#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Ahad, 17 September 2017

ENGLISH LISTENING AND SPEAKING CLASS @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM







Semenjak daripada tahun 2016 lagi Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam secara eksklusifnya menawarkan kelas "English Listening and Speaking" yang ditawarkan kepada para pelajar yang berumur dalam lingkungan 11-12 tahun.

Objektif utama kelasa "English Listening and Speaking" adalah seperti berikut:

"Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris melalui Pemahaman (melalui Pendengaran dan Pembacaan) dan Pertuturan"


Antara pendekatan yang digunakan:


a. Menyedia dan mengawal selia sesi berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris secara teratur dan terancang
b. Memastikan suasana pembelajaran yang ceria yakni "Learing Is Fun" untuk memupuk minat yang berterusan di kalangan para pelajar
c. Tumpuan juga diberikan kepada topik-topik pertuturan Bahasa Inggeris dalam senario aktivit seharian mahupun peristiwa penting 


ALHAMDULILLAH BERKAT KESABARAN DAN USAHA GIGIH PARA GURU DAN PELAJAR DI SINI KAMI MUATNAIK HASILNYA...........















AYUH SERTAI KAMI UNTUK PENGAMBILAN BARU MULAI DISEMBER 2017 INI. HUBUNGI KAMI DI TALIAN 012 - 538 5907........🙌 🙌 🙌




"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Isnin, 14 Ogos 2017

PEPERIKSAAN LISAN DAN BERTULIS PT3 2017


Berikut adalah jadual peperikasaan lisan (bertutur dan mendengar) dan bertulis untuk PT3 2017 (Sumber: MOE). Kertas-kertas atau subjek yang menggunakan pentaksiran pelbagai instrumen berasaskan waktu PdP (pembelajaran dan pemudahcaraan) yang ditetapkan seperti subjek Sejarah dan Geografi telah pun bermula lebih awal lagi dan tidak akan dinyatakan di sini.

Oleh kerana itu jadual peperiksaan PT3 di sini dimulakan dengan Ujian Lisan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan menjelang tiba tak lama lagi. Bagi Ujian Lisan Bahasa Inggeris pula bolehlah merujuk kepada pautan di bawah sebagai panduan sewaktu ujian nanti




Sumber: MOE


Selepas ujian lisan para pelajar ada lebih kurang 6 minggu sebelum peperiksaan bertulis diadakan. Pastikan pelajar mengambil manfaat daripada latihan tubi intensif yang diadakan di pusat tuisyen kami sehinggalah ke penghujung bulan September nanti.

Memandangkan ada masa "rehat" dalam lebih kurang seminggu bila berakhirnya tuisyen pada hujung September dan sebelum bermulanya peperiksaan bertulis nanti, pelajar diminta membuat persiapan fizikal dan mental yang sebaiknya sepanjang tempoh ini. Pautan di bawah ini boleh dijadikan panduan sewaktu tempoh persediaan akhir ini





Sumber: MOE




Sumber: MOE




Sumber: MOE


Sekian, ini saja daripada kami buat masa ini. Insha Allah semoga kejayaan akan menjadi milik anda kelak.




'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'

Isnin, 3 Julai 2017

GERAK GEMPUR UPSR 2017 AKAN BERMULA!!!





Alhamdulillah, bermulanya bulan Syawal seminggu lalu juga menandakan para pelajar Tahun 6 semakin hampir dengan Fasa Gerak Gempur UPSR 2017 yang dijangka bermula pada pertengahan bulan Julai ini di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.

Para tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam juga sudah mula mengorak langkah untuk memastikan persiapan akhir para pelajar di tahap yang menyakinkan sebelum berakhirnya sesi pembelajaran tuisyen untuk para pelajar Tahun 6.

Berikut kami kongsikan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis UPSR 2017 (sumber MOE) untuk perkongsian bersama. 

AYUH, BERSAMA KITA BERJUANG. INSYA ALLAH SEMOGA KITA BERSAMA-SAMA BEROLEH KEJAYAAN NANTI.



JADUAL WAKTU UPSR 2017 (Sumber: MOE)


JADUAL WAKTU UPSR 2017 (Sumber: MOE)


JADUAL WAKTU UPSR 2017 (Sumber: MOE)




'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'