#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Isnin, 6 November 2017

MENGIMBAS KEMBALI PROGRAM DAN JUGA AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2017 DI PUSAT TUISYEN KEJORA SEKSYEN 23 SHAH ALAM


Tanggal 31 Oktober 2017 yang lalu merupakan hari terakhir sesi pembelejaran tuisyen sebelum bermulanya peperiksaan SPM dan juga cuti persekolahan akhir tahun 2017.


Sentiasa Ceria Bersama Kami di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam


Insha Allah arogram Tuisyen Persediaan Cuti Sekolah 2017 yang akan bermula pada 4 Disember nanti akan menyusuli sebagi penutup aktivi dan program Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam bagi tahun 2017







Ringkasnya banyak pencapaian dan kenangan manis yang dirakamkan sepanjang tahun 2017 di Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam.


Seminar peperiksaan yang sudah menjadi sinonim dengan Pusat Tuisyen Kejora iatu Seminar Super A untuk semua peringkat UPSR, PT3 dan SPM telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan dengan penyertaan para pelajar yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam. Moga-moga seminar tersebut telah memberi manfaat yang besar kepada para pelajar.


Seminar Skor UPSR 2017


Seminar Skor PT3 2017


Seminar Skor 2017


Tak kurang juga sambutan terhadap program-program kerjasama hujung minggu seperti Kelas Bahasa Jepun Liza Sensei dan juga Kelas Pengajian Al-Quran tetap kekal sangat menggalakkan.



Manakala bagi aktiviti ko-kurikulum pula dua daripada lima pasukan Futsal yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah berjaya merangkul tempat ke 2 (kategori bawah 12 tahun) dan tempat ke 3 (kategori bawah 17 tahun) dalam kejohanan Kejora Futsal Tournament. 



Team Kejora 23 A  tempat ke 2 kategori Bawah 12 Tahun



Tim Kejora 23 C tempat 3 Kategori Bawah 17 Tahun

Aktiviti lain seperti Jamuan Iftar juga telah berjaya diadakana seperti pada tahun-tahun yang terdahulu.


Iftar 2017

Lagi Iftar 2017


Mudah-mudahan kerjasama ini akan berterusan di tahun-tahun yang mendatang.



                  "LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"