#header-inner img {margin: 0 auto;} #header-inner, .header-inner {text-align:center;} #Header1_headerimg { margin: 0 auto; text-align:center;}

Isnin, 24 April 2017

LIPUTAN RINGKAS: KEJORA FUTSAL TOURNAMENT17

Sepertimana yang diwar-warkan semenjak beberapa bulan yang lalu kejohanan eksklusif  Futbol Mundial telah pun berlangsung pada hari Ahad 23 April di  Shah Alam Extreme Park Futsal Centre Seksyen 13 Shah Alam dengan meninggalkan pelbagai kenangan manis bagi kedua-dua pihak penganjur dan para peserta.




Para pemain Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23  peringkat Bawah 12 Tahun


Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah diwakili oleh lima pasukan di mana dua pasukan mewakili peringkat Bawah 12 tahun (Pasukan/Team Seksyen 23 A dan Pasukan/Team Seksyen 23 B) manakala selebihnya mewakili peringkat Bawah 17 tahun (Pasukan/Team Seksyen 23 A, Pasukan/Team Seksyen 23 B dan Pasukan/Team Seksyen 23C).

Bagi peringkat bawah 12 tahun disertai oleh 10 pasukan manakala saingan adalah lebih hebat di peringkat bawah 17 tahun di mana sebanyak 21 pasukan bertanding merebut kejuaraan.

Alhamdulillah dua pasukan yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam telah berjaya melepasi peringkat kumpulan. Dukacita sekali nasib tidak menyebelahi pasukan-pasukan Kejora Seksyen 23 Shah Alam yang lain.

Pasukan  Seksyen 23 A (Bawah 12 Tahun) dan Pasukan Seksyen 23 B (Bawah 17 Tahun) dengan bergayanya telah berjaya melangkah ke peringkat Suku Akhir dan seterusnya ke peringkat Separuh Akhir.





Peringkat Separuh Akhir


Nasib agak berbeda pada pasukan-pasukan yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam pada peringkat Separuh Akhir. Pasukan  Seksyen 23 C (Bawah 17 tahun) telah kalah tipis pada peringkat Separuh Akhir kepada Pasukan  Kota Kemuning yang kemudiannya menjadi pasukan juara kejohanan bawah 17 tahun. Walaubagaimanapun mereka berjaya untuk mendapat Tempat Ketiga pada perlawanan yang berikutnya.

Sebaliknya pasukan 23 A (Bawah 12 tahun) mengekalkan kecemerlangan di peringkat Separuh Akhir dengan menumpaskan  Bandar Sri Iskandar.  Namun begitu  23A tumpas di peringkat Akhir dengan  Rawang A dan terpaksa berpuas hati dengan gelaran Naib Juara pada pertandingan kali ini.



Peringkat Akhir Bawah 12 Tahun



Pasukan  23 A - Naib Juara Bawah 12 Tahun




Pasukan  23 C - Tempat ke 3 Bawah 17 Tahun

Tahniah buat pasukan 23 A (Bawah 12 Tahun) dan pasukan  23 C (Bawah 17 Tahun) di atas kejayaan anda. Kami amat berbangga dengan kesungguhan, semangat berpasukan, semangat kesukanan dan komitmen yang anda berikan. Moga-moga sedikit sebanyak dapat dipratikkan apa yang dipelajari daripada aktiviti ko-kurikulum sebegini di dalam bilik kelas mahupun pada masa akan datang.

Mungkin elok juga kami kongsikan di sini berkenaan "track record" pasukan-pasukan yang mewakili Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 Shah Alam dalam kejohanan eksklusif Futbol Mundial ini semenjak empat tahun yang lalu, Mudah-mudahan ianya dapat menjadi perangsang bagi yang lain pada tahun-tahun yang akan datang. 

Berdasarkan rekod prestasi seperti di bawah, adakah pasukan Pusat Tuisyen  Kejora Seksyen 23 Shah Alam sudah layak digelar antara "pasukan podium" bagi kejohanan Futbol Mundial ini? 😉




Pencapaian Pusat Tuisyen Kejora Seksyen 23 dalam Kejohanan Kejora Futsal Tournament semenjak 2014








"LEARN IT AT SCHOOL AND MASTER IT WITH US"