Sabtu, 14 Mei 2022
SELAMAT KEMBALI @ WELCOME BACK! BERMULANYA PEMBELAJARAN TUISYEN SESI 2022
Ahad, 14 Mac 2021
KELAS BIMBINGAN TUISYEN PUN BERMULA BAGI SESI 2021...
Syukur Alhamdulillah setelah sekian lama ditangguhkan pembelajaran tuisyen sepanjang tempoh PKP yang lalu Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah pun memulakan sesi kelas bersemuka mulai 8 Mac yang lalu.
Walaupun sambutan masih belum mencapai tahap dahulu sedikit sebanyak pembelajaran yang diadakan dalam suasana PATUH SOP COVID-19 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar.
Berikut kami paparkan sisipan video antara kelas-kelas yang telah pun bermula iaitu Kelas Tahun 6 dan Kelas Speaking, Listening, Reading & Writing.
Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing dan mendidik anak-anak tuan puan.
Bagi para pembaca yang berminat untuk menyertai kelas-kelas bimbingan tuisyen di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam, sila hubungi Cg Sharifah dia talian 012 - 538 5907 untuk maklumat lanjut pendaftaran. Terima kasih.
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Ahad, 27 Disember 2020
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM TAHUN 2021
Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2021 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam.
1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2021
Program pembelajaran tuisyen 2021 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping penekanan SOP Covid 19 bagi menjamin keselamatan guru dan pelajar
a. Kelas tuisyen hujung minggu
Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang.
Istimewanya pada tahun 2021 nanti selain daripada kelas-kelas untuk Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 kelas-kelas hujung minggu bagi Darjah 5 dan Tingkatan 4 juga turut ditawarkan *
b. English Speaking and Listening Class @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM
Objektif utama kelasa "English Listening and Speaking" adalah seperti berikut:
"Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris melalui Pemahaman (melalui Pendengaran dan Pembacaan) dan Pertuturan"
c. Kelas tuisyen untuk Darjah 2 (Standard 2)
Buat julung kalinya Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam menawarkan pembelajaran tuisyen bagi peringkat Darjah 2. Ini bertujuan untuk
a. mendedah dan memahirkan pelajar dengan teknik-teknik asas pembelajaran bagi pelajar yang agak ketinggalan jurang pencapaian pelajarannya sebaik melangkah ke Darjah 1 sebelum ini lebih-lebih lagi disebabkan kekerapan penutupan sekolah bagi mengawal penyebaran Covid-19
b. Memudahcara ulangkaji matapelajaran asas yang dipelajari pada waktu persekolahan biasa.
Seminar untuk perkongisan tips, strategi menjawab soalan dan soalan ramalan 2021 d
a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei
Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan. Untuk sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau di talian 012 - 679 8100
![]() |
| MARI BELAJAR BAHASA JEPUN |
b. Kelas Pengajian Al-Quran
* Tertakluk kepada terma dan syarat
Selasa, 22 Disember 2020
Ahad, 13 Disember 2020
Sabtu, 21 November 2020
Khamis, 12 November 2020
CHEMISTRY EXPLAINED: RATE OF REACTION
Scientifically, the rate of reaction is defined by change in amount of reactant or product against time. For instance, when a gas is produced during a reaction, so rate of reaction is the change in volume of the gas produced against time. Another example is when the mass of reactant is decreased, thus the rate of reaction is the change in mass of the reactant against time.
Rate of reaction=(reduction of reactants quantity)/time
or
Rate of reaction=(increase of products quantity)/time
NOTA KAKI: Artikel berkenaan topik Kadar Tindak Balas di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tutor di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Selain berpengalaman luas dalam pengajaran subjek Sains beliau juga merupakan bekas pelajar cemerlang yang mendapat straight As dalam semua matapelajaran peperiksaan awam UPSR, PMR dan SPM sewaktu zaman persekolahan beliau.
Ahad, 16 Februari 2020
PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM DI TAHUN 2020
TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)
![]() |
| Takwim Ringkas Peperiksaan Awam (Sumber: KPM) |
![]() |
| Takwim Ringkas Peperiksaan Awam (Sumber: KPM) |
![]() |
| English Speaking, Reading, Listening & Writing Program |
Penguasaan Bahasa Inggeris juga penting memandangkan kemungkinan besar pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris akan dilaksanakan semula pada Tahun 2021 nanti sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan terkini.
KELAS MEMBACA "ONE-TO-ONE"
Mungkin juga ada di antara anak anda yang baru masuk ke sekolah kebangsaan masih tidak dapat membaca dengan baik. Mungkin juga persediaan awal untuk masuk ke Tahun 1 nanti memandangkan kurang perhatian diberikan oleh pihak Taska untuk mengatasi kelemahan membaca secara individu.
Namun begitu, jangan risau, selagi ada usaha adalah jalannya. Kami menawarkan kelas membaca secara "one-to-one" dengan pendekatan kami yang tersendiri.
KSSR SEMAKAN 2017 UNTUK KEGUNAAN 2020
Ahad, 24 November 2019
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM TAHUN 2020
Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2020 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2020 nanti.
1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2020
Program pembelajaran tuisyen 2020 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar.
Secara amnya program pembelajaran tuisyen 2020 melibatkan kelas-kelas peringkat rendah bermula daripada Tahun 2 hinggalah ke Tahun 6. Manakala bagi peringkat Menengah Rendah dan Menengah atas pula akan melibatkan pembelajaran bermula daripada Tingkatan 2 hingga ke Tingkatan 5.
a. Kelas tuisyen hujung minggu
Sepertimana biasa kelas tuisyen hujung minggu akan diadakan untuk memberi peluang kepada para ibu bapa/pelajar yang lebih selesa untuk mengikuti kelas tambahan pada hujung minggu.
Kelas tuisyen hujung minggu ini juga diadakan pada sesi waktu petang hari Sabtu untuk memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi
Kelas-kelas untuk Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ditawarkan bagi kelas tuisyen hujung minggu *.
b. English Speaking, Reading, Listening and Writing Class @ PUSAT TUISYEN SEKSYEN 23 SHAH ALAM
Objektif utama kelasa "English Speaking, Reading, Listening and Writing" adalah seperti berikut:
"Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping memberikan keyakinan dan pelbagai kemahiran kepada para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris melalui Pemahaman (melalui Pendengaran dan Pembacaan) dan Pertuturan"
Di bawah merupakan klip video sebahagian daripada aktiviti kelas Speaking, Reading, Listening and Writing di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam

Seminar-seminar berkaitan perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2020 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam.
a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei
Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.
b. KELAS PENGAJIAN QURAN (TAHFIZ SEPARUH MASA)
* Tertakluk kepada terma dan syarat






























