#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Isnin, 31 Ogos 2015

PERKONGSIAN: PENANDA WACANA (KERTAS BAHASA MELAYU)

Sedikit perkongsian berkenaan "PENANDA WACANA" untuk calon-calon yang akan menduduki kertas Bahasa Melayu UPSR, PT3 mahupun SPM nanti.
Penanda wacana digunakan untuk menulis ringkasan dan pemahaman, karangan.

i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Ahkir sekali,

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan
1. Saya berpendapat demikian kerana
2. Hal ini demikian kerana
3. Hal ini berlaku kerana
4. Hal ini terjadi kerana
5. Hal ini disebabkan oleh
6. Hal ini wujud akibat daripada
7. Hal ini bersangkut-paut dengan
8. Hal ini berpunca daripada
9. Hal ini tercetus apabila
10. Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya……………..

iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
1. Misalnya,
2. Contohnya,
3. Sebagai contoh,
4. Tamsilnya,
5. Seperti yang kita sedia maklum,
6. Antaranya adalah seperti
7. Satu contoh
8. Satu cara
9. Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh
1. Hal ini mengakibatkan
2. Hal ini menyebabkan
3. Oleh itu,
4. Maka,
5. Oleh hal yang demikian,
6. Oleh sebab itu,
7. Jelaslah bahawa
8. Justifikasinya,

vi)Penanda menutup isi
1. Kesannya,
2. Natijahnya,
3. Akibatnya,
4. Akhirnya,
5. Dengan itu,
6. Kesudahannya,
7. Dengan berbuat demikian,
8. Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
1. justeru
2. juga
3. malah
4. malahan
5. tambahan pula
6. sementelahan
7. bahkan juga
8. sekali gus
9. di samping
10. bahkan
11. malar-malar

viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup
1. Kesimpulannya,
2. Intihanya,
3. Secara tuntas,
4. Tuntasnya,………….
5. Konklusinya,
6. Sebagai penutup wacana,
7. Sebagai penghias bicara akhir,
8. Sebelum mengakhiri wacana ini,
9. Secara keseluruhan,
10. Secara total,
11. Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
1. Walau bagaimanapun,
2. Namun demikian,
3. Namun begitu,
4. Meskipun,
5. Daripada perspektif yang berbeza,
6. Jika dilihat dari sudut lain,
7. Dengan kata lain,
8. Kontradiksinya,
9. Di sebalik itu,
10. Dalam pada itu,
11. Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1. ___bak /seperti kata peribahasa,
2. ___bak kata peribahasa Melayu,
3. ___bak kata pepatah Melayu,
4. ___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5. ___bak kata mutiara,
6. ___bak peribahasa,
7. ___bak pepatah,
8. ___bak kata cendekiawan,
9. ___persis kata peribahasa,
10. ___persis kata peribahasa Melayu,
11. ___persis kata orang tua-tua,
12. ___persis kata mutiara,
13. ___persis peribahasa,
14. ___persis kata cendekiawan,
15. Hal ini sama dengan peribahasa
16. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni
17. Fenomena ini dikatakan
18. Masalah ini sama dengan peribahasa
19. Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua
Semoga bermanfaat utk para pelajar...

Selasa, 18 Ogos 2015

SEMINAR SKOR KUMPULAN 2 UPSR DAN SEMINAR SKOR PT3 KUMPULAN 2 (AKAN DATANG)



Seminar SKOR UPSR Kumpulan 2



Pada 15 haribulan Ogos yang lepas, telah berlangsung Seminar Super A Kumpulan 2 UPSR di Perpustakaan Raja Tun Uda Seksyen 13 Shah Alam. Seminar ini telah diadakan lebih awal daripad jadual asal 26 Ogos untuk memberi lebih ruang kepada para pelajar untuk menguasai dan mempraktikkan perkara-perkara yang didedahkan pada seminar





Seperti yang pernah dimaklumkan kami ingin menekankan kembali keistimewaan utama Seminar Super A iatu:
  • Tips-tips peperiksaan dari guru-guru pakar dan pemeriksa kertas
  • Pendedahan Skema Pemarkahan terkini
  • Pendedahan teknik menjawab terkini dan tepat
  • Pendedahan format peperiksaan sebenar
  • Pengurusan masa dalam peperiksaan
  • Analisis soalan-soalan tahun terdahulu dan soalan ramalan 2015
  • Nota-nota penting, ringkas dan padat
  • Menyuntik keyakinan pelajar untuk mendapat A bagi setiap subjek

Seminar SKOR yang telah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora merupakan seminar terakhir untuk calon UPSR 2015. Ribuan terimakasih daripada pihak penganjur di atas sambutan yang menggalakkan.

Semoga Berjaya!!!

Kepada peserta seminar kami ucapkan Selamat Berjaya di dalam peperiksaan UPSR nanti, Insy'Allah berkat kesungguhan yang dipamerkan anda mampu mencapai kejayaan yang membanggkan ibubapa dan guru-guru anda. Tip-tips berkaitan tambahan boleh juga didapati melalui pautan "Tips Menghadapi Peperiksaanyang pernah kami kongsikan terdahulu



Displin Teras Jaya
Tidak ketinggalan juga kepada calon PT3 yang akan menduduki ujian bertulis, seminar SKOR peringkat PT3 Kumpulan 2 yang dijadualkan pada awal September ini.