Ahad, 2 Ogos 2015
Isnin, 27 Julai 2015
Selasa, 2 Jun 2015
PT3 ENGLISH ORAL TEST: QUICK GUIDES AND TIPS
Below are simplified guides and tips (produced by our experienced English papers examiner) for candidates who will sit for PT3 English Oral Test scheduled in August. These guides are self-explanatory covering both parts of the Test; i.e. Speaking and Listening.
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
ITEM
|
DESCRIPTION
|
ASSESSMENT
|
Type
of Instrument
|
A. Speaking Test
|
|
Number
of Questions
|
i.Sect.A: Reading
Aloud
|
Read
1 text.
|
Assessment
|
Pronunciation
Articulation
Intonation
Fluency
& Rhythm
|
Language
comprehension (understanding of text)
Decoding
(ability to read words out of context)
Background
Knowledge (Relevant knowledge related to text)
Linguistic
knowledge (basic English phonology, English semantics and English syntax)
|
TIPS
|
1) Read passage as clearly and
correctly as possible.
2) Read with correct intonation,
fluency and rhythm.
|
|
Number
of Questions
|
ii.Sect
B
: Spoken Interaction
|
1
theme
|
Assessment
|
Personal
Response
Fluency
& Coherence
Language
Accuracy
Pronunciation
|
Verbal
communication skills.
Elaboration
of given theme.
|
TIPS
|
1) Think fast.
2) Focus on keywords – expand
3) Speak with confidence – convincing
& elaborated
|
ITEM
|
DESCRIPTIONS
|
ASSESSMENTS
|
Type
of Instrument
|
B :Listening Test
|
Sect
A:Short
Recorded Text
(10
Multiple-choice questions)
Sect
B:
Extended Recorded Text
(10
limited response questions)
|
Assessment
|
Listening
Comprehension
|
Language
skills & information processing Skills
|
TIPS
|
1) Read Questions carefully-focus on
keywords.
2) Check answers the second time
extract played.
|
Label:
English,
Kejora,
Oral test,
PT3,
Pusat Tuisyen,
Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam,
SPM,
study,
Tutor
Lokasi:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Ahad, 8 Mac 2015
KE MANA HALA TUJU SELEPAS SPM?
Keputusan SPM 2014 telah pun diumumkan pada 3 Mac 2015 yang lalu, Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang jangan sesekali berputus asa sebab perjalanan untuk memulakan sebarang karier terbuka luas untuk semua.
![]() |
| Keputusan Cemerlang Dapat Memberi Lebih Banyak Pilihan |
Secara ringkasnya ada tiga laluan yang berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM bergantung kepada keputusan peperiksaan, minat, cita-cita, latarbelakang mahupun persekitaran para pelajar. Sebaik-baiknya lepasan SPM mengadakan perbincangan dengan keluarga mahupun pihak sekolah sebelum membuat pilihan tentang perjalanan yang akan dipilih sesudah SPM. Secara umumnya pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut
Pilihan 1: Meneruskan pengajian akademik secara formal samada untuk mendapatkan ijazah pertama mahupun kelulusan professional. Ini termasuk meneruskan pembelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, politeknik, mengikuti program diploma, kursus profesional atau mengambil sijil kemahiran.
Pilihan 2: Memasuki alam pekerjaan dengan memohon kerja di sektor awam atau swasta.
Pilihan 3: Menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan
Perlu dinyatakan di sini bagi Pilihan 2 dan Pilihan 3 di atas peluang untuk mendapatkan kelulusan akademik (ijazah pertama) seperti Pilihan 1 masih terbuka di masa akan datang untuk bidang-bidang tertentu berdasarkan pengalaman kerja dan sebagainya (Lihat gambarajah di bawah)
PILIHAN 1
Pilihan 1 merupakan pilihan yang paling popular bagi kebanyakan lulusan SPM dimana laluan ke Ijazah Pertama adalah seperti garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM (dahulunya KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi) di bawah
![]() |
| 11 Laluan Ke Ijazah Pertama |
Terdapat 11 laluan (lihat pada sebelahup kiri gambarajah di atas) ke Ijazah Pertama iatu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Matrikulasi, Asasi, Program Persediaan Tajaan Luar Negara, Diploma IPTA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS, Diploma Kemahiran dan Bekerja Dengan Pengalaman Lima Tahun Ke Atas (yakni Pilihan 2 atau Pilihan 3 di atas).
Pelbagai bidang pengajian mahupun profesion yang boleh diceburi dalam PILIHAN 1 merangkumi bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran, perguruan, ketenteraan, kerjururawatan dan sebagainya. Link di bawah dapat membantu dalam proses permohonan kemasukan anda.
http://upu.moe.gov.my
PILIHAN 2
Bagi yang ingin terus memulakan kerjaya pelbagai pilihan juga masih ada bergantung kepada minat, kelulusan, permintaan, kekosongan dan juga faktor persekitaran. Kebanyakan industri kecil sederhana juga mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Walaupun begitu pilihan jawatan mungkin terhad kepada "entry level" berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi.
Selain dari itu di sektor awam pula bidang-bidang ketenteraan, kepolisian dan sebagainya mempunyai program pengambilan tersendiri merangkumi peringkat lulusan SPM di mana latihan dan saringan perlu dilalui sebelum dapat memulakan kerjaya di bidang berkenaan. Sebagai nota tambahan pula bagi bidang ketenteraan wujud laluan PILIHAN 1 secara langsung yang dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Diharapkan link di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu:
http://www.jobsmalaysia.gov.my/
PILIHAN 3
Pilihan 3 iaitu menceburi bidang perniagan dan keusahawanan adalah agak unik. Malahan mereka yang telah memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2 di atas ada yang menceburi bidang perniagaan pada kemudian hari samada untuk mendapat kepuasan diri mahupun membina kekayaan setelah menimba pengalaman dengan karier masing-masing dan sebagainya.
Pilihan 3 begitu terkenal dengan banyak liku cabarannya dan keberangkalian untuk gagal adalah jauh lebih besar, Namun begitu tidak dinafikan imbuhan material bagi yang menceburi bidang perniagaan dan sanggup berusaha gigih hingga berjaya sangatlah lumayan.
![]() |
| Pelbagai Cabaran dan Aspek Dalam Bidang Keusahawanan |
Faktor seperti latarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan juga persekitaran mungkin menjadi pemangkin untuk seorang lepasan SPM untuk membuat Pilihan 3. Namun begitu artikel ini tidak dapat memperincikan Pilihan 3 disebabkan keluasan skop dan topik yang sebegitu subjektif.
Akhir kata, walau apapun pilihan anda lakukanlah yang terbaik semoga anda mendapat manfaat dan mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling anda di kemudian hari.
Jumaat, 9 Januari 2015
CORAT-CORET JANUARI 2015
SELAMAT TAHUN BARU 2015!!!
Rasanya masih belum terlambat untuk kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada para pembaca. Kami juga ingin mengucapkan "Selamat Datang" atau "Welcome Aboard" kepada pelajar-pelajar kemasukan Sessi 2015.
![]() |
| SELAMAT TAHUN BARU 2015!!! |
Walaupun agak sibuk dengan urusan pendaftaran pelajar baru Sessi 2015, kami tetap ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang mungkin dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2015
![]() |
| Takwim Persekolahan 2015 (Kumpulan B) Sumber: MOE |
Di atas adalah Takwim Persekolahan 2015 (Kumpulan B) di mana terdapat sedikit perubahan pada tarikh permulaan sessi persekolahan bulan Januari disebabkan bencana banjir yang melanda. Jumlah hari persekolahan tahunan juga telah dikurangkan daripada 205 hari ke 198 hari memandangkan tiada kelas gantian walau pembukaan sessi persekolahan telah ditunda lewat seminggu.
Apa-apapun kami mendoakan "speedy recovery" dari segenap aspek untuk keluarga mangsa yang terlibat dengan bencana alam tersebut.
Berbanding dengan Takwim Persekolahan 2015 di atas, kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam tetap beroperasi seperti biasa sepanjang Cuti Pertengahan Penggal 1, Cuti Pertengahan Tahun dan Cuti Pertengahan Penggal 2 kecuali pada Cuti Umum peringkat negeri mahupun kebangsaan.
PEPERIKSAAN UPSR DAN PT3 DIKEKALKAN
![]() |
| Keratan Berita The Star Online |
Berdasarkan berita terakhir sepertimana keratan akhbar online The Star bertarikh 9 September, 2014 seperti di atas bolehlah dirumuskan bahawa peperiksaan UPSR dikekalkan. Walau bagaimanapun seperti yang diberitahu oleh Menteri Pendidikan kita iatu Tan Sri Muhyiddin penambahbaikan dari segi penilaian prestasi pelajar sedang dipertimbangkan.
Manakala kami juga tidak menjangkakan sebarang perubahan terhadap kesinambungan PT3 yang sedikit sebanyak mungkin telah menyebabkan ketidakpuasan hati sesetengah ibubapa pelajar sewaktu keputusan diumumkan pada 22 Disember 2014 lalu. Ini berdasarkan ulasan rasmi Ketua Pengarah Kementeria Pendidikan Malaysia berkenaan dengan PT3 itu sendiri (Klik di sini)
Tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga sedang berusaha keras untuk memperbaiki pencapaian para pelajar PT3 dalam bidang Sains dan Matematik yang dilaporkan merosot secara keseluruhan di peringkat nasional. Mungkin juga salah satu faktor ialah soalan-soalan PT3 yang rata-rata berasaskan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) di mana pelajar perlu benar-benar menguasai sesuatu topik atau subjek untuk membolehkan pelajar menjawab dengan tepat berbanding dengan format PMR terdahulu.
PERUBAHAN FORMAT AMALI SAINS SPM 2015
KHUSUS UNTUK CALON-CALON SPM 2015:
Ringkasan perlaksanaan Peperiksaan Pusat Amali Sains yang berkuatkuasa mulai SPM 2015 berdasarkan Surat Siaran Bil 1 2014 Amali Sains Lembaga Peperiksaan (Baca di sini) adalah seperti berikut:
a. Perubahan format ini hanya melibatkan kertas matapelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541) , Bilogi (Kod 4551) dan Additional Science (Kod 4561) sahaja
b. Peperiksaan Pusat Amali Sains atau Kertas Amali Sains ini akan menggantikan Kertas 3 (Amali Sains Bertulis) bagi matapelajaran berkenaan
c. Peperiksaan Amali Sains ini akan membawa 30 markah (dahulunya Amali 15 markah) dari keseluruhan jumlah markah Kertas 1 (50 markah), Kertas 2 (100 markah) dan Kertas 3 (30 markah). Berbanding dengan komposisi markah Kertas 1 (50 markah), Kertas 2 (100 markah) dan Kertas 3 (15 markah).
d. Secara tak langsung ini menandakan bertambah pentingnya aspek Ujian Amali Kertas 3 memandangkan pemarkahannya mewakili hampir 17% dari keseluruhan jumlah markah Ujian kertas tersebut berbanding hanya lebih kurang 8% sebelum ini.
e. Banyak rasional di sebalik pendekatan ini telah dibincangkan dan secara amnya kemahiran atau kebolehan 'hands on' para pelajar dengan radas-radas/prosedur ujikaji makmal, merekod dan menginterpretasi data lebih dititikberatkan berbanding dahulu.
Dengan itu para pelajar dinasihatkan mengambil sikap proaktif terutama dalam pembelajaran harian di makmal untuk benar-benar menguasai segala aspek kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi Ujian Amali Sains tersebut.
Pendedahan pelajar melalui pembacaan buku/jurnal ilmiah sains dan sebagainya juga mampu mengasah kebolehan pelajar dalam memanipulasi dan menginterpretasi data ujikaji makmal.
Sekian dahulu dari kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Semoga kita bertemu lagi di artikel yang akan datang.
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Label:
2015,
cemerlang,
form,
Happy New Year,
Matematik,
maths,
PT3,
Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam,
sains,
school,
science,
score,
sekolah,
Shah Alam,
SPM,
Tuisyen,
Tuition,
UPSR,
Welcome
Lokasi:
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Langgan:
Ulasan (Atom)























