#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Isnin, 4 Disember 2017

PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM SEPANJANG TAHUN 2018

Kami paparkan di sini informasi ringkas berkenaan program dan aktiviti yang dirancang bagi tahun 2018 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. 

Ulasan ringkas yang dipecahkan kepada tiga bahagian ini dimulakan dengan program utama iatu Pembelajaran Tuisyen 2018 dan disusuli dengan aktiviti serta program-program kerjasama untuk sepanjang tahun 2018 nanti.


1.PROGRAM PEMBELAJARAN TUISYEN 2018

Program pembelajaran tuisyen 2018 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam akan mengalami beberapa pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa dunia pendidikan di samping menjamin keberkesanan pembelajaran para pelajar. 



a. Kelas tuisyen hujung minggu

Kelas tuisyen hujung minggu akan berjalan seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada sesi petang hari Sabtu. Ini memberi kelonggaran dan fleksibiliti kepada pelajar yang mempunyai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah masing-masing pada sebelah pagi untuk tetap menyertai kelas tuiyen hujung pada waktu petang.


b. English Speaking and Listening Class @ PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM


Semenjak daripada tahun 2016 lagi Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam secara eksklusifnya menawarkan kelas "English Listening and Speaking" yang ditawarkan kepada para pelajar yang berumur dalam lingkungan 11-12 tahun.

Objektif utama kelasa "English Listening and Speaking" adalah seperti berikut:

"Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di samping memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris melalui Pemahaman (melalui Pendengaran dan Pembacaan) dan Pertuturan"

Maklumat lanjut kelas/program boleh didapati di capaian yang tertera di bawah


ENGLISH SPEAKING AND LISTENING CLASS




2. AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM DAN SEMINAR 



Manakala itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seperti Futbol Mundial dan sebagainya dijangka akan diadakan seperti biasa pada tarikh yang diumumkan kelak. 

Seperti yang sedia maklum aktiviti-aktiviti bukan akademik ini bertujuan untuk membentuk sahsiah peribadi pelajar di mana merekan akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti membuat perancangan, semangat kerjasama berpasukan dan pembentukan sikap daya saing yang sihat dan sebagainya.











Manakala Seminar Super A yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora  juga akan diadakan seperti biasa. Segala perkongisan tips, strategi menjawab soalan, soalan ramalan 2018 dan sebagainya akan dikongksi oleh guru-guru pakar yang rata-ratanya berpengalaman sebagai pemeriksa kertas ujian peperiksaan awam. 




3.PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA


a. Program Belajar Bahasa Jepun bersama Liza Sensei


Program yang agak terkenal di kalangan warga kerja syarikat Jepun di negara ini akan diadakan seperti biasa. Tahniah Liza Sensei di atas sambutan hangat yang diberikan terhadap program ini dan tak lupa juga di atas penerbitan siri buku terbaru iatu Mari Belajar Bahasa Jepun Tahap 3. 

Buat pengetahuan umum selain daripada mengajar bahasa Jepun beliau juga merupakan penulis buku "Mari Belajar Bahasa Jepun" yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang berdekatan.


MARI BELAJAR BAHASA JEPUN



b. Kelas Pengajian Al-Quran (Tahfiz Separuh Masa)


Program pengajian Quran Tahfiz separuh masa juga akan diadakan seperti biasa pada tahun 2018. Dikhabarkan beberapa pendekatan terbaharu dalam teknik pengajaran akan diambil untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif.  Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi talian 010 - 659 5987 seperti yang tertera di bawah 





c. English Cambridge Program


English Cambridge merupakan program akdreditasi peringkat antarabangsa dalam penentuan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam pelbagai peringkat. 

Program ini kami tumpukan kepada mereka yang sudah dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan berhasrat untuk pergi lebih jauh lagi dengan mendapat akreditasi badan antarabangsa seperti Cambridge.

Walaubagaimanapun program pengendalian YLE Movers dan/atau KET (Key for Schools) melalui kerjasama dengan GPX Central ini masih di peringkat percubaan. Sebarang perkembangan terbaru akan kami umumkan nanti.



d. Open University 




Begitu juga dengan kerjasama antara pihak  dan Open University Malaysia yang kami akan maklumkan perkembang lanjut nanti.


Sekian dulu daripada kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. 






'LEARN IT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'