|
SEJARAH SPM |
1. TEKNIK MENJAWAB SOALAN
Untuk memperolehi gred markah yang "CEMERLANG", para pelajar disarankan agar menggunakan ayat berlapis sewaktu menjawab soalan berdasarkan teknik FHC + N di mana:
F = FAKTA
H = HURAIAN
C = CONTOH
N = NILAI atau KESAN
2. CONTOH-CONTOH SOALAN DAN APPLIKASI TEKNIK FHC + N
Soalan-soalan KBAT Sejarah terbahagi kepada dua jenis soalan iatu
a. Soalan Struktur
b. Soalan Esei
Contoh-contoh soalan Struktur dan Esei adalah seperti di bawah di mana applikasi teknik FHC + N di atas adalah seperti yang digariskan dalam jawapan yang diberi
a. TEKNIK MENJAWAB SOALAN STRUKTUR
Contoh Soalan:
Mengapakah gerakan nasionalisme pada tahap pertama di kebanyakan negara di Asia Tenggara mengalami kegagalan?
[2 markah]
|
NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA |
Jawapan:
Pada pandangan saya kegagalan ini disebabkan oleh perjuangan gerakan pada tahap ini tidak menyeluruh dan bersifat setempat contohnya Tok Janggut hanya berjuang untuk kawasan kekuasaan beliau sahaja iaitu di Pasir Puteh
b. TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI
Contoh Soalan:
Pencerobohan sempadan negara sehingga membawa kepada pemerdagangan manusia telah membuka mata seluruh rakyat Malaysia tentang berapa pentingnya meningkatkan kawalan keselamatan di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut?
[6 markah]
|
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
Jawapan:
Pada pendapat saya, langkah yang wajar dilaksanakan adalah dengan memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan dengan menguatkan pasukan keselamatan negara seperti menambah bilangan pasukan beruniform dan memberi latihan yang secukupnya. Selain itu, mengukuhkan pertahanan negara dengan menguatkuasakan undang-undang melalui cara menghukum penjenayah yang terlibat dengan pemerdagangan manusia dengan hukuman yang setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada penjenayah tersebut dan secara am kepada masyarakat
NOTA: Artikel di atas telah disumbangkan oleh salah seorang tenaga pengajar Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam yang berpengalam luas sebagai panel pemeriksa kertas Sejarah SPM. Jangan lupa untuk menyertai kami untuk mendalami dengan lebih lanjut mata pelajaran Sejarah SPM
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"