#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Ahad, 14 Mac 2021

KELAS BIMBINGAN TUISYEN PUN BERMULA BAGI SESI 2021...




Syukur Alhamdulillah setelah sekian lama ditangguhkan pembelajaran tuisyen sepanjang tempoh PKP yang lalu Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah pun memulakan sesi kelas bersemuka mulai 8 Mac yang lalu. 

Walaupun sambutan masih belum mencapai tahap dahulu sedikit sebanyak pembelajaran yang diadakan dalam suasana PATUH SOP COVID-19  mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. 

Berikut kami paparkan sisipan video antara kelas-kelas yang telah pun bermula iaitu Kelas Tahun 6 dan Kelas Speaking, Listening, Reading & Writing.





Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para ibu bapa yang kekal memberi kepercayaan kepada kami untuk membimbing dan mendidik anak-anak tuan puan. 

Bagi para pembaca yang berminat untuk menyertai kelas-kelas bimbingan tuisyen di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam, sila hubungi Cg Sharifah dia talian 012 - 538 5907 untuk maklumat lanjut pendaftaran. Terima kasih.



"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"