Sejak kebelakangan ini agak ramai juga ibu bapa yang
mendaftarkan anak-anak mereka yang menuntut di Tingkatan 3 disebabkan kemuncak ujian Pentaksiran Tingkatan 3 atau nama ringkasnya PT3 yang semakin hampir.
Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 mengikuti perkembangan perlaksanaan PT3 dengan teliti sekali agar aktiviti pembelajaran di Pusat Tuisyen Kejora dapat menekankan ciri-ciri pendekatan PT3.
Jadual Perlaksanaan PT3
Pembelajaran matapelajaran Sejarah dan Geografi sudah
ditamatkan pada akhir bulan Julai yang lalu. Pelajar-pelajar diharap telah
berjaya menyempurnakan Tugasan Bertulis, Projek dan Kajian Kes diberikan oleh
pihak sekolah dengan bimbingan dan tunjuk ajar tambahan tenaga pengajar di
Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.
Berikut adalah jadual perlaksanaan PT3 bagi tahun 2014
NOTA:
* Subjek atau matapelajaran yang ditawarkan di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam
Tafsiran Gred
Tafsiran gred adalah seperti berikut
Perhatikan sedikit perbezaan Tafsiran Gred antara PT3 (bermula 2014) dan PMR 2013 bermula dari Gred E ke bawah seperti yang dapat tertera di atas.
Walaupun begitu kami Pusat Tuisen Seksyen 23 lebih memberi tumpuan kepada gred-gred yang di atas kerana memang itulah azam dan fokus kami di sini.
Fokus Kami
Tenaga-tenaga pengajar untuk Tingkatan 3 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 baru memulakan fasa intensif pengajaran serentak dengan bermulanya Ujian
Lisan Bertutur, Mendengar dan Bertulis untuk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sepanjang bulan Ogos ini.
Fasa intensif pengajaran di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 menekankan kepada persediaan akhir para pelajar untuk melalui ujian-ujian yang disebutkan melalui kaedah latih tubi, mini kuiz dan sebagainya.
Bagi Ujian Bertulis pula pelajar didedahkan kepada soalan-soalan yang berasaskan KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang menjadi elemen penting kepada soalan-soalan Ujian Bertulis PT3.
Mengikut definisi, KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berjaya mencipta sesuatu. (KPM, 2013)
Disebabkan permintaan yang tinggi untuk pembelajaran PT3 semenjak akhir-akhir ini Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 telah menambahkan kelas bagi sesetengah mata pelajaran utama agar kualiti pembelajaran juga dapat dikekalkan sesuai dengan konsep Small Group Learning yang sudah lama menjadi praktis kami di sini.
Mudahan-mudahan berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan disertakan dengan doa, para pelajar mampu membanggakan agama, bangsa dan keluarga masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan