Sistem pendidikan tidak seharusnya berlangsung di persekitaran sekolah semata-mata. Namun pusat-pusat tuisyen juga turut membantu memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang.
Tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi matapelajaran tertentu. Secara amnya tuisyen diperlukan oleh tiga kategori pelajar iatu:
- Pelajar yang sememangnya berkebolehan dan mempunyai pencapaian lalu yang membanggakan di dalam bidang akademik tapi memerlukan bimbingan tambahan untuk subjek kritikal bagi menjamin pencapaian yang lebih cemerlang bagi keseluruhan subjek peperiksaan yang akan datang
- Pelajar yang agak lemah di dalam pencapaian akademik dan memerlukan tumpuan dan tunjukcara yang lebih daripada tenaga pengajar di mana situasi tersebut sukar didapati di sekolah harian yang mana bilangan murid untuk sesuatu kelas adalah agak besar
- Pelajar kategori sederhana yang ingin memiliki pencapaian sebagaimana ditunjukkan oleh rakan pelajar di dalam Kategori 1 di atas. Dengan bimbingan khusus tenaga pengajar dan pergaulan sihat rakan sebaya di tempat tuisyen semestinya pencapaian tersebut dapat dimiliki
Berbeza dengan pendidikan formal di sekolah, peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar. Sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Keadaan ini jelas dalam tuisyen bahasa dan matematik, dimana pelajar akan diberi pelbagai latihan oleh guru tuisyen supaya pelajar berkenaan dapat menguasai dengan lebih baik.
Berbeza dengan tuisyen yang diadakan dirumah, pembelajaran di pusat adalah lebih selesa, efektif dan pelajar akan lebih fokus. Pembayaran yuran tuisyen dirumah pula adalah jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan tuisyen dipusat. Persaingan sihat dengan rakan-rakan tuisyen yang lain memberikan lebih semangat untuk pelajar berusaha dengan lebih tekun lagi.
Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam adalah salah satu pusat tuisyen yang berperanan dalam merialisasikan impian pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Maka ibu bapa yang mempunyai anak yang lemah dalam pelajaran masih boleh menarik nafas lega bagi memperbaiki mutu pelajaran anak mereka.
Di Pusat Tusiyen Kejora cawangan Seksyen 23 Shah Alam, kami mempunyai hampir 30 orang guru mahir . Pusat tuisyen ini terletak berhadapan dengan kawasan perumahan Seksyen 23 Shah Alam
Seksyen 23 juga dikelilingi kejiranan lain seperti Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 21, Taman Pinggiran USJ, Seksyen 24, Alam Impian dan juga Seksyen 25.
10 kriteria utama mengapa ibu bapa perlu memilih Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam:
Seksyen 23 juga dikelilingi kejiranan lain seperti Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 21, Taman Pinggiran USJ, Seksyen 24, Alam Impian dan juga Seksyen 25.
10 kriteria utama mengapa ibu bapa perlu memilih Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam:
1.) Trek rekod cemerlang Pusat Tuisyen Kejora
2.) Guru-guru adalah dari kalangan mereka berpengalaman dan terlatih di dalam bidang pengajaran masing-masing
3.) Yuran tuisyen yang berpatutan dan kelas percuma untuk anak-anak yatim
4.) Bilik pembelajaran yang kondusif di mana semuanya di lengkapi dengan penghawa dingin dan juga kemudahan surau
5.) Sistem sekuriti seperti CCTV dan pintu magnetik untuk menjamin keselamatan para pelajar
6.) Aktiviti kurikulum sampingan seperti pertandingan bowling, bola sepak, badminton, seminar skor A, kem motivasi dan pembentukan jati diri mengukuhkan semangat jati diri para pelajar
7.) Lokasi yang strategik dan mudah diakses
8.) Bilangan pelajar yang nominal (purata 14) bagi setiap kelas bagi menjamin kadar interaktif yang berkesan antara tutor dan juga pelajar
9) Kelas Pengajian Al-Quran (Tahfiz Separuh Masa) juga ada ditawarkan pada hujung minggu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
9) Kelas Pengajian Al-Quran (Tahfiz Separuh Masa) juga ada ditawarkan pada hujung minggu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
Kami menawarkan promosi hebat kepada 30 pelajar pertama yang berdaftar bagi sessi pembelajaran 2014.
PERCUMA SATU SUBJEK (sepanjang tahun pembelajaran)*
+
BEG TUISYEN BERGAYA (selagi stok masih ada)
* Tertakluk kepada terma dan syarat
Jadilah mereka yang terawal dan rebutlah peluang keemasan ini!!!