#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Isnin, 18 Mac 2019

HALA TUJU SELEPAS SPM (DIKEMASKINI)

Keputusan SPM 2018 telah pun diumumkan pada 14 Mac yang lalu, Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang jangan sesekali berputus asa sebab perjalanan untuk memulakan sebarang karier terbuka luas untuk semua.


Keputusan Cemerlang Dapat Memberi Lebih Banyak Pilihan


Secara ringkasnya ada tiga laluan yang berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar lepasan SPM bergantung kepada keputusan peperiksaan, minat, cita-cita, latarbelakang mahupun persekitaran para pelajar. Sebaik-baiknya lepasan SPM mengadakan perbincangan dengan keluarga mahupun pihak sekolah sebelum membuat pilihan tentang perjalanan yang akan dipilih sesudah SPM. Secara umumnya pilihan-pilihan tersebut adalah seperti berikut

Pilihan 1: Meneruskan pengajian akademik secara formal samada untuk mendapatkan ijazah pertama mahupun kelulusan professional di dalam atau pun di luar negara. Ini termasuk meneruskan pembelajaran ke Tingkatan Enam, matrikulasi, politeknik, mengikuti program diploma, kursus profesional atau mengambil sijil kemahiran. 

Pilihan 2: Memasuki alam pekerjaan dengan memohon kerja di sektor awam atau swasta. 

Pilihan 3: Menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan

Perlu dinyatakan di sini bagi Pilihan 2 dan Pilihan 3 di atas peluang untuk mendapatkan kelulusan akademik (ijazah pertama) seperti Pilihan 1 masih terbuka di masa akan datang untuk bidang-bidang tertentu berdasarkan pengalaman kerja dan sebagainya (Lihat gambarajah di bawah)


PILIHAN 1

Pilihan 1 merupakan pilihan yang paling popular bagi kebanyakan lulusan SPM dimana laluan ke Ijazah Pertama adalah seperti garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM (dahulunya KPT atau Kementerian Pengajian Tinggi) di bawah


11 Laluan Ke Ijazah Pertama

Terdapat 11 laluan (lihat pada sebelahup kiri gambarajah di atas) ke Ijazah Pertama iatu STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia), Matrikulasi, Asasi, Program Persediaan Tajaan Luar Negara, Diploma IPTA, Diploma Politeknik, Diploma IPTS, Diploma Kemahiran dan Bekerja Dengan Pengalaman Lima Tahun Ke Atas (yakni Pilihan 2 atau Pilihan 3 di atas).

Pelbagai bidang pengajian mahupun profesion yang boleh diceburi dalam PILIHAN 1 merangkumi bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran, perguruan, ketenteraan, kerjururawatan dan sebagainya. Link di bawah dapat membantu dalam proses permohonan kemasukan anda.

http://upu.moe.gov.my

Di samping itu bagi mereka yang mendapat keputusan cemerlang dan ingin melanjutkan pelajar ke universiti di luar negara bolehlah mencuba untuk mendapatkan kepelbagaian penajaan daripada pihak kerajaan, badan berkanun mahu pun swasta. Secara ringkasnya boleh juga layari pautan di bawah ini untuk maklumat lebih lanjug

https://www.malaysiascholarships.com

Selain daripada negara-negara tradisi seperti US, UK, France, Australia, New Zealand, Jepun, Korea mahupun Timur Tengah sudah juga menjadi trend masa kini di mana negara maju Eropah seperti German, Spain turut menjadi salah satu pilihan kesukaan pelajar melalui program seperti German A-Level Preparatory Programme (GAPP)


PILIHAN 2

Bagi yang ingin terus memulakan kerjaya pelbagai pilihan juga masih ada bergantung kepada minat, kelulusan, permintaan, kekosongan dan juga faktor persekitaran. Kebanyakan industri kecil sederhana juga mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan. Walaupun begitu pilihan jawatan mungkin terhad kepada "entry level"  berbanding mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang lebih tinggi.

Selain dari itu di sektor awam pula bidang-bidang ketenteraan, kepolisian dan sebagainya mempunyai program pengambilan tersendiri merangkumi peringkat lulusan SPM di mana latihan dan saringan perlu dilalui sebelum dapat memulakan kerjaya di bidang berkenaan. Sebagai nota tambahan pula bagi bidang ketenteraan wujud laluan PILIHAN 1 secara langsung yang dikendalikan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Suatu ketika dahulu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) juga agak terkenal dengan skim "Apprenticeship in Aircraft Maintenance Engineering" di mana pelajar lepasan SPM akan melalui lima tahun latihan apprentis sebelum dikitiraf sebagai "MAS Maintenance Engineer". Namun begitu kebanyakan syarikat swasta kini nampaknya lebih berminat untuk memberi kepercayaan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta terpilih untuk melatih tenaga kerja mereka melalu program diploma/iazah yang diiktiraf seperti pengambilan kadet di Akademi Laut Malaysia (ALAM) 

Diharapkan link di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu:

http://www.jobsmalaysia.gov.my/


PILIHAN 3


Pilihan 3 iaitu menceburi bidang perniagan dan keusahawanan adalah agak unik. Malahan mereka yang telah memilih Pilihan 1 atau Pilihan 2 di atas ada yang menceburi bidang perniagaan pada kemudian hari samada untuk mendapat kepuasan diri mahupun membina kekayaan setelah menimba pengalaman dengan karier masing-masing dan sebagainya.

Pilihan 3 begitu terkenal dengan banyak liku cabarannya dan keberangkalian untuk gagal adalah jauh lebih besar, Namun begitu tidak dinafikan imbuhan material bagi yang menceburi bidang perniagaan dan sanggup berusaha gigih hingga berjaya sangatlah lumayan. 

Pelbagai Cabaran dan Aspek Dalam Bidang Keusahawanan


Faktor seperti latarbelakang dari keluarga yang terlibat dalam perniagaan dan juga persekitaran mungkin menjadi pemangkin untuk seorang lepasan SPM untuk membuat Pilihan 3. Namun begitu artikel ini tidak dapat memperincikan Pilihan 3 disebabkan keluasan skop dan topik yang sebegitu subjektif. 

Akhir kata, walau apapun pilihan anda lakukanlah yang terbaik semoga anda mendapat manfaat dan mampu memberi manfaat pada masyarakat sekeliling anda di kemudian hari.


Isnin, 14 Januari 2019

SELANGKAH DI TAHUN 2019 BERSAMA PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM


Tirai 2018 telah pun dilabuhkan dengan pelbagai kenangan suka duka dan kini hampir dua minggu kita telah memulakan perjalanan di tahun 2019. Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 buat semua. 



SELAMAT TAHUN BARU 2019

Seperti mana biasa keadaan agak sibuk sedikit di Pusat Tuisyen Kejora dengan tugas-tugas pendaftaran para pelajar sessi 2019. "Selamat Datang" kami ucapkan kepada para pelajar yang baru menyertai kami dan "Selamat Kembali" kami ucapkan pula kepada pelajar  Seksyen 23 sessi 2018 yang menyambung semula pengajian tuisyen di sini pada sessi 2019. 

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada para ibu bapa mahupun penjaga para pelajar yang kekal menaruh kepercayaan kepada pihak kami untuk terus membimbing anak-anak anda. InsyaAllah bersama kita mainkan peranan untuk mencorakkan kejayaan dan kecemerlangan para pelajar ini. 


Pelajar Tingkatan 2 Sesi 2019




Pelajar UPSR (Group 3) Sesi 2019
Berikut kami kongsikan serba sedikit informasi berkenaan dunia pendidikan untuk manfaat bersama.

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2019

Kami mulakan dengan informasi berkenaan dengan kalendar atau takwim persekolahan 2019

Sepertimana biasa Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam beroperasi seperti biasa sepanjang musim cuti penggal persekolahan. 


Takwim Persekolahan 2019 (Sumber: MOE)

TAKWIM RINGKAS PEPERIKSAAN AWAM (UPSR, PT3 & SPM)



Manakala di  bawah ini pula kami sertakan jadual ringkas peperiksaan awam bagi tahun 2019. Walaubagaimanapun masih banyak bahagian yang perlu dikemaskini bagi jadual yang kami akan lakukan sebaik saja informasi rasmi kami ketahui nanti. 



TAKWIM RINGKAS PEPERIKSAAN AWAM 2019



KELAS-KELAS BAHASA INGGERIS "SPEAKING, READING & LISTENING"



Selari dengan aspirasi pendidikan negara terkini yang mementingkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pelbagai initiatif Pihak Tuisyen Kejora menawarkan kelas-kelas Bahasa Inggeris "Speaking, Reading & Listening" bagi peringkat Sekolah Rendah pada hari Rabu dan Sabtu. Kelas informal ini menekankan kemahiran penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan pelajar menimba ilmu-ilmu yang lain dengan lebih berkesan di masa akan datang. 




Hasil-hasil kerja pelajar daripada kelas-kelas ini boleh didapati di pautan-pautan dibawah.




PEMBELAJARAN TUISYEN PERCUMA BUAT ANAK-ANAK YATIM 

Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam menawarkan pendidikan tuisyen secara PERCUMA khusus buat anak-anak yatim.
Pihak kami masih mengalu-alukan pendaftaran pendaftaran para pelajar berkenaan. Para penjaga dikehendaki membawa dokumen pembuktian sewaktu pendaftaran.



TUISYEN PERCUMA BUAT ANAK-ANAK YATIM


Sekian sahaja kali ini daripada kami di Pusat Tuisyen  Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Semoga pencapaian tahun 2019 ini adalah jauh lebih baik daripada tahun 2018 yang lalu, InsyaAllah. 



"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"

Ahad, 2 Disember 2018

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM SESI 2019

Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2019 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam. 
Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2018 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2018 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2019

Program pembelajaran tuisyen 2019 di Pusat Tuisyen Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar. 










a. Kelas tuisyen hujung minggu

Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang. 

Istimewanya pada tahun 2019 nanti selain daripada kelas-kelas untuk Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 kelas-kelas hujung minggu bagi Darjah 5 dan Tingkatan 4 juga turut ditawarkan *


b. English Speaking and Listening Class @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM


Semenjak daripada tahun 2016 lagi Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam secara eksklusifnya menawarkan kelas "English Listening and Speaking" yang ditawarkan kepada para pelajar yang berumur dalam lingkungan 11-12 tahun.

Objektif utama kelasa "English Listening and Speaking" adalah seperti berikut:

"Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris melalui Pemahaman (melalui Pendengaran dan Pembacaan) dan Pertuturan"

Maklumat lanjut kelas/program boleh didapati di capaian yang tertera di bawah


ENGLISH SPEAKING AND LISTENING CLASS


c. Kelas tuisyen untuk Darjah 2 (Standard 2)

Buat julung kalinya Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam menawarkan pembelajaran tuisyen bagi peringkat Darjah 2. Ini bertujuan untuk 


a. mendedah dan memahirkan pelajar dengan teknik-teknik asas pembelajaran bagi pelajar yang agak ketinggalan jurang pencapaian pelajarannya sebaik melangkah ke Darjah 1 sebelum ini


b. Memudahcara ulangkaji matapelajaran asas yang dipelajari pada waktu persekolahan biasa.





2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 



Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futbol Mundial dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak. 

Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.














Manakala Seminar Super A yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora juga akan diadakan seperti biasa. Segala perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2019 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 






3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.


MARI BELAJAR BAHASA JEPUN



b. Kelas Pengajian Al-Quran


Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa kelolaan badan induk Education Group ini juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2019. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 010 - 659 5987 seperti yang tertera di bawah 










Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. 






* Tertakluk kepada terma dan syarat

'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'