Alhamdulillah, tirai 2017 sudah pun dilabuhkan dengan pelbagai kenangan dan kini tirai 2018 telah pun terbuka. Masih belum terlambat untuk kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua. Kami juga akan berkongsi maklumat dan perkembangan terbaru di bidang pendidikan terutamanya yang berkaitan dengan Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.
Kami mulakan dengan ucapan "Selamat Datang" kepada para pelajar yang pertama kali menyertai Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.
Manakala "Selamat Kembali" pula kami ucapkan kepada para pelajar Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam sesi-sesi yang lalu yang kembali menyertai kami pada untuk sesi 2018 dan juga para pelajar tuisyen persedian 2017/18 yang meneruskan pembelajaran di sini.
Foto sekitar pendaftaran pada awal Januari |
Foto sekitar pendaftaran pada awal Januari |
Foto sekitar pendaftaran pada awal Januari |
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing para pelajar pada sesi 2018.
InsyaAllah seluruh warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kekal istiqomah untuk memberikan yang terbaik untuk para pelajar dan juga ibu bapa sebagaimana tahun-tahun yang terdahulunya.
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2018
Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2018.
Sumber: KPM |
Sebagaimana sedia maklum Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan tetap beroperasi seperti biasa sepanjang cuti penggal persekolahan yang tertera di atas
TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)
Manakala di bawah ini pula adalah jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2018. Jadual peperiksaan yang lebih terperinci akan kami paparkan dari semasa ke semasa nanti.
Takwim Peperiksaan 2018 (Sumber: KPM) |
KELAS BAHASA INGGERIS "SPEAKING AND LISTENING" 2018
Slot bagi Kelas Komunikasi Bahasa Inggeris "Speaking dan Listening" telah dipertambahkan lagi pada hujung minggu selain daripada slot hari bekerja (weekdays) disebabkan sambutan yang sangat memberangsangkan pada tahun lalu.
Informasi yang lebih terperinci berkenaan kelas "Speaking and Listening" kami boleh didapati melalui capaian berikut
PPSR (PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH)
Pada lewat 2017, KPM telah memperkenalkan akronim PPSR sebagai penilaian holistik terakhir sebelum pelajar melangkah ke peringkat Sekolah Menengah. Pada dahulunya penilaian terakhir hanyalah ujian UPSR yang disertakan dengan ujian psikometrik. Ringkasnya, komponen PPSR adalah seperti berikut
1) Pentaksiran Bilik Darjah
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum
3) Pentaksiran Psikometrik
4) UPSR
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum
3) Pentaksiran Psikometrik
4) UPSR
Pendekatan holistik begini tidak menjadikan mana-mana komponen di atas kurang utama atau penting daripada yang lain tapi menambah dua lagi komponen (iaitu perkara (1) dan (2) di atas) dalam menilai pencapaian keseluruhan seseorang pelajar.
Akhir kata, sekian dahulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Jika ada sebarang pertanyaan mahupun penjelasan dengan sebarang perkara yang tersebut di atas sila hubungi kami di talian 012 - 538 5907. Terima kasih.
"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan