Insha Allah tirai aktiviti dan program tahun 2015 akan dilabuhkan dengan program terakhir kami iatu Program Ulangkaji Intensif Cuti Sekolah yang akan bermula pada 1 Disember ini.
Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2015 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Antaranya kejayaan pasukan Futsal yang merangkul kejuaraan Kejora Futsal. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kami di atas tajaan pihak Rushai Leather untuk pasukan futsal kami.
Coach 'import' tajaan pihak Rushai Leather |
Seminar peperiksaan yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora iatu Seminar SKOR untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.
Tak kurang juga sambutan terhadap program-program hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Al-Quran
Seminar Skor |
Seminar Skor |
Manakala itu bagi aktiviti-aktiviti 'wajib' yang lain seperti jamuan Ramadahan, Raya dan sebagainya tetap meriah seperti biasa dan memberikan kenangan manis kepada kedua-dua belah pihak tenaga pengajar dan para pelajar.
Jamuan Raya 2015 |
Majlis Berbuka Ramadhan 2015 |
Di samping itu pihak pengurusan Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga amat berterima kasih kerana diberi kesempatan oleh rakan-rakan pihak luar untuk kami menunaikan tanggungjawab sosial kami. Mudah-mudah tahun 2016 nanti akan tercatat sebagai tahun yang lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya
Sumbangan hamper untuk aktiviti sukan sekolah |
Program Tuisyen Percuma Untuk Anak-anak Yatim |
'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'