#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Isnin, 14 Ogos 2017

PEPERIKSAAN LISAN DAN BERTULIS PT3 2017


Berikut adalah jadual peperikasaan lisan (bertutur dan mendengar) dan bertulis untuk PT3 2017 (Sumber: MOE). Kertas-kertas atau subjek yang menggunakan pentaksiran pelbagai instrumen berasaskan waktu PdP (pembelajaran dan pemudahcaraan) yang ditetapkan seperti subjek Sejarah dan Geografi telah pun bermula lebih awal lagi dan tidak akan dinyatakan di sini.

Oleh kerana itu jadual peperiksaan PT3 di sini dimulakan dengan Ujian Lisan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan menjelang tiba tak lama lagi. Bagi Ujian Lisan Bahasa Inggeris pula bolehlah merujuk kepada pautan di bawah sebagai panduan sewaktu ujian nanti




Sumber: MOE


Selepas ujian lisan para pelajar ada lebih kurang 6 minggu sebelum peperiksaan bertulis diadakan. Pastikan pelajar mengambil manfaat daripada latihan tubi intensif yang diadakan di pusat tuisyen kami sehinggalah ke penghujung bulan September nanti.

Memandangkan ada masa "rehat" dalam lebih kurang seminggu bila berakhirnya tuisyen pada hujung September dan sebelum bermulanya peperiksaan bertulis nanti, pelajar diminta membuat persiapan fizikal dan mental yang sebaiknya sepanjang tempoh ini. Pautan di bawah ini boleh dijadikan panduan sewaktu tempoh persediaan akhir ini





Sumber: MOE




Sumber: MOE




Sumber: MOE


Sekian, ini saja daripada kami buat masa ini. Insha Allah semoga kejayaan akan menjadi milik anda kelak.




'LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US'