#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Selasa, 10 Januari 2017

CORETAN PEMBUKAAN TAHUN BARU 2017

Alhamdulillah, Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam sudah pun melangkah ke tahun baru 2017 dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis di tahun 2016. InsyaAllah bersama-sama kita memperbaharui azam dan iltizam kita agar 2017 menjadi tahun yang lebih gemilang hendakNya.




Kami mulakan dengan ucapan "Selamat Datang"  kepada para pelajar yang pertama kali menyertai Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.  

Manakala "Selamat Kembali" pula kami ucapkan kepada pelajar  Seksyen 23 sessi 2016 yang menyambung semula pengajian tuisyen di sini pada sessi 2017 terutamanya para pelajar yang telah pun bersama-sama dengan kami sewaktu Tuisyen Persedian Cuti Sekolah akhir tahun 2016 yang lalu.



Tuisyen Persediaan Cuti Sekolah 2016

Sebahagian daripada para pelajar Tuisyen Persediaan baru-baru ini


Tak ketinggalan juga ribuan terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing pada sessi 2017. 

InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal komited untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa sebagaimana tahun-tahun yang terdahulunya.



Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Sebahagian daripada para pelajar Class Of 2017

Berikut kami kongsikan serba sedikit informasi berkenaan dunia pendidikan khususnya di Malaysia dan juga beberapa usaha pembaikan yang kami terapkan mulai tahun 2017 untuk manfaat bersama.


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2017

Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2017. Syukur Alhamdulillah persekolah dibuka seperti yang dirancangkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun terdapat kejadian banjir di beberapa tempat di Pantai Timur sejak akhir-akhir ini.



Sepertimana biasa Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan yang tertera di atas


TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)

Manakala di bawah ini pula adalah jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2017. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan dari semasa ke semasa nanti.

Jadual Ringkas Peperiksaan Awam 2017 (Sumber MOE)


KELAS PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK (PERINGKAT RENDAH)

Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam merasakan perlunya untuk merapatkan jurang penguasaaan asas Bahasa Inggeris dan Matematik antara para pelajar peringkat Sekolah Rendah.  

Selaras dengan itu pihak tuisyen telah menyediakan kelas-kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik sebagai initiatif kami untuk memberikan asas yang lebih kukuh kepada para pelajar di dalam dua mata pelajaran tersebut. 


Kelas pemulihan Bahasa Inggeris dan Matematik (gambar hiasan)

Secara ringkasnya modul pembelajaran yang diguna pakai untuk kelas-kelas pemulihan adalah seperti berikut :

a.) Matematik : memberi penekanan dalam kemahiran sifir dan operasi asas matematik, menekankan topik-topik tertentu yang sukar difahami (bagi pelajar kategori D, E dan F) dan penyelesaian masalah soalan-soalan kertas 2 terutama soalan berbentuk KBAT. 

b.) Bahasa Inggeris : menekankan aspek pengukuhan asas-asas bahasa Inggeris seperti ‘sentence construction, basic grammar, spelling,reading’ 


TUISYEN HUJUNG MINGGU UNTUK PERINGKAT SPM

Buat julung kalinya Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengadakan kelas tuisyen hujung minggu untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

SPM 2017


Memandangkan pilihan subjek atau mata pelajaran yang luas bagi peringkat SPM hanya kelas-kelas subjek teras ditawarkan pada kali ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan  Sains. Kelas tuisyen untuk subjek atau mata pelajaran lain boleh juga diadakan berdasarkan kesesuaian dan permintaan. 


Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"