Selasa, 13 Jun 2017
Isnin, 24 April 2017
LIPUTAN RINGKAS: KEJORA FUTSAL TOURNAMENT17
Sepertimana yang diwar-warkan semenjak beberapa bulan yang lalu kejohanan eksklusif Futbol Mundial telah pun berlangsung pada hari Ahad 23 April di Shah Alam Extreme Park Futsal Centre Seksyen 13 Shah Alam dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis bagi kedua-dua pihak penganjur dan para peserta.
Tahniah buat pasukan 23 A (Bawah 12 Tahun) dan pasukan 23 C (Bawah 17 Tahun) di atas kejayaan anda. Kami amat berbangga dengan kesungguhan, semangat berpasukan, semangat kesukanan dan komitmen yang anda berikan. Moga-moga sedikit sebanyak dapat dipratikkan apa yang dipelajari daripada aktiviti ko-kurikulum sebegini di dalam bilik kelas mahupun pada masa akan datang.
Mungkin elok juga kami kongsikan di sini berkenaan "track record" pasukan-pasukan yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam dalam kejohanan eksklusif Futbol Mundial ini semenjak empat tahun yang lalu, Mudah-mudahan ianya dapat menjadi perangsang bagi yang lain pada tahun-tahun yang akan datang.
Berdasarkan rekod prestasi seperti di bawah, adakah pasukan Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam sudah layak digelar antara "pasukan podium" bagi kejohanan Futbol Mundial ini? 😉
Mungkin elok juga kami kongsikan di sini berkenaan "track record" pasukan-pasukan yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam dalam kejohanan eksklusif Futbol Mundial ini semenjak empat tahun yang lalu, Mudah-mudahan ianya dapat menjadi perangsang bagi yang lain pada tahun-tahun yang akan datang.
Berdasarkan rekod prestasi seperti di bawah, adakah pasukan Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam sudah layak digelar antara "pasukan podium" bagi kejohanan Futbol Mundial ini? 😉
Pencapaian Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 dalam Kejohanan Kejora Futsal Tournament semenjak 2014
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Ahad, 12 Februari 2017
BAHASA MELAYU SPM: TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN
Mnemonik adalah teknik yang boleh
digunakan untuk memudahkan ingatan terhadap sesuatu turutan garis panduan dalam
menulis pendahuluan karangan. Menurut kamus dewan mnemonik bererti rumusan atau
ungkapan untuk membantu mengingat sesuatu.
Jadual Ringkas
a)
Tajuk: Kelebihan Menabung
Mutakhir ini, isu menabung telah menjadi buah mulut masyarakat kini. Fenomena ini telah menyebabkan kebanyakan anggota masyarakat mengamalkan amalan murni ini. Sebagai contoh, mereka boleh menabung di dalam tabung atau menyimpan wang di bank. Apakah kelebihan menabung?
b)
Tajuk: Langkah-langkah Menangani Gejala
Pembuangan Bayi
c) Tajuk: Kesan-kesan vandalisme
![]() |
| Gambar Sekadar Hiasan |
Sebagai contoh Mnemonik Kuih
Kacang Cecah Santan digunakan di sini untuk memudahkan para pelajar mengingati
turutan garis panduan atau huraian yang lebih sukar diingati dan dihubungkait seperti
perkataan-perkataan Kenyataan Umum , Kesan, Contoh dan Soalan seperti Jadual Ringkas di bawah (Lihat bahagian Huraian).
|
|
|
Kuih
|
Kenyataan Umum
|
Mutakhir ini, isu …………………………….. telah menjadi buah mulut masyarakat
kini.
|
Kacang
|
Kesan
|
Fenomena ini telah mencetuskan benih kerisauan dalam
semua strata masyarakat
|
Cecah
|
Contoh
|
Sebagai contoh, …………………………………………………………….......................
……………………………………………………………………………………………………………...
|
Santan
|
Soalan
|
Apakah ………………………………………………………………………………………………….
|
Jadual Ringkas
Berikut adalah contoh-contoh pendahuluan karangan
berdasarkan teknik Kuih Kacang Cecah Santan seperti di atas
Mutakhir ini, isu menabung telah menjadi buah mulut masyarakat kini. Fenomena ini telah menyebabkan kebanyakan anggota masyarakat mengamalkan amalan murni ini. Sebagai contoh, mereka boleh menabung di dalam tabung atau menyimpan wang di bank. Apakah kelebihan menabung?
Mutakhir ini,
isu pembuangan bayi telah menjadi buat mulut masyarakat kini. Fenomena ini telah
mencetuskan benih kerisauan dalam semua strata masyarakat. Sebagai contoh,
berita pembuangan bayi kerap dipaparkan di dada akhbar. Apakah langkah-langkah
yang perlu dilakukan untuk menangani gejala pembuangan bayi?
c) Tajuk: Kesan-kesan vandalisme
Mutakhir ini, isu vandalisme telah menjadi buah mulut masyarakat kini. Fenomena ini telah mencetuskan benih
kerisauan dalam semua strata masyarakat. Sebagai contoh, pelajar sering
menconteng dinding tandas, merosakkan telefon awam dan harta benda awam. Apakah
kesan-kesan vandalisme?
NOTA: Artikel di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yang berpengalaman luas sebagai panel pemeriksa kertas Bahasa Melayu SPM. Jangan lupa untuk menyertai kami untuk mendalami dengan lebih lanjut mata pelajaran Bahasa Melayu SPM seperti teknik-teknik penulisan isi karangan, penutup karangan dan sebagainya.
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Selasa, 10 Januari 2017
CORETAN PEMBUKAAN TAHUN BARU 2017
Alhamdulillah, Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam sudah pun melangkah ke tahun baru 2017 dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis di tahun 2016. InsyaAllah bersama-sama kita memperbaharui azam dan iltizam kita agar 2017 menjadi tahun yang lebih gemilang hendakNya.
Kami mulakan dengan ucapan "Selamat Datang" kepada para pelajar yang pertama kali menyertai Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.
Manakala "Selamat Kembali" pula kami ucapkan kepada pelajar Seksyen 23 sessi 2016 yang menyambung semula pengajian tuisyen di sini pada sessi 2017 terutamanya para pelajar yang telah pun bersama-sama dengan kami sewaktu Tuisyen Persedian Cuti Sekolah akhir tahun 2016 yang lalu.
![]() |
| Tuisyen Persediaan Cuti Sekolah 2016 |
![]() |
| Sebahagian daripada para pelajar Tuisyen Persediaan baru-baru ini |
Tak ketinggalan juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing pada sessi 2017.
InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal komited untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa sebagaimana tahun-tahun yang terdahulunya.
![]() |
| Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017 |
![]() |
| Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017 |
![]() |
| Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017 |
Berikut kami kongsikan serba sedikit informasi berkenaan dunia pendidikan khususnya di Malaysia dan juga beberapa usaha pembaikan yang kami terapkan mulai tahun 2017 untuk manfaat bersama.
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2017
Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2017. Syukur Alhamdulillah persekolah dibuka seperti yang dirancangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun terdapat kejadian banjir di beberapa tempat di Pantai Timur sejak akhir-akhir ini.
Sepertimana biasa Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan yang tertera di atas
TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)
Manakala di bawah ini pula adalah jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2017. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan dari semasa ke semasa nanti.
![]() |
| Jadual Ringkas Peperiksaan Awam 2017 (Sumber MOE) |
KELAS PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK (PERINGKAT RENDAH)
Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam merasakan perlunya untuk merapatkan jurang penguasaaan asas Bahasa Inggeris dan Matematik antara para pelajar peringkat Sekolah Rendah.
Selaras dengan itu pihak tuisyen telah menyediakan kelas-kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik sebagai initiatif kami untuk memberikan asas yang lebih kukuh kepada para pelajar di dalam dua mata pelajaran tersebut.
Selaras dengan itu pihak tuisyen telah menyediakan kelas-kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik sebagai initiatif kami untuk memberikan asas yang lebih kukuh kepada para pelajar di dalam dua mata pelajaran tersebut.
![]() |
| Kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik (gambar hiasan) |
Secara ringkasnya modul pembelajaran yang diguna pakai untuk kelas-kelas pemulihan adalah seperti berikut :
a.) Matematik : memberi penekanan dalam kemahiran sifir dan operasi asas matematik, menekankan topik-topik tertentu yang sukar difahami (bagi pelajar kategori D, E dan F) dan penyelesaian masalah soalan-soalan kertas 2 terutama soalan berbentuk KBAT.
b.) Bahasa Inggeris : menekankan aspek pengukuhan asas-asas bahasa Inggeris seperti ‘sentence construction, basic grammar, spelling,reading’
TUISYEN HUJUNG MINGGU UNTUK PERINGKAT SPM
Buat julung kalinya Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengadakan kelas tuisyen hujung minggu untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.
![]() |
| SPM 2017 |
Memandangkan pilihan subjek atau mata pelajaran yang luas bagi peringkat SPM hanya kelas-kelas subjek teras ditawarkan pada kali ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kelas tuisyen untuk subjek atau mata pelajaran lain boleh juga diadakan berdasarkan kesesuaian dan permintaan.
Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Khamis, 1 Disember 2016
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM SEPANJANG TAHUN 2017
Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2017 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2017 nanti.
1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2017
Program pembelajaran tuisyen 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar.
a. Kelas tuisyen hujung minggu
Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang.
b. Kelas Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Matematik untuk UPSR 2017
Kelas Pengukuhan yang bertujuan untuk memperbaiki asas-asas kemahiran (foundation) Bahasa Inggeris dan Matematik ini ditawarkan kepada para pelajar yang lemah tahap penguasaan asas Bahasa Inggeris dan/atau kemahiran Matematik .
Manakala itu Kelas Bahasa Inggeris dan Matematik yang lebih berfokuskan Peperiksaan UPSR 2017 dan menggabungkan kedua-dua elemen Pemahaman juga Penulisan akan diadakan seperti sediakala.
2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR
Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futbol Mundial dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak.
Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.
Manakala Seminar Skor diadakan seperti biasa. Segala perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2017 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam.
3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA
a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei
Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3.
Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.
Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.
![]() |
| MARI BELAJAR BAHASA JEPUN |
b. Pengajian Al-Quran
Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2017. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif. Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 017 - 659 6987 atau 017 - 717 1114 seperti yang tertera di bawah
Sekian sahaja ulasan daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan ibubapa, pelajar dan orang ramai untuk menyertai program-program bermanfaat dan berkualiti yang kami tawarkan.
'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'
Label:
2017,
cemerlang,
exam,
Kejora,
kokurikulum,
peperiksaan,
PT3,
score,
sekolah,
Shah Alam,
skor,
SPM,
Tuisyen,
UPSR
Lokasi:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Ulasan (Atom)























