sini.

Fokus Kami 

Tenaga-tenaga pengajar untuk Tingkatan 3 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 baru memulakan fasa intensif pengajaran serentak dengan bermulanya Ujian Lisan Bertutur, Mendengar dan Bertulis untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepanjang bulan Ogos ini.


Fasa intensif pengajaran di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 menekankan kepada persediaan akhir para pelajar untuk melalui ujian-ujian yang disebutkan melalui kaedah latih tubi, mini kuiz dan sebagainya. 

Bagi Ujian Bertulis pula pelajar didedahkan kepada soalan-soalan yang berasaskan KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang menjadi elemen penting kepada soalan-soalan Ujian Bertulis PT3.

Mengikut definisi, KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berjaya mencipta sesuatu. (KPM, 2013)

Disebabkan permintaan yang tinggi untuk pembelajaran PT3 semenjak akhir-akhir ini Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 telah menambahkan kelas bagi sesetengah mata pelajaran utama agar kualiti pembelajaran juga dapat dikekalkan sesuai dengan konsep Small Group Learning  yang sudah lama menjadi praktis kami di sini.




Mudahan-mudahan berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan disertakan dengan doa, para pelajar mampu membanggakan agama, bangsa dan keluarga masing-masing.  






Rabu, 25 Jun 2014

PROGRAM-PROGRAM ILMIAH HUJUNG MINGGU DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM



Mungkin ramai yang beranggapan Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 ditutup sepenuhnya pada hari minggu. Memang benar buat masa ini pembelajaran tuisyen tidak diadakan pada hujung minggu. Namun begitu di sini kami ingin menceritakan berkenaan salah satu program ilmiah yang dijalankan secara kerjasama pada setiap hujung minggu di Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 Shah Alam.


PROGRAM 1: PROGRAM PEMBELAJARAN BAHASA JEPUN


Program yang dikendalikan oleh Liza "Sensei" sebenarnya telah agak lama dikenali dikalangan warga industri multinasional yang berasal dari negara matahari terbit Jepun.


Liza "Sensei" atau kata nama lainnya Cikgu Liza merupakan bekas graduan program Dasar Pandang ke Timur atau lebih dikenali sebagai RPKJ (Rancangan Persediaan Khas ke Jepun) di Universiti Malaya dari tahun 1993-1995 sebelum melanjutkan pelajarannya di Universiti Gunma, Jepun (1993-1999). 

Kelas-kelas yang bermula seawal 10 pagi diadakan pada hari Sabtu dan Ahad di mana para pelajar akan dibahagikan mengikut tahap penguasaan Bahasa Jepun masing-masing. Banyak penuntut merupakan pekerja-pekerja dari syarikat ternama Jepun seperti Toyota dan sebagainya.




Selain itu Liza Sensei juga telah mengorak langkah jauh sebagai guru Bahasa Jepun dengan penerbitan buku beliau sendiri yang bertajuk "MARI BELAJAR BAHASA JEPUN" yang boleh didapati dari toko-toko buku ternama seperti MPH dan sebagainya.
   
Maklumat lanjut berkenaan buku mahupun program ini boleh didapati melalui link di bawah

http://www.bukubahasajepun.com/p/buku.html












Isnin, 19 Mei 2014

SEKITAR SEMINAR SKOR UNTUK UPSR (KUMPULAN 1)

Seperti yang dijadualkan Seminar Skor untuk UPSR (Kumpulan 1) telah berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13 Shah Alam pada 18 haribulan Mei 2014.
Kaunter pendaftaran telah dibuka seawal 8.15 pagi lagi untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Lebih daripada 100 orang pelajar Pusat Tuisyen Kejora menyertai Kumpulan 1 kali ini.





Program berjalan dengan lancar dan kami terharu melihat kesungguhan para pelajar dalam mengikuti keseluruhan isi program yang penuh dengan tips-tips dari guru-guru berpengalaman terutama dalam format dan pemarkahan peperiksaan UPSR.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas para pelajar terutaman pelajar dari Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yang begitu komited dalam meluangkan masa untuk program keilmuan ini.
Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu-ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar pada hari tersebut
Insy'Allah kejayaan cemerlang dalam UPSR mungkin berada dalam genggaman para pelajar dalam masa terdekat nanti berkat usaha, kesungguhan dan doa para pelajar beserta ibubapa, rakan dan guru-guru.









Ahad, 19 Januari 2014

PANDUAN MEMILIH PUSAT TUISYEN BUAT IBU BAPA



Sebaik saja sessi persekolahan bermula ramai ibubapa terutama yang anaknya akan menduduki peperiksaan peringkat nasional seperti UPSR, PT3 (dahulunya PPMR, PBSMR atau PMR) dan juga SPM tercari-cari pusat tuisyen yang sesuai untuk anak mereka.
Pusat tuisyen yang efektif bukan saja mampu membimbing pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang malahan mampu menerapkan nilai-nilai yang sepadan dengan ciri-ciri pelajar cemerlang seperti semangat berpasukan, pengurusan waktu yang cekap dan sebagainya.


Secara amnya kriteria pemilihan pusat tuisyen adalah seperti berikut:


a.    Reputasi pusat tuisyen dan rekod pencapaian kecermerlangan yang terbukti


b.    Tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengalaman


c.    Pembelajaran/Pengajaran Dalam Kumpulan Kecial (Small Group Concept of Learning/Teaching). Dalam ertikata lain bilangan pelajar yang kecil untuk setiap kelas agar pembelajaran menjadi efektif.


d.    Pemantauan dan pengurusan prestasi pelajar yang berkesan


e.    Suasana pembelajaran yang kondusif


f.     Kos yang berpatutan. Tiada caj-caj tersembunyi yang merupakan taktik pemasaran semata-mata


g.    Wujudnya program-program ko-kurikulum yang mampu menjana minat belajar di samping penerapan nilai-nilai positif seperti semangat berpasukan, pengurusan waktu yang baik dan sebagainya.


Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam amat memahami keperluan ibu bapa dan sentiasa bekerja keras untuk mengekalkan dan mengukuhkan lagi kriteria yang kami miliki seperti berikut:


a.    Meneruskan tradisi kecemerlangan kumpulan Pusat Tuisyen Kejora semenjak tahun 2013 lagi


b.    Tenaga pengajar yang berpengalaman malahan pakar dalam bidang yang diajar


c.    Kelas yang kecil di mana purata maksima isi kelas hanyalah 14 orang untuk memastikan keberkesanan “Small Group Concept”



d.    Kuiz bulanan, Ujian penggal dan sebagainya membantu pemantauan prestasi pelajar  


e.    Kelas yang selesa, berhawa dingin dilengkap dengan kelengkapan surau dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjamin keselamatan para pelajar


f.     Kos yang berpatutan di samping yuran pendaftaran seumur hidup yang kecil untuk seisi keluarga (tanpa mengira bilangan anak yang mendaftar)


g.    Seminar pembelajaran mahupun program berbentuk ko-kurikulum seperti Kejohanan Futsal dan Bowling adalah antara program-program tahunan kami yang mampu mendorong pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik di samping membina sahsiah diri para pelajar





Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yakin kami adalah pilihan terbaik untuk para ibu bapa dan pelajar.