#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}
Memaparkan catatan dengan label karangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karangan. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mei 2018

BAHASA MELAYU SPM: TEKNIK MENULIS ISI KARANGAN





Artikel ini merupakan sambungan daripada blog yang terdahulu bertajuk "BAHASA MELAYU SPM: TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN" boleh juga didapati di capaian yang berikut:



TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN


Secara amnya teknik persembahan atau penulisan isi karangan Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu

A. ISI
B. HURAIAN
C. CONTOH 
D. KESIMPULAN KECIL

Mari kita cuba memahami keempat-empat bahagian di atas dan bagaimana kita dapat mengaplikasikan teknik tersebut. Katakan anda diberi tajuk karangan seperti berikut:

KERACUNAN MAKANAN, CARA MENGATASI

Jadual di bawah menunjukkan bagaimana pengolahan isi karangan dibuat berdasarkan empat bahagian yang tersebut di atas.


Kemudiannya kita bolah susun dan olah fakta-fakta daripada jadual di atas ke dalam bentuk perenggan sebagai ISI KARANGAN kita:

Cara mengatasi keracunan makanan yang perdana ialah pihak sekolah mengadakan pemantauan. Kebersihan kantin perlu dipantau oleh guru yang ditugaskan dalam ahli jawatankuasa (AJK) kantin sekolah. AJK kantin sekolah sewajarnya memantau sebanyak dua kali seminggu. Dapur dan stor simpanan makanan juga harus dipantau kebersihannya. Borang semakan harus diisi sewaktu pemantauan dijalankan. Pemeriksaan mengejut perlu dijalankan untuk memastikan kebersihan kantin dan keselamatan makanan yang disediakan. Deduktifnya cara mengatasi keracunan makanan yang perdana ialah pihak sekolah mengadakan pemantauan.



Sekian  dulu daripada kami buat masa ini. SELAMAT MENCUBA!






NOTA: Artikel di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yang berpengalaman luas sebagai panel pemeriksa kertas Bahasa Melayu SPM. Jangan lupa untuk menyertai kami untuk mendalami dengan lebih lanjut mata pelajaran Bahasa Melayu SPM seperti teknik-teknik penulisan isi karangan, penutup karangan dan sebagainya.
       


"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Ahad, 12 Februari 2017

BAHASA MELAYU SPM: TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

Mnemonik adalah teknik yang boleh digunakan untuk memudahkan ingatan terhadap sesuatu turutan garis panduan dalam menulis pendahuluan karangan. Menurut kamus dewan mnemonik bererti rumusan atau ungkapan untuk membantu mengingat sesuatu.

Gambar Sekadar Hiasan



Sebagai contoh Mnemonik Kuih Kacang Cecah Santan digunakan di sini untuk memudahkan para pelajar mengingati turutan garis panduan atau huraian yang lebih sukar diingati dan dihubungkait seperti perkataan-perkataan Kenyataan Umum , Kesan, Contoh dan Soalan seperti  Jadual Ringkas di bawah (Lihat bahagian Huraian).



MNEMONIK 


HURAIAN


CONTOH AYAT


Kuih     

Kenyataan Umum


Mutakhir ini, isu …………………………….. telah menjadi buah mulut masyarakat kini.


Kacang


Kesan

Fenomena ini telah mencetuskan benih kerisauan dalam semua strata masyarakat


Cecah

Contoh

Sebagai contoh, …………………………………………………………….......................
……………………………………………………………………………………………………………...


Santan


Soalan

Apakah ………………………………………………………………………………………………….


Jadual Ringkas


Berikut adalah contoh-contoh pendahuluan karangan berdasarkan teknik Kuih Kacang Cecah Santan seperti di atas

a)      Tajuk: Kelebihan Menabung 

Mutakhir ini, isu menabung telah menjadi buah mulut masyarakat kini. Fenomena ini telah menyebabkan kebanyakan anggota masyarakat mengamalkan amalan murni ini. Sebagai contoh, mereka boleh menabung di dalam tabung atau menyimpan wang di bank. Apakah kelebihan menabung?

b)      Tajuk: Langkah-langkah Menangani Gejala Pembuangan Bayi


Mutakhir ini, isu pembuangan bayi telah menjadi buat mulut masyarakat kini. Fenomena ini telah mencetuskan benih kerisauan dalam semua strata masyarakat. Sebagai contoh, berita pembuangan bayi kerap dipaparkan di dada akhbar. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menangani gejala pembuangan bayi?


c)       Tajuk: Kesan-kesan vandalisme


Mutakhir ini, isu vandalisme telah menjadi buah mulut masyarakat kini. Fenomena ini telah mencetuskan benih kerisauan dalam semua strata masyarakat. Sebagai contoh, pelajar sering menconteng dinding tandas, merosakkan telefon awam dan harta benda awam. Apakah kesan-kesan vandalisme?



NOTA: Artikel di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam yang berpengalaman luas sebagai panel pemeriksa kertas Bahasa Melayu SPM. Jangan lupa untuk menyertai kami untuk mendalami dengan lebih lanjut mata pelajaran Bahasa Melayu SPM seperti teknik-teknik penulisan isi karangan, penutup karangan dan sebagainya.
       






"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"