#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Rabu, 1 Ogos 2018

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN (UPSR, PT3 & SPM)

Bermulanya bulan Ogos menandakan semakin hampirnya musim peperiksaan penting yang akan menjelang tiba. Bermula dengan UPSR diikuti oleh PT3 dan berkahir dengan peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini. 

Fasa intensif bagi peperiksaan UPSR sudahpun bermula di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam dengan pelbagai kaedah latih tubi untuk memantapkan pemahaman dan kecekapan para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan nanti. 

Selain daripada pembelajaran yang berorientasikan akademik persiapan mental dan fizikal juga perlu diambil berat oleh para pelajar untuk melengkapkan keseluruhan persediaan dalam menghadapi peperiksaan nanti. Berikut kami kongsikan tips-tips yang berkenaan


'PERSEDIAAN AKHIR'


a. Menenangkan fikiran dan memastikan tubuh fizikal mendapat rehat yang secukupnya sebelum peperiksaan bermula




b. Menekankan pemahaman saat akhir topik-topik utama yang dijangka menjadi tumpuan soalan peperiksaan. Jangan lupa untuk menyelitkan "Study Break" antara waktu penelahan agar pembelajaran menjadi lebih efektif







c. Membulatkan pemahaman secara keseluruhan bagi setiap subjek. Di sini nota ringkasan dan kata kunci bagi setiap subjek amat berguna sebagai rujukan ekspress




d. Merancang strategi untuk menjawab soalan dan memastikan keyakinan diri di tahap yang optimum







e. Pastikan segala kelengkapan alat tulis dalam keadaan baik paling lewat sehari sebelum peperiksaan 





f. Tidur awal pada setiap malam sebelum peperiksaan agar badan dan minda cergas pada hari peperiksaan nanti  






g. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik melalui aktivit-aktivit riadah dan rekreasi







Tahniah juga diucapkan pada para pelajar yang mengikuti seminar Super A yang dianjurkan sebelum ini di mana lebin banyak tips dan teknik selain daripada yang tersebut di atas telah pun dikongsikan oleh para panel pakar jemputan


DOA



Khusus bagi para pelajar yang beragama Islam, di bawah ini dikongsikan doa ketika menjawab soalan mahupun ketika menghadapi kesukaran sewaktu dalam peperiksaan, doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan dan juga doa untuk memohon kejayaan cemerlang.

DOA PENERANG HATI




Andaikata terlupa sesuatu perkara sewaktu menjawab soalan bacalah salawat ke atas Rasulullah S.A.W diikuti dengan doa berikut:



DOA SEWAKTU TERLUPA



Mudah-mudahan perkara yang terlupa tersebut akan dapat diingati semula.


Akhir kata, tiada apa yang lebih membanggakan kami warga pendidik di Pusat Tuisyen Kejora  Seksyen 23 selain dari melihat kejayaan anda. Begitulah juga harapan ibu bapa mahupun keluarga para pelajar. Pendek kata berusaha, berdoa dan tawakal. Insy' Allah kejayaan pasti menjadi milik anda.

Jangan lupa untuk berkongsi berita kejayaan anda bersama warga pengajar Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam kelak. Akhir kata dari pihak kami, "Semoga Sukses" !!!