#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Ahad, 24 November 2019

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM TAHUN 2020

Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2020 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.  Bagi sebahagian para pelajar yang mengikuti Tuisyen Persediaan 2019/2020 program tuisyen 2020 adalah juga kesinambungan kepada program tuisyen yang telah anda sertai tersebut.

Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2020 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2020 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2020

Program pembelajaran tuisyen 2020 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar. 

Secara amnya program pembelajaran tuisyen 2020 melibatkan kelas-kelas peringkat rendah bermula daripada Tahun 2 hinggalah ke Tahun 6. Manakala bagi peringkat Menengah Rendah dan Menengah atas pula akan melibatkan pembelajaran bermula daripada Tingkatan 2 hingga ke Tingkatan 5.










a. Kelas tuisyen hujung minggu

Sepertimana biasa kelas tuisyen hujung minggu akan diadakan untuk memberi peluang kepada para ibu bapa/pelajar yang lebih selesa untuk mengikuti kelas tambahan pada hujung minggu.

Kelas tuisyen hujung minggu ini juga diadakan pada sesi waktu petang hari Sabtu untuk memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi 

Kelas-kelas untuk Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 ditawarkan bagi kelas tuisyen hujung minggu *.


b. English Speaking, Reading, Listening and Writing Class @ PUSAT TUISYEN SEKSYEN 23 SHAH ALAM


Semenjak daripada tahun 2016 lagi Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam secara eksklusifnya menawarkan kelas "English Speaking, Reading, Listening and Writing" yang ditawarkan kepada para pelajar yang berumur bermula daripada 8 tahun hingga 12 tahun atau secara amnya pelajara-pelajar Tahun 2 hinggalah ke Tahun 6.

Objektif utama kelasa "English Speaking, Reading, Listening and Writing" adalah seperti berikut:

"Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping memberikan keyakinan dan pelbagai kemahiran kepada para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris melalui Pemahaman (melalui Pendengaran dan Pembacaan) dan Pertuturan"


Di bawah merupakan klip video sebahagian daripada aktiviti kelas Speaking, Reading, Listening and Writing di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam





2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 



Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futsal dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak. 

Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.

















Seminar-seminar berkaitan perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2020 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 





3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.



Add caption





b. KELAS PENGAJIAN QURAN (TAHFIZ SEPARUH MASA)


Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2020. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  












* Tertakluk kepada terma dan syarat

'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'








Isnin, 18 Mac 2019

HALA TUJU SELEPAS SPM (DIKEMASKINI)

Keputusan SPM 2018 telah pun diumumkan pada 14 Mac yang lalu, Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang jangan sesekali berputus asa sebab perjalanan untuk memulakan sebarang karier terbuka luas untuk semua.


Keputusan Cemerlang Dapat Memberi Lebih Banyak Pilihan


Secara ringkasnya ada tiga laluan yang berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM bergantung kepada keputusan peperiksaan, minat, cita-cita, latarbelakang mahupun persekitaran para pelajar. Sebaik-baiknya lepasan SPM mengadakan perbincangan dengan keluarga mahupun pihak sekolah sebelum membuat pilihan tentang perjalanan yang akan dipilih sesudah SPM. Secara umumnya pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut

Pilihan 1: Meneruskan pengajian akademik secara formal samada untuk mendapatkan ijazah pertama mahupun kelulusan professional di dalam atau pun di luar negara. Ini termasuk meneruskan pembelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, politeknik, mengikuti program diploma, kursus profesional atau mengambil sijil kemahiran. 

Pilihan 2: Memasuki alam pekerjaan dengan memohon kerja di sektor awam atau swasta. 

Pilihan 3: Menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

Perlu dinyatakan di sini bagi Pilihan 2 dan Pilihan 3 di atas peluang untuk mendapatkan kelulusan akademik (ijazah pertama) seperti Pilihan 1 masih terbuka di masa akan datang untuk bidang-bidang tertentu berdasarkan pengalaman kerja dan sebagainya (Lihat gambarajah di bawah)


PILIHAN 1

Pilihan 1 merupakan pilihan yang paling popular bagi kebanyakan lulusan SPM dimana laluan ke Ijazah Pertama adalah seperti garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM (dahulunya KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi) di bawah


11 Laluan Ke Ijazah Pertama

Terdapat 11 laluan (lihat pada sebelahup kiri gambarajah di atas) ke Ijazah Pertama iatu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Matrikulasi, Asasi, Program Persediaan Tajaan Luar Negara, Diploma IPTA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS, Diploma Kemahiran dan Bekerja Dengan Pengalaman Lima Tahun Ke Atas (yakni Pilihan 2 atau Pilihan 3 di atas).

Pelbagai bidang pengajian mahupun profesion yang boleh diceburi dalam PILIHAN 1 merangkumi bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran, perguruan, ketenteraan, kerjururawatan dan sebagainya. Link di bawah dapat membantu dalam proses permohonan kemasukan anda.

http://upu.moe.gov.my

Di samping itu bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan ingin melanjutkan pelajar ke universiti di luar negara bolehlah mencuba untuk mendapatkan kepelbagaian penajaan daripada pihak kerajaan, badan berkanun mahu pun swasta. Secara ringkasnya boleh juga layari pautan di bawah ini untuk maklumat lebih lanjug

https://www.malaysiascholarships.com

Selain daripada negara-negara tradisi seperti US, UK, France, Australia, New Zealand, Jepun, Korea mahupun Timur Tengah sudah juga menjadi trend masa kini di mana negara maju Eropah seperti German, Spain turut menjadi salah satu pilihan kesukaan pelajar melalui program seperti German A-Level Preparatory Programme (GAPP)


PILIHAN 2

Bagi yang ingin terus memulakan kerjaya pelbagai pilihan juga masih ada bergantung kepada minat, kelulusan, permintaan, kekosongan dan juga faktor persekitaran. Kebanyakan industri kecil sederhana juga mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Walaupun begitu pilihan jawatan mungkin terhad kepada "entry level"  berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi.

Selain dari itu di sektor awam pula bidang-bidang ketenteraan, kepolisian dan sebagainya mempunyai program pengambilan tersendiri merangkumi peringkat lulusan SPM di mana latihan dan saringan perlu dilalui sebelum dapat memulakan kerjaya di bidang berkenaan. Sebagai nota tambahan pula bagi bidang ketenteraan wujud laluan PILIHAN 1 secara langsung yang dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Suatu ketika dahulu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga agak terkenal dengan skim "Apprenticeship in Aircraft Maintenance Engineering" di mana pelajar lepasan SPM akan melalui lima tahun latihan apprentis sebelum dikitiraf sebagai "MAS Maintenance Engineer". Namun begitu kebanyakan syarikat swasta kini nampaknya lebih berminat untuk memberi kepercayaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta terpilih untuk melatih tenaga kerja mereka melalu program diploma/iazah yang diiktiraf seperti pengambilan kadet di Akademi Laut Malaysia (ALAM) 

Diharapkan link di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/


PILIHAN 3


Pilihan 3 iaitu menceburi bidang perniagan dan keusahawanan adalah agak unik. Malahan mereka yang telah memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2 di atas ada yang menceburi bidang perniagaan pada kemudian hari samada untuk mendapat kepuasan diri mahupun membina kekayaan setelah menimba pengalaman dengan karier masing-masing dan sebagainya.

Pilihan 3 begitu terkenal dengan banyak liku cabarannya dan keberangkalian untuk gagal adalah jauh lebih besar, Namun begitu tidak dinafikan imbuhan material bagi yang menceburi bidang perniagaan dan sanggup berusaha gigih hingga berjaya sangatlah lumayan. 

Pelbagai Cabaran dan Aspek Dalam Bidang Keusahawanan


Faktor seperti latarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan juga persekitaran mungkin menjadi pemangkin untuk seorang lepasan SPM untuk membuat Pilihan 3. Namun begitu artikel ini tidak dapat memperincikan Pilihan 3 disebabkan keluasan skop dan topik yang sebegitu subjektif. 

Akhir kata, walau apapun pilihan anda lakukanlah yang terbaik semoga anda mendapat manfaat dan mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling anda di kemudian hari.