#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Rabu, 2 Mac 2016

KE MANA HALA TUJU SELEPAS SPM? (UPDATED AND REPUBLISHED)

Keputusan SPM 2015 telah pun diumumkan pada 3 Mac 2016, Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang jangan sesekali berputus asa sebab perjalanan untuk memulakan sebarang karier terbuka luas untuk semua.


Keputusan Cemerlang Dapat Memberi Lebih Banyak Pilihan


Secara ringkasnya ada tiga laluan yang berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM bergantung kepada keputusan peperiksaan, minat, cita-cita, latarbelakang mahupun persekitaran para pelajar. Sebaik-baiknya lepasan SPM mengadakan perbincangan dengan keluarga mahupun pihak sekolah sebelum membuat pilihan tentang perjalanan yang akan dipilih sesudah SPM. Secara umumnya pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut

Pilihan 1: Meneruskan pengajian akademik secara formal samada untuk mendapatkan ijazah pertama mahupun kelulusan professional. Ini termasuk meneruskan pembelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, politeknik, mengikuti program diploma, kursus profesional atau mengambil sijil kemahiran. 

Pilihan 2: Memasuki alam pekerjaan dengan memohon kerja di sektor awam atau swasta. 

Pilihan 3: Menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

Perlu dinyatakan di sini bagi Pilihan 2 dan Pilihan 3 di atas peluang untuk mendapatkan kelulusan akademik (ijazah pertama) seperti Pilihan 1 masih terbuka di masa akan datang untuk bidang-bidang tertentu berdasarkan pengalaman kerja dan sebagainya (Lihat gambarajah di bawah)


PILIHAN 1

Pilihan 1 merupakan pilihan yang paling popular bagi kebanyakan lulusan SPM dimana laluan ke Ijazah Pertama adalah seperti garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM (dahulunya KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi) di bawah


11 Laluan Ke Ijazah Pertama

Terdapat 11 laluan (lihat pada sebelahup kiri gambarajah di atas) ke Ijazah Pertama iatu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Matrikulasi, Asasi, Program Persediaan Tajaan Luar Negara, Diploma IPTA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS, Diploma Kemahiran dan Bekerja Dengan Pengalaman Lima Tahun Ke Atas (yakni Pilihan 2 atau Pilihan 3 di atas).

Pelbagai bidang pengajian mahupun profesion yang boleh diceburi dalam PILIHAN 1 merangkumi bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran, perguruan, ketenteraan, kerjururawatan dan sebagainya. Link di bawah dapat membantu dalam proses permohonan kemasukan anda.

http://upu.moe.gov.my


PILIHAN 2

Bagi yang ingin terus memulakan kerjaya pelbagai pilihan juga masih ada bergantung kepada minat, kelulusan, permintaan, kekosongan dan juga faktor persekitaran. Kebanyakan industri kecil sederhana juga mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Walaupun begitu pilihan jawatan mungkin terhad kepada "entry level"  berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi.

Selain dari itu di sektor awam pula bidang-bidang ketenteraan, kepolisian dan sebagainya mempunyai program pengambilan tersendiri merangkumi peringkat lulusan SPM di mana latihan dan saringan perlu dilalui sebelum dapat memulakan kerjaya di bidang berkenaan. Sebagai nota tambahan pula bagi bidang ketenteraan wujud laluan PILIHAN 1 secara langsung yang dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Suatu ketika dahulu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga agak terkenal dengan skim "Apprenticeship in Aircraft Maintenance Engineering" di mana pelajar lepasan SPM akan melalui lima tahun latihan apprentis sebelum dikitiraf sebagai "MAS Maintenance Engineer". Namun begitu kebanyakan syarikat swasta kini nampaknya lebih berminat untuk memberi kepercayaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta terpilih untuk melatih tenaga kerja mereka melalu program diploma/iazah yang diiktiraf seperti pengambilan kadet di Akademi Laut Malaysia (ALAM) 

Diharapkan link di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/


PILIHAN 3


Pilihan 3 iaitu menceburi bidang perniagan dan keusahawanan adalah agak unik. Malahan mereka yang telah memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2 di atas ada yang menceburi bidang perniagaan pada kemudian hari samada untuk mendapat kepuasan diri mahupun membina kekayaan setelah menimba pengalaman dengan karier masing-masing dan sebagainya.

Pilihan 3 begitu terkenal dengan banyak liku cabarannya dan keberangkalian untuk gagal adalah jauh lebih besar, Namun begitu tidak dinafikan imbuhan material bagi yang menceburi bidang perniagaan dan sanggup berusaha gigih hingga berjaya sangatlah lumayan. 

Pelbagai Cabaran dan Aspek Dalam Bidang Keusahawanan


Faktor seperti latarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan juga persekitaran mungkin menjadi pemangkin untuk seorang lepasan SPM untuk membuat Pilihan 3. Namun begitu artikel ini tidak dapat memperincikan Pilihan 3 disebabkan keluasan skop dan topik yang sebegitu subjektif. 

Akhir kata, walau apapun pilihan anda lakukanlah yang terbaik semoga anda mendapat manfaat dan mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling anda di kemudian hari.